Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Friday, March 30, 2012

Sehaluankah?



Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

Sunday, March 25, 2012

Ape pun BOLEH !


motif ?
ehemmmmmm....
budak duduk asrama pun pandai masak taw! 
seeeeee.............
macam2 boleh jadi.
nak dengan taknak aje....

tapi menu ni nak ade banyak nama sebab, tukang masak nye ramai..
nasi ayea > chef kelantan
nasi ayang > chef terengganu
nasi ayam > chef johor
tapi aku nak panggil nasi sayang la >chef melaka. hehhehee. 

ok, dah pandai masak, dah boleh kawen, kui3..........
kbai.

Saturday, March 24, 2012

Reunion of business day!



Gembira- sebab dapat berkumpul ramai-ramai untuk menjayakan aktiviti dana LA. Dah macam reunion tamhidi dah. Teringat zaman tamhidi kena buat business day ..hehe

Jemu-  satu hari suntuk asyik makan cendawan goreng aje. hahaha. tak jumpa nasi langsung! perut orang kampung, akhirnya nasi juga yang dicari.

Sedih- minggu depan ada quiz financial management, audit, midterm>intermediate accounting 2. TAK BUAT APE2 LANGSUNG. arggghhhhhh........ *tak serik2 nak belajar last minit*

Pecah rekod- sebab kami ada buat sesuatu yang sangat kerja gila. hahahha. biarlah rahsia....

Harapan- satu tujuan, satu harapan , dua destinasi > new zealand and australia. Semoga menjadi ia menjadi realiti.

*banyak je gambar, tapi tak boleh upload banyak sangat. berokband dah nak overlimit. sorrriiieeee*

thanks for the memories!

setiap yang berlaku, ada hikmahnya!

kbai.

(sutera indah sangat sunyi sebab student pergi dengar ceramah ustaz azhar idrus di masjid sepang, klia* kui3)

Friday, March 16, 2012

Kami tak nerd, Kami cool je...



walaupun dari saya sekolah menengah hanya ada pelajar perempuan sahaja, tapi tak bermakna di universiti wujud untuk kelas perempuan sahaja. TAK ! hehe..
gambar ini hanyalah untuk suka-suka sahaja.
kepada budak lelaki kelas saya, jangan kecik hati ye..
nanti kita ambil gambar together-gether..

happy weekend girls!
don't forget our assignment, quiz, coming soon midterm, etc...


Wednesday, March 7, 2012

WW: Cakap arab, Tulis Melayu

fokuskan wall post sahaja! :P

awesome! 
my brother took arabic language as additional subject!
he doesn't has basic arabic.
good try!
mabrook!!

Sunday, March 4, 2012

Hambar



arrrrgggggggggggghhhhh !

b.o.s.an. > sebab dah tak tahu nak buat apa.
kalau balik kampung pun ada faedah nya! tapi apa kan daya, sudah lepasssss....
*jangan menyesal *

*sunyi*bosan*penat tidur*penat baca buku*online*blogging*fb-ing*movie*berangan* blalalallalala...

kbye!

Friday, March 2, 2012

Saat yang diinginkan



saya mahukan yang ini... soooo sweet.

bilakah dapat merasai nya?

-rahsia ALLAH, hanya mampu berserah-

Thursday, March 1, 2012

melaka tetap dihati!

Bahasa Orang Melaka ...
 
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena.
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau .
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas

~ Memang nampak kasar tapi sebenarnya orang Melaka semua baik2. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here