#last posted May 2013
Salam.
Fuhh. tarikh yang amat lama. Dah lama tak berblogging, sampai tak tahu nak cerita apa.
Yup. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam diri ini...
Setiap hari kisah yang berlainan.
Setiap hari Allah beri "test", tapi mampukah aku menjawab nya...
Moga Allah jaga hati ini,
Moga Allah beri aku kekuatan untuk redha dengan semua ketentuan.
aku sedang .....
Belajar untuk redha.
Belajar untuk bersyukur
Belajar untuk terima sesuatu dengan hati terbuka..
Belajar untuk baik sangka dengan Allah
Belajar untuk berkasih sayang kerana Allah.
Belajar untuk mencintai Allah melebihi segalanya
.................................................
Itu semua perlukan masa..
Tak semua yang kita harapkan dapat dalam sekelip mata.
Allah beri cabaran dahulu sebelum DIA berikan kegembiraan.
Aku dapat rasakan.
Moga aku nampak semua hikmah itu datang dari hikmahnya bergantung pada ALLAH,.
Doakan aku supaya jadi muslimah solehah.
aku sayang kalian.
moga kita tak pernah berpisah walaupun jauh dimata namun dekat dihati.
doa untuk kalian sentiasa ada .
aku sayang diri sendiri
aku sayang keluargaku.
aku sayang sahabatku.
aku sayang semuanya kerana
ALLAH.
lots of love,
NSAB
*Ya Robb, jauhkan lah aku dari cinta yang melalaikan. jaga hati ini, moga bertambah taqwa dan iman nya bertingkek-tingkek. :0