Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Monday, November 28, 2011

disebalik gambar, ada ceritanya,.(part 2)

 Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta
 (Al Mukminuun 23:14)

DUNIA YANG SEMPURNA..

suara ombak berzikir menenangkan jiwa,. sebab itu bila kita stress kita akan mencari ombak atau air terjun,
TENANG.
dari mana datangnya ombak itu?
adakala pasang adakala surut, siapa yang mengawalnya?
manusia? tak tercapai kuasa manusia.

disaat manusia ingin bermain air laut tetapi ia semakin surut,
semakin lama air semakin cetek, tetap berenang walaupun hingga ke tengah,
janji dapat main air laut..
indahnya ciptaan ALLAH.


dan disebalik keindahan alam itu,
kami pergi mencari ketenangan disana... PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG






Suasana pagi

2 jam kemudian
pada waktu tengahari? kemanakah air laut pergi...????



walaupun tiada air seketika, ia mampu untuk hidup sendiri walaupun ia kecil
mencari ketenangan kah? 

apa yang kalian dapat? ketam kah seperti diatas?

 itu dia aktiviti spontan kelas aku.
memang suka berjalan..
BERJALAN TANPA HENTI.
aku rindukan bunyi ombak.
next destination: air terjun mari. smoga dipermudahkan untuk pergi kesana

MENIKMATI CIPTAAN ILAHI.



Saturday, November 26, 2011

Disebalik gambar, ada ceritanya (Part1)

Buka pintu angkat telefon,
assalammualaikum................................

PART 1: HANTARAN DIHARI JADI.

setiap tahun, umur kita bertambah.
adakah amalan kita juga semakin bertambah seiiring dengan umur kita.?
harap-harap kita di buka pintu hati untuk membuat kebaikan.
dan peringatan juga untuk kita bahawa,
setiap umur yang bertambah, maka MAKIN HAMPIR DENGAN KEMATIAN.
sudah buat solat taubat untuk hari ini?
*muhasabah diri *

22november1991..
pengorbanan seorang ibu melahirkan seorang puteri seberat 3kg jam 3.26petang.
siapakah gerangannya? (macam teka teki pulak)
jawanpannya, NUR SYAFINAZ BINTI ABU BAKAR.
hahaha.empunya blog ini. :P
terima kasih kepada semua sahabat, keluarga, dan sesiapa sahaja yang ingat hari lahir saya.
TERHARU sangat-sangat.
lagi best bila dapat hadiah, macam rasa hari guru pula.
ALHAMDULILLAH .. murah rezeki semoga ia berpanjangan
tak lupa juga pada geng prankkkkkkkkkkkkkk..
nasib baik bedak je wey, wangi sungguh :)
kek cokelat yang sedapppppp, tapi terkilan tak dapat makan kek blueberry cheese...



pengorbanan dihari lahir, exam~







kenyangggg,, walaupun bukan big apple, one apple pun boleeyy
sweet 20

tahun ni kek coklat, nak cheese kek . hah






eh ape ni? macam nak bertunang dah~


hurm, semoga akan datang lebih baik dari hari ini.
bagi yang tak sempat nak wish, tahun depan leh wish. itu pun kalo bernafas lagi.
nak bagi hadiah pun boley.. hahaha
p/s : penat giler . assignment. meeting. study. rase macam nak patah pinggang. haha

Saturday, November 19, 2011

master chef anggerik !!

assalammualaikum,
eh semalam dah post entri baru hari menulis lagi?
hehe...
tetibe macam nak share something.
ape nya?
cuba tengok tajuk?
kenapa mesti master chef anggerik? motif,please...
sebabnya, sahabat techinta aku bagi pengat pisang... delivery pengat pisang dari anggerik a.k.a rumah sewa
TERHARU ! malam-malam sanggup datang ~
rasanya, boleh tahan.. versi anak dara punya masakan.
dan yang paling best siap ade "bebola cekodok" ..bukan hanya pisang semata.
lepas ni boleh tukar nama menu: pengat pisang > pengat bebola cekodok pisang...
hahhahaa.. anyway, thanks again SAHABAT :)


p/s kepada yang tak dapat rasa, jangan telan air liur byk sgt sebab kempunan, tak baik untuk kesihatan..
malan ini rezeki saya :) yeay!!

apa khabar hati?

assalammualaikum, kalian..
dah lame rasanya tinggalkan laman ini, Almaklumlah, sangat sibuk dengan aktiviti..
terus mencari pengalaman dan sebagainya,
tidak lupa juga pada belajar. 5 papaer in one week?
memang giler kan? tapi nasib baik dah dapat diskaun.. (ingat shopping aje ade diskaun?)
makanya, tinggal 3 sahaja. assignment pun semakin kemuncak. semua nak due date.
tunggang terbaliklah hidupku. haha.

nasihat untuk kali ini ialah...
.........................(sila baca tajuk di atas)
Bagaimanakah hati anda hari ini?




ya hati. Jika hati baik, maka baiklah seluruh jasad. Maka buruklah seluruh jasad.
namu, kita selalu terlepas pandang. Jarang untuk menjaganya dengan alasan hati tak dapat dilihat,,
tapi dapat dirasa kan?
kebahagiaan dan kelapangan manusia itu bersumberkan daripada kebersihan hatinya, bukan daripada kebanyakan hartanya.

mungkin anda tidak perasan bahawa setiap hari pasti akan ade dosa kita bertambah tapi pernahkah kita buat solat taubat setiap hari? persoalan disitu.
*tepuk dada tanya hati dan iman*
bilakah tarikh kematian anda? tahu ke? mestilah tak kan..
tapi kenapa bila cakap pasal mati, semua orang takut? sebabnya, kita masih banyak lagi dosa-dosa yang belum bertaubat, kita takut nak mati dalam keadaan berdosa. nauzubilaminzalik.~
kesimpulannya, amalkan solat taubat setiap hari sebab manusia tak sempurna~
jaga hati, jaga iman~

.............................................

cerita santai-santai pula,...
AIDILADHA.
ok, saya hanya cuti 3 hari sahaja untuk aidiladha. sekejap kan?
alhamdulillah juga pada TUAN HAJI ABU BAKAR HASHIM..
selamat buat haji. kebetulan bekerja disana... doakan mama saya menyusul untuk menunaikan haji pula.
berbalik kepada cuti yang sedikit saje ni padahal seminggu dapat cuti.....

memang pun. nak buat macam mana, ada pihak yang perlu khidmat saya dan memang nak join pun program tu..nak nak lagi dapat ELAUN.. yeayyy~
eh tak bagitahu lagi program ape ea?
pertandingan debat arab antara negara asean  ...
dengar macam best je kan? best kot la... haha...
nama pun debat arab, so pendebat dan hakim cakap arab jela kan?
saya memang "laju cakap arab". hahahha.
maaflah, saya ni tahu basic arab aje, cakap pun terabur. hahhaa..
*malu pula dengan deme*

nak kata penat, memang sangat penat.. tapi pengalaman lah kan..
jadi "pelarian" untuk pendebat.. saya jage UIAM TEAM B.
 power betul lah diorang ni.. tabikkk springggggg..tapi nasib tak menyebelahi mereka.. tapi tak ape, ade UIAM TEAM A.. tahniah utntuk mereka :)
bila lagi nak rasa ni semua.. dalam kuliah tak de pun...
malas nak ceritalah.. banyak sangat.. tengok gambar ajelah . haha.

final round. (malaysia vs indonesia)

semi final: USIM VS UIAM


MY TEAM "PELARIAN"

MABRUK ALA INDONESIA :)

OK, misi belum selesai lagi... ade lagi...
masih lagi berprogram...........................
jeng33333
to be continued.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here