Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Tuesday, March 29, 2011

Give Thanks to MAMA :)

Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 
Oh... ibu 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu



bait-bait lagu BELAIAN IBU sudah terbukti besarnya pengorbanan seorang ibu..
tapi saya panggil ibuku MAMA... hehe :)
mama, terlalu banyak pengorbananmu..belum tentu lagi dapatku balas..hanya ALLAH sahaja dapat membalas,
DEAR ALLAH, panjangkan umur kami adik beradik supaya dapat berbakti utk mereka.



Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.




SELAMAT HARI JADI MAMA, MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS !!


with a lot of love,
anakandamu....



Friday, March 25, 2011

Cinta yang DICARI atau DIBERI ?

ASSALAMMUALAIKUM,


nak tanya sedikit boleh?
kalau baca tajuk post ni...
mana satu pilihan anda??
sebelum awak sekalian buat keputusan...
biar saya terangkan maksud kedua-duanya...

CINTA terbahagi kepada 2 iaitu :

CINTA YANG DICARI...
cinta ini bermaksud manusia yang mencari cinta itu sendiri.
sebagai contoh,..
bila kita lihat orang lain saling sibuk bercinta,
maka kita pun nak cari seseorang utk saling mencintai..
fitrah manusia utk saling disayangi....itu memang tidak dinafikan..
apabila bertemu dgn sesorang mula la nak pastikan hubungan kita ini sentiasa manis sahaja..
caranya dgn menonton filem2 romantis, baca novel, ber-sms
akhirnya kita berada di alam percintaan yg belum tentu jadi milik hakiki...

CINTA YANG DIBERI..
cinta ini terjadi apabila ALLAH tanamkan sifat cinta kita, sayang kita kepada org yg benar2 patut diberi..
sebagai contoh,..
apabila seorang ayah menyuruh anak perempuannya berkahwin dengan pilihan keluarga,
pastinya si anak akan menolak atas alasan tidak saling mengenali..
pernahkah anak itu terfikir bahawa calon yang dibawa oleh keluarga itu calon suami yang terbaik buat anak perempuannya itu.
apabila si suami melafazkan "aku terima nikahnya..."
maka secara automatik ALLAH menanamkan sifat cinta itu terhadap si suaminya..
bukankah cara itu lebih baik dari cinta yang dicari

jadi, apakah pilihan anda????
mahu yang mana satu??

*ilmu ini disampaikan oleh ustaz imam muda asyraf..
saja nak berkongsi dengan anda.. xsalahkan?? hehehe.....

Just around the corner :P

What is this???

ok let me explain about it.
this notice i already paste it at my door's room NO 20, KK1,..
don't get surprise and don't afraid to enter this room
actually, this is one method to improve my speaking skills..
so all my friends include my roommates have to speak in English with me..

Muet speaking and jobs interview are just around the corner..
to make sure that all of us score in this subject..
we have to do this starting from now!
let's join us!
Learning is fun :)

Renungan buatmu (^.^)

Aku ingin bergelar solehah...
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji ALLAH
dan aku terus berpegang paada matlamat ku
Aku ingin bergelar solehah...

sekalung terima kasih buat teman sekalian kerana menjemput saya meghadiri majlis ilmu kali ini..
ALHAMDULILLAH...mmg best..
dapat dengar secara live dari Imam Muda Asyraf..hehe :)
memang banyak ilmu yang saya pelajari...
dan kadangkala kita sudah belajar ilmu2 tersebut tapi mungkin kita terlupa utk mengingatnya kembali..
semoga kita hidup mendapat keberkatan NYA..
WAALLAHUALAM.....

Wednesday, March 23, 2011

Chanteq BerHIJAB



Salam, firstly special thanks to najlaa bcoz introduce me about Chanteq BerHIJAB's blog ni...
hehehe.. tetibe terasa nak join lucky draw ni..
mana taw..rezeki berpihak pada saya...
terserah..kalo ade rezeki..adela..kalo tidak menang, xmengapa...at least saya mencuba kan?  :)

Let's take a look  my picture...
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM....

THIS IS ME ~~

GOOD LUCK to others...
p/s: let's join us!!! ISLAM IS THE WAY OF LIFE (^.^)

Friday, March 11, 2011

Titipan Buat Kaum Hawa...

sampai2 kan lah kepada rakan2 perempuan anda, ibu anda, adik beradik perempuan, isteri atau sesiapa sahaja yg bergelar WANITA...

1. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang soleh.
3. seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki jahat.
4. dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
6. wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahal seperti membebaskan 20 orang hamba..

last but not least,,
sungguh besar darjat seorang wanita ye...
renung-renung kan lah...
selamat beramal :)

Wednesday, March 9, 2011

Memori Gunung Datuk

Tajuk: Ekspedisi Gunung Datuk, rembau, n9
Tarikh: 6 mac 2011
Masa: 6.30pagi (katenya berkumpul waktu tu..tapi biasela bertolak lmbt, 7.40 baru lalu highway )
Bilangan Peserta: 49 orang sahaja terdiri daripada pelbagai ahli kumpulan bdk accounting!


pengalaman:
terlalu banyak dugaan utk mendaki gunung ini...
di awal pagi lagi sudah diduga dgn tiada air..
tapi xbermakna kami xmandi ye pagi itu...kami terpaksa berhijrah ke blok lain utk mandi utk memastikan kami segar utk mendaki!! yeahhh!
kemudian disajikan nasi lemak sebagai sumber tenaga kami..(alhamdulillah wlupun sambalnya sgt pedas)hehhee.....
kami sampai di gunung datuk pukul 9.30 pagi....
utk mengelakkan kekejangan otot, senamrobik diketuai oleh syahir ...

Jam 10 pagi kami mula mendaki...mula2 tu semangat la juga..
almaklumla pertama kali mendaki gunung!
hehe....
mendaki sambil menikmati ciptaan alam.. SUBHANALLAH...
cantek sungguh! pokok2 hidup menghijau..
binatang2+ serengga pun ade..xlupe pda pacat yg telah gigit rakan2 sy! hehhe
bukan senang utk mendaki gunung..
perlu stamina + motivasi yg sgt tggi utk sampai diatas....
walaupun ade yg pengsan, pitam, lapar,,
itu bukan alasan utk tidak sampai ke puncak...
berkat sokongan rakan2 semua dan tenaga diberi oleh ALLAH..kami selamat sampai di puncak gunung datuk dlm masa 2jam stgh.....
tahniah utk kalian sume...i'm proud of u!
bila da sampai dipuncak..terasa sgt terharu dan sedeh..
macam tak percaya boleh daki tahap yg tggi ini..
adelah lebih kurang 2000++ meter ketinggian dr dasar laut.
sambil muhasabah diri dan fikir sejenak...
GUNUNG IBARAT PENGAJIAN 
PUNCAK GUNUNG IBARAT KEJAYAAN YG DIPEROLEH 
tanpa usaha+ doa+tawakal xmungkin boleh samapai ke puncak..
begitu juga dlm pelajaran..kita perlu sokongan dari rakan2, pensyarah, rajin utk berjaya..
tanpa kata2 semangat mungkin kita juga putus asa utk smpi ke puncak...
oleh itu, sentiasa lah berfikiran positif utk melakukan sesuatu...
usaha tangga kejayaan... kejayaan tidak datang bergolek..
terasa nikmat apabila kejayaan itu hasil titik peluh kita sendiri disamping faktor2 sampingan...
mudah-mudahan apa yg kita lakukan diberkati oleh NYA...

NIAT KERANA ALLAH..INSYAALLAH DIPERMUDAHKAN.
waallualam...

p/s: kalo teringin nak tgk gmbr pendakian kami..lawat my facebook :)

Saturday, March 5, 2011

Kita Merancang, DIA yang Menentukan~

setiap orang ade matlamat sendiri, ..
ade yang tulis dlm stick note lagi..semangat! xnak bagi lupa..
tapi saya kadang2 je buat..hehe..
hari minggu kan, masing2 ade plan tersendiri...
disebabkan hari sabtu saya free, so saje je nak luangkan masa utk pergi ke Ceramah Kerjaya di fakulti ..
macam biase, ajak la sahabat2 sekalian join...
alhamdulillah..tindak balas yang positif..masing2 nak pegi!
YEAHHHH!!!
walaupun kami pergi lambat, disebabkan mslh teknkal..tapi tetap teruskan pegi..

tiba2..
ade 2orang hamba ALLAH ni..a.k.a senior kami pun bertanya..

senior: eh adek semua nak pergi mana???
kami: hurm nak pegi dgr ceramah la kak...knape?
senior: xde la,..kteorang ade buat program kecantikan wanita under icep..xde orang join..jum la pegi..free je...
kami: ape kak? free..wah cam best je ni....
kami: jum kwn2 kita pegi..jgn lepaskan peluang..free je tuh..hahaha

kami pun masuk..mmg sgt sikit orang..mcm kesian je..wat program tp xde orang..
bukan xde orang nakpi lah..disebabkan byk majlis di fakulti so masing2 busy~
jadi kn..kami lah pemeriah majlis..
pastu siap ade wat facial free je,,woowww..
peluang hanya datang sekali sahaja..

tanpa berlengah masa... MARY KAY menjadi tajaan produk kami..
pengalaman yang best..almaklum la..first time wat facial..before this mane pernah pegi..
mcm2 blaja teknik kecantikan ni...xterkira rasenya...
tapi apepun terima kasih kpd pengajak (senior) and kak mia(consultant kecantikan)
enjoy gler hari ini...

keluar dari bilik tadi dgn penampilan baru( just for today only)
pasni mls nak make up tebal2.mls. xsempat.
wah..ramai yang terkejut dgn penampilan kami.tp ape slh kn..bukan selalu....
disebabkan hari ini ramai rakan2 yang buat jualan..so pergi la memeriahkan majlis mereka dgn muka baru...
hahhaa...

moral of the story: tetibe teringat kembali apa yang berlaku tadi..
bangun dari tdor mmg niat dihati nak pergi ceramah.. tapi ceramah yang lain kami join...
tu la dinamakan takdir...mungkin ade hikmah sebaliknya...
KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN...

p/s: dgr2 citer ..orang yg dtg ceramah kerjaya td 10 org je? btul ke?

Friday, March 4, 2011

Bila Sedih teringatkan DIA, Bila gembira lupakanNYA.

bila hati mengadap Tuhan baru ku sedar ada kelemahan..
terasa kerdil berbanding YANG ESA...
(alamak terlupa lirik. hehe..)

bila hati sedih nak mengadu pada siapa?
tidak siapa tahu isi hati kita ini..
hanya kita DENGANNYA sahaja...
bila dtg kesedihan ,
baru lah terhegeh2 nak mengadu padaNYA..
makanya marilah kita kembalilah KEPADANYA..
(bukan kembali pada ALLAH bermaksud bunuh diri ye.)
hehe....
maksud yg betul, berdoa lah..semoga kita diberi cahaya kegembiraan.

tapi bila gembira pernah kah kita sujud syukur kepadaNya...?
biasalah manusia kan,, tidak sempurna..
sekurang2nya..biler dapat suatu nikmat..
sudah memadai mengucapkan ALHAMDULILLAH...
THANKS TO ALLAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here