Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Muhasabah

Sekadar perkongsian.

Sebuah buku yg sangat manfaat untuk dibaca.
Terasa diri ini sangaaaattt kecil.
Baca buku, baru terasa diri ini cetek ilmu ..
sob sob..
tak mengapa. belum terlambat utk "mencuci dosa"

Air mata penyesalan tidak berguna di saat kita mati dan matahari terbit di barat.
Jadi kita "bangun" cepat2 dari "khayalan dunia"

Petikan dari buku.
"Untuk kita pendosa, harapan selalu ada" oleh Hilal Asyraf

Dengan muhasabah hati akan tenang.
Kita melihat kembali di mana silap kita.
Kemudian kita menyusun trategi seterusnya.

Perancangan ALLAH memang hebat.

Individu yg hebat akan bangun dari sebarang kejatuhan.
Bagaimana?
Dia mengambil pengajaran daripada kejatuhan dengan bermuhasabah.

"Apa juga yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yg salah dan berdosa. Pada masa yg sama, ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"
-Surah Asy- Syura ayat 30

#kawan saya muhasabah cinta di tanah perkuburan.
Macam best je.. nak juga buat camtu. hihi :)

Tuesday, August 7, 2012

Famous Chocsmore Cookies

Permulaan yang baik. Mentega dipukul kembang...gula hancur dengan baik.. hehe..
*aderahsiadisebaliknya* jeng3..
ni percubaan buat kuih raya kali kedua.. yang pertama nanti post okeh :)

 FAMOUS CHOCSMORE COOKIES?
kenapa nama dia begitu? erm, asalnya nama famous Amours Cookies. hehe..disebabkan aku ubah suai, so jadi lah cookies versi Famous Chocsmore Cookies. kui3..
so, nak kongsilah resepinya suapay anada pun boleh buat...
tema macam biase.. my trademark > MUDAH DAN SEDAP :)

Bahan-bahan:

* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko (saya letak sikit je..)
* 150g gula kastor 
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) -tak guna pun sebab tak suka sgt kekacang..
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam- tak letak sebab majerin dah masin..

Cara-cara : 

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


tadaaaaa !!


ALHAMDULILLAH, cookies menjadi :D

Friday, August 3, 2012

DIA dan mereka sebagai penguat semangat

Berakhir sudah penantian.
Yang dinanti-nanti telah tiba, yang telah tiba menbuatkan hati rasa sentap! Ya ALLAH !!
Apa yang aku buat sepanjang semester ni? tak fokus? fokus. Tak belajar? belajar.

banyak persoalan bermain di minda, air mata mengalir tanpa paksaan, terus menghadap Ilahi sambil bermunajat, mohon pertunjuk dimanakah salah silapnya..sujud syukur tak dilupakan.

Ya ALLAH, aku redha dengan ketentuanMU, tunjukkanlah aku ke jalan kejayaan yg diredhai, Janganlah Engkau biarkan hati ini terus rasa kecewa, sedih dan putus asa. Kuatkan hati ku untuk berjuang demi keluarga, sahabat, agama dan lain-lain...

Ye, jangan sedih. aku adaMU, Engkau sebaik2 perangcang. Setiap perkara mesti ade hikmahnya. redha redha redha. Jangan jadi hamba yang tak bersyukur. Anggaplah ini cabaran.

Bersusah-susah dahulu, bersedang2 kemudian. Hidup umpama roda, kadang2 berada diaatas, kadang2 berada dibawah.

Terima kasih buat sokongan sahabat2 yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar. Terima kasih mama dan babah kerana menerima hakikat,redha... munkin kali ini bukan rezekiku lagi, walau ku tahu, hati mereka kecewa.. INSYAALLAH anakanda berusaha lagi.. ada baki 2 tahun lagi untuk tebus segala-galanya. YUP! SEMANGAT!

pesan sahabat,

#Finaz, jangan putus asa, ALLAH nak suruh kita berusaha lagi, DIA nak suruh aku berdating lagi denganNYA selalu, lain-dari yang lain. Kuat semangat. banyakkan berdoa dibulan ramdan supaya lebih tenang. Lets open Alquran, surah an-nisa (4:32). ALLAH susun pelan yang terbaik buat diri ini.

"Dan janganlah kamu iri hati deangan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

#Dlm perjalanan menuntut ilmu tiada erti ecewa selagi pengharapan disandaran kepadaNYA, MencintaiNYA dengan sepenuh hati memberi kemanisan yang pasti. MentaatiNYA tanpa berbelah bagi beerti kejayaan gemilang yangmenanti, Jatuh bangun adat perjuangan kerana disitu terbitnya kematangan , jadilah pengurus terbaik pada diri sendiri. Yang pasti ALLAH TAALA penentu takdir. Jangan putus asaa, Teruskan perjuangan.

tangan ini laju membelek Alquran untuk memujuk hati.. Dengan Alquran hati menjadi tenang.

"sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk kami menguji siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya. ( alkahfi 18:32 )


"maka beringatlah kepadaKU, Aku pun akan beringat kepadaMU. bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)


"Wahai orang2 beriman,! mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH bersama orang2 yg sabar (2:153)


akhir kalam, semoga hati terus ikhlas untuk menuntut ilmu. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan.
semakin hari, tugas semakin berat, amanah perlu dipikul seikhlasnya. Ilmu perlu dituntut sebab dengan ilmulah kita kan menjadi harta yang bernilai. setiap perkara yg berlaku, muhasabah lah! supaya ia memberi pengajaran buat kita.

sayang anda semua sampai ke syurga , semoga ALLAH balas jasa kalian :) Tahniah buat yang berjaya .semoga kalian berjaya diakhirat juga ...WAALLAHUALAM.

Wednesday, August 1, 2012

Kueh Tiaw Kung Fu Spontan

ade lagi setengah jam nak berbuka puasa.. tapi tak masak pape lagi..biasenya memang ade satu hidangan air tangan anak dari en. abu bakar menjadi santapan keluarga. hehe.. so, KUEH TIAW KUNG FU jadi menu semalam. kira last minit buat! pertama kali cuba! try and succeess!!!!  hehe. sebab tu namekan kueh tiaw kungfu spontan :)
cara-caranya senang sahaja dan sedap .. > tema chef finaz :)



Bahan-bahan ( 5 org )

kueh tiaw - anggaran 5 org makan
Isi ayam....kalu ada udang,sotong dan daging pun boleh digunakan jugak
Sayur.seperti jagung muda,kobis bunga,lobak,tomato..
Bebola ikan dan fish cake
3 sudu tepung jagung- nak pekat tambah lagi
4 cawan air..kalu suka kuah banyak tambah la lagi
Sedikit garam dan kiub ayam knorr
Cili api ditumbuk kasar -dalam 5 biji (ikut kesukaan)
3 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji telur
Sedikit minyak

Cara-cara

1. Pecah kan telur dalam mangkuk dan masuk kan kueh tiaw-gaul sebati
2. Panaskan kuali,masuk kan kueh tiaw td dan goreng mcm telur. Angkat kueh tiaw td dan letak dlm mangkuk atau piring melengkung
3. Untuk kuah... Panaskan kuali dengan sedikit minyak.masukan bawang merah dan putih yg telah ditumbuk.masak sampai naik bau
4. Masukan ayam,udang,bebola ikan dan fish cake..masak hingga empuk
5. Masukkan air,garam dan cili api...biar mendidih seketika.kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air
6.Apabila kuah nyer agak pekat,masukkan sayur...kacau2 dan angkat dan tuang kuahnya atas kueh tiaw .

Da siap...kalu tak cukup pedas, boleh mkn dgn cili api potong



kueh tiaw ditutup oleh bebola ikan dan sayur :)
selamat mencuba :)

Monday, July 23, 2012

Dua Pelaburan

Assalammualaikum. salam ramadhan. :)

setelah dua hari berpuasa, so ape perasaan? best kan dalam bulan ramadhan.. tenang..  kekalkan momentum anda untuk beridabah. huhu

"kak, lagi berapa rakaat?"

"ni rakaat last kan?"

"siapa jadi imam tuh?"

....................................................
*dialog yang paling popular bila kita pergi menunaikan solat terawikh...ape lagi, cepat tekan like kalau setuju* hehe

okeh okeh okeh... sekarang bulan ramadhan kan? kan?
refresh lagi, ape kebaikan bulan ramadhan ni ea?
jadi.. jum tinjau....



dan. apa yang perlu kita buat? jum buat checklist :)



haaaaaaa! ade berapa tick? banyak tak? kalau banyak, alhamdulillah, semoga istiqamah beribadah...
kalau tak cukup lagi, jum kita buat/ doublekan amalan.. > peringatan untuk diri sendiri..
belum tentu lagi kita akan merasai bulan ramadhan tahun depan, jadinya kita kenalah hargai ramadhan yang ade sekarang.. rebutlah ia, online dengan Allah.. banyak buat kebaikan...

sebab... ini adalah satu PELABURAN diakhirat.. supaya boleh masuk syurga. AMIN AMIN AMIN.

pelaburan yang kedua ape pulak? jeng jeng jeng.....pada asalnya, hanyalah sebuah gurauan antara mama dan aku....

Finaz: mama, bestnya kalau dapat buat resipi baru raya tahun ni..agak2 bila nak belikan oven baru, semangat nak buat kuih raya ni..hehe
Mama: ehh.. kan ade oven lame..
Finaz: Alaaaaa.. yang tu oven kek.. muat untuk kek je.. kalau nak buat cookies,, susah la.. berejam nak tggu habis bakau.. huhu
Mama: okeh, nanti kita pergi beli dekat courts mammoth~
Finaz: yeayyyy
(perbualan ini hanyalah gurauan semata, sebab dah takde topic nak bual)

tup tup tup....

hah! "pilih lah nak oven yang mane..." ohoooo, hatiku berbunga riang... mamaku sporting! i love u lah!
okeh, bajet macam nak beli oven biase2 je..ala, bukan nak buka gerai kuih pun... tapi, mama siap beli yang macam2 boleh buat,, nak bakar ayam golek pun boleh! yeayyyy!

so, ini adalah PELABURAN untuk kita belajar macam mana nak bagi masakan air tangan sendiri umphhhh!pastu kita bagi makan family kita kenyang2.sambil2 masak>selawat, niat supaya bagi tenaga kat keluarga untuk beribadah, penguat kasih sayang...... perut kenyang, hati riang ! lalallala

itu saja nak cerita. hehe

psssstt:
*part paling best > lagu raya dah kedengara di courts mammoth, baru puasa 2 hari je kot*
sesiapa nak bagi idea kuih raya ape yg best, boleh mesej okeh :) saya budak baru belajar.....
pastikan senang dibuat ye...



Tuesday, July 10, 2012

Perfume

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Setuju?

so, nak share something...
bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, ALLAH akan balas dengan rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Buat baik dengan manusia, Tak perlulah mengharapkan balasan.. sedangkan ALLAH bagi kita kebaikan pun , Dia tak mengharapkan balasan. Cukuplah dengan mengingatiNYA. :)

kita dapat hadiah dari England.
thank you kak fila :)


selalunya kalau pergi rumah orang kahwin, for sure dapat "berkat" kan? erm,, kali ni, makcik aku buat lain dari yang lain sket.. orang bagi goodies bag, chocolate, etc

but, aku dapat yang ni ,


ok, dah nampak dah kegunaan senduk ini.> masak maggie :)

okbai. nak g jalan ..allala

Wednesday, June 27, 2012

a BIG thanks to u!

alhamdulillah!
legaaaaaaaaaaaaaaa weh!
dah habes exam.....
yehaaaaaaaaaaaaaa...!

thanks to all my friends.. kamsahamida...
terima kasih sebab ajar saya! terima kasih sebab ingatkn saya belajar
terima kasih sebab bagi saya semangat! terima kasih sudi kongsi ilmu dengan saya..
berapa banyak terima kasih..apedaaaa.. hahaa

terima kasih juga untuk WUS 4550, CCE XXXX (lupe la..), limo purple a.k.a bus dan lain-lain lagi...
sepanjang semester memudahkan perjalanan saya ke kampus
hanya ALLAH dapat membalas jasa awak.. semoga dibalas dengan syurga kelak.

terima kasih kepada pensyarah2 juga....
bagi ilmu pada kami.
semoga mereka dilembutkan hati untuk bagi kami lulus dengan cemerlang..

so, what the next plan?
......................................................

nanti2 lah fikir. hahaha
jangan lupa doa kejayaan kita bersama ye kawan2. hehehe

okbye.
mood: legaaa noh!....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here