Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Showing posts with label resipi mudah dan sedap. Show all posts
Showing posts with label resipi mudah dan sedap. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Nestum Along Cookies

Sambungan dari resipi DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES...

hehhe..
satu hari satu resipi.. phewwwww

dan akhirnya, ini yang dijumpa..buat dan makan...

kepada peminat nestum... boleh cuba..
MUDAH DAN SEDAP  :)

Crunchy Nestum Cookies...
sumber :http://anyambakul.blogspot.com/2012/04/resepi-biskut-nestum-rangup.html


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

okeh, kenapa namanya Nestum Along Cookies..
sebab saya cilokk along punya nestum. muehehehe,
thanks along.huhuhu


kenapa bulat-bulat?sebab saya suka bulat-bulat lah,, senang :)

Danisyafinaz Butter Cookies

Semangat buat kuih raya sebab empunya ni pun dah raya dulu..
so buatlah ape yang boleh buat untuk mengelakkan traffic jam di hujung ramadhan,,
hehhe

cari , cari dan cari...
maka terjumpalah resepi danish butter cookies.. *lately ni menggila cookies plak*
baca, baca dan baca.. hurmm macam senang je nih,, tak caya? cuba tengok ni..


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
okeh, semangat nak buat.. hehe... tadaaaa :)


DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES.. :)

mudah dan sedap .. 

sepatutnya bentuk macam ni,..


tapi di sababkan terlalu kreatif, tu yg jadi bulat2 sahaja... 
tak pe yang penting sedappp. heheh

Tuesday, August 7, 2012

Resipi Kek Batik Senang jee

Atas permintaan sahabat2..
dan mungkin berguna untuk anda ketika terasa mengidam kek batik!
MUDAH DAN SEDAP..kalau masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.. ceh ceh ceh...

Bahan-bahan

1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. hehe
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe.
1 1/2 packet biskut marie original

Cara-cara:

1. masukkan smeua bahan2 tadi ke dlm periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan2 itu dengan api yg kecil
3. Kacau bahan2 itu sampai pekat lebih kurang 15 minit
4. Bila dah pekat, tutup api masukkan biskut marie yang telah dipatah 4 dan kacau hingga sebati,
5. masukkan dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. agak2 dah keras sikit , dah boleh makan

#tunggu sejuk dulu baru boleh masuk dalam peti sejuk untuk elak cepat lemau..



selamat mencuba...
#mardiah, cepat salin! hehe
#resipi kek batik ni ade macam2 , tapi aku buat macam ni je. simple, but nice, hehe
#sebelum letak biskut tu, rasa lah dulu acuannya, sedap atau tak..kalo tak cukup milo, tambah lagi. hehe

Famous Chocsmore Cookies

Permulaan yang baik. Mentega dipukul kembang...gula hancur dengan baik.. hehe..
*aderahsiadisebaliknya* jeng3..
ni percubaan buat kuih raya kali kedua.. yang pertama nanti post okeh :)

 FAMOUS CHOCSMORE COOKIES?
kenapa nama dia begitu? erm, asalnya nama famous Amours Cookies. hehe..disebabkan aku ubah suai, so jadi lah cookies versi Famous Chocsmore Cookies. kui3..
so, nak kongsilah resepinya suapay anada pun boleh buat...
tema macam biase.. my trademark > MUDAH DAN SEDAP :)

Bahan-bahan:

* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko (saya letak sikit je..)
* 150g gula kastor 
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) -tak guna pun sebab tak suka sgt kekacang..
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam- tak letak sebab majerin dah masin..

Cara-cara : 

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


tadaaaaa !!


ALHAMDULILLAH, cookies menjadi :D

Monday, July 30, 2012

Nasi AyaMadu Degree

assalammualaikum..
alhamdulillah,,hari ke 10 ramadan baru ade kesempatan nak tulis kat blog..
seperti biasa 'sharing is caring'...

kali ni nak kongsi menu: NASI AYAMADU DEGREE..
tajuk nampak pelik kan?
hahaha. yelah, selalunya kita dengar ayam pencen aje kan.. kali ni, org yang masak sedang amek ijazah..
jadi, timbullah ilham NASI AYAMADU DEGREE..hahaha.

resipi ni dah banyak kali buat, alhamdulillah keluarga suka..
ape kate korang cuba, mesti bangga dah pandai masak nasi ayam punyeeee...
tema masakan masih sama,,.. SENANG DAN SEDAP :) >tema chef finaz ..muahaha

bahan-bahan:

(untuk rebusan)
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih
2cm halia yg diketuk/tumbuk

(untuk perap ayam)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
madu sedikit. -nak manis letak banyak

(untuk nasi)
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
air rebusan ayam tadi-sukatan ikut cara anda ntok 5 cawan nasi tuh
sedikit garam

(bahan sos)
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

(sup)
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup / sos stok nasi ayam
garam
daun bawang yg dihiris

CARA-CARA:
1. Ayam dipotong iut suka (xpotong pun boleh) bersihkan dan lumur dengan 2 ulas bwg putih yg ditumbuk, 2cm halia yg diketuk dan rebus hingga empuk, letak garam sedikit.

2. toskan ayam dan perap dengan bahan2 utuk perap 15-20 min. Goreng biasa, xgaring pun takpe sebab ayam dah masak time rebus tadi.

3. basuh beras dan toskan. panaskan butter, tumis halia, dan bawang putih hingga garing. masukkan beras , terbit bau. masukkan nasi tadi dalam rice cooker dengan air rebusan ayam secukupnya dan garam. nak lagi best letak sos stok ayam

4. untuk sos, blendkan semua bahan. boleh tambah sos/tomato jika suka. boleh masak kalau suka

5. untuk sup -air rebusan ayam diidhkan bersama bawang besar , rempah sup, garam dan daun sup.

siappppp!
#nak lagi best, hidang nasi ayam dengan tomato, salad.. sedap dan sihat :)
selamat mencuba....

sekadar hiasan.. chef finaz punya xsempat ambil gambo.. dengar azan terus makan :)

Friday, July 27, 2012

Mee Ladna Sempoi

Assalammualaikum Sahabat yang solehah Dan soleh. Hehehe
Okeh, Hari ni hambo nak kongsi resipi yang Senang Dan sedap, INsyaAllah ...

 Jadi, nak taw ape ? .....
 Eh dah taw ke? .... Alaaaa.... Ni mesti curi2 tengok tajuk ye....
tadaaaaa ...tak susah pun buat, senang je. orang tak pro masak macam aku pun boleh masak .. weee... hehehe

 Mee Ladna sempoi ;)


Bahan-bahan ( 6 orang )

sebungkus mee
1 camca besar lada hitam / 5 biji kecil cili padi
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
6 sudu besar sos tiram
semangkuk kecil ayam/daging dihiris kecil-kecil
sawi,taugeh,bebola ikan

Cara-cara

tumiskan bawang putih sehingga garing masukkan ayam/daging kacau hingga empuk
masukkan lada hitam/ cili padi dan air mengikut kesukaan
masukkan mee,sawi,tauge dan bebola ikan masak hingga empuk
masukkan garam dan perasa makanan sesedap rasa

# kalau tak nak bagi mee kembang sangat, panaskan kuah baru letak mee, then makan :)
tapi aku lebih suka cara yang terakhir ini. hehe

siapppp :)


inilah hasilnya.. hehe juadah berbuka puasa,, selama mencuba :)

Thursday, July 26, 2012

Cucur Udang Montel Ramadan

assalammualaikum..
hye teman2..sihat? ramadhan macam mana?
kat sini terlalu banyak untuk di kongsi... tapi masa tak mengizin untuk menulis..ceh ceh ceh..

dan sekarang tepat jam 00.55 a.m
nak kongsi ape juadah semalam .. mudah dan senang untuk dibuat..

juadah ini diberi nama: CUCUR UDANG MONTEL RAMADAN.
sebab, ni juadah yang aku buat sendiri. sorang-sorang okeh. hehe
air tangan syafinaz lah katekan .. lalalalalal

okeh, inilah resipi nya...

Bahan-bahan :)

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh yis (mauripan)
1 biji bawang besar- potong dadu
daun saderi / daun bawang / daun kucai -ikut suka
taugeh -jika perlu
kunyit- nak bagi warna kuning
minyak
udang- ikut bilangan yang buat
garam secukup rasa :)

Cara-caranya:

1. Campur kesemua bahan kecuali minyak.
2. perap hingga adunan naik 1/2 jam
3. panaskan minyakdalam kuali. (minyak kena lebih ya)
4. Letakkan senduk bulat dalam minyak hingga minyak dan senduk panas
5. Ceduk sedikit adunan cucur ke dalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sikit. (udang mesti kering supaya tak meletup2)
6. Goyang2 sikit senduk supaya ia boleh lekang dari senduk..
....................
.............................

ni bukan aku buat, tapi lebih kurang lah :) heheh



SIAP !!!!!!
selamat mencuba :) Confirm korang punya cucur udang montel-montel. hehe

mesti nak cicah kuaH kan? so buat lah,, senang juga :)

Kuah Cucur udang 

Bahan-bahan...
3 sudu cili boh fresh(kisar sendiri)
4 sudu sos cili
1 biji tomato
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
air masak secukupnya..biasanya 1 cawan

cara-caranya...

1.masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga hancur
2.masukan dalam periuk dan masak hingga mendidih
*adjust rasa ikut kesukaan anda. kalau nak pedas tambah cili boh, nak pekat tambah sos dan sebagainya


#nantikan episod samosa dejavu pulak okeh :) special receipe from my bro. rase tergugat bila lelaki pandai buat, tapi perempuan pandai makan je. heheh.

#jangan lupa bangun sahur ye kawan2..... sunnah nabi, dapat pahala :) :) :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here