Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Monday, April 30, 2012

Nak Berhenti Kerja !!




argggghhhhh! tolonglah, tolonglah....... aku nak berhenti kerja. aku tak tahan lagi nak kerja ni.. serius! duarius, tigarius! aku nak berhenti kerja.. tolonglah bagi aku nak berhenti kerja... penat tahu tak! gaji tak seberapa kerja menimbun-nimbun... rimasssss!!!!


-drama end-

hahaha. sila jangan tiru aksi tadi ya. jangan pernah sesekali untuk mengeluarkan ayat tersebut. Jangan jadi lemah! adatlah, lumrahlah kerja semakin bertambah-tambah, lagi dibuat lagi bertambah. so untuk mengurangkannya, tak payah buat! *ayat orang malas* hewhewhew.....

6minggu lagi..................
rasa-rasa lama lagi tak nak habis waktu tu? ermmm,, ala, lepak la..lama lagi...*jangan nak perasan, 6 minggu kejap je...bukan 6bulan pun* muahahahha..
6 bulan nak kena siapkan semuanya....

  • submit assignment (individual &group) semua subjek ada! haruslahhhh
  • quiz..quiz..quiz..
  • midterm..midterm...
  • nak revise subjek yang susah2 lagi... (ada 8 subjek yee)
  • berprogram lagi.....
  • prepare for final...
sila bertindak sekarang untuk elak penyesalan di kemudian hari.
hahahhaa.

sebenarnya nak ucap selamat hari pekerja!esokkkk cutiiiii (so, tak yah buat kerja ye, kita enjoyyy) hahahah

saya sayang awak! :)



Sunday, April 22, 2012

Hadiah

assalammualaikum semua.

Terlalu banyak untuk diceritakan sampai tak tahu yang mana satu nak berkongsi.
Assignment, quiz, midterm, spark project, cari dana LA, SRM... huhu... busy wey! tapi itu semua lumrah. redha jela.
 dan Ingatlah setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.
ALLAH KNOW THE BEST FOR US!

tak semestinya pengalaman yang buruk itu tak berguna, mungkin ia memberi impak dari segi sudut yang lain. Mematangkan kita untuk menghadapi dugaan seterusnya. Allah juga tak menguji hambanya sekiranya ia di luar kemampuan, so kita kena fikir, kita KUAT, kita MAMPU untuk hadapinya!  Pengalaman yang manis pula menjadi penguat semangat untuk kita terus maju. INSYAALLAH.



hadiah ini lah yang selalu diidamkan oleh setiap orang yang bergelar mahasiswa/i. Inilah penghargaan buat aku sendiri yang setelah sekian lama mendiamkan diri untuk naik ke atas pentas untuk akademik. Mungkin ada yang dah bosan naik ke atas pentas, tapi aku tak. hahhaa. First time dapat DL. dan itu namanya REZEKI. Siapa yang lebih berusaha. lebihlah ilmunya, lebihlah ganjarannya. Tak dapat bukan bermakna tak pandai ok. TAK! tapi belum rezeki lagi. ALLAH KNOW THE BEST!. Mungkin bukan hari ini, tapi akan datang, INSYAALAH. tak dapat dean list, tapi dapat deen list pun ok! lagi bagus, lagi berkat :)

Terima kasih sahabat kerana pemberi semangat untuk berusaha,jatuh bangun bersama.
terima kasih mama babah untuk doa yang sangat berkat, doa yang sanagat diharap oleh anakmu ini,
terima kasih untuk insan bergelar guru/ pemberi ilmu. Ilmu yang tak dapat dijual beli. ia sangat bernilai.


..................Hadiah lagi.
sekarang pulak kita main tukar2 hadiah, huhuhu. alhamdulillah aku dapat hadiah GLASS MUG PAPA MAMA...... soooo sweeeet :) hahahaha. nak gelak pun ade. siap lagi dapat note "SRM dalam ingatan, hadiah untuk masakan datang" huhuh. jangan2 jodoh aku dah nak datang... woooooo. mantap kaww jah! hehehe. terima kasih juga!


Friday, April 13, 2012

Borneo Best!

assalammualaikum.....
alhamdulilah. alhamdulillah. alhamdulillah.
Diberi lagi peluang untuk menikmati ciptaan ALLAH.

SABAH.

Terima kasih SRM!
pe tu SRM? bukan seram ok! huhu...
Sekretariat Rakan Muda a.k.a SRM

dan inilah hikmahnya terlibat dengan SRM. Siapalah ynag boleh melawan takdir Allah.
Takdir saya dengan Srm. chewaahh~ Dan di saat aku menulis inilah, baru menjejaki ke laman rumah..
Dengan srm aku kenal ramai lagi kawan, dengan srm aku merasa dengan berkeluarga angkat, dengan srm aku diberi tugas untuk kendalikan motivasi.. (selama ni asyik dengan explorace ajee) hahaha dan dengan srm aku dapat pergi lagi ke sabah bah! huhu

*kembang kempis siapa ahli SRM*

6 hari bersama mereka .....

6 April..
lokasi : lapangan terbang terminal 2, sabah


7 April 2012
Lokasi : Kampung libang, ranau

amboi, banyak nya barang.. smpi terlebih luggage

penantian disaat menunggu siapakah keluarga angkat kami??

rezeki dihari pertama, merasalah menghadiri majlis perkahwinan orang di ranau. 
sangat berbeza, terutamanya makanan. hehee. (saya suka makan)


tadaaaaa.. inilah rumah keluarga angkatku~


8 April 2012
Gotong Royong dengan orang kampung.. kemudian pergi ke kolam ikan . naik kenyang ikan tu. seguni kami bagi. ahhahahah. kemudian, segmen "bersamamu" hurm, memang sangat tersentuh hati. bayangkan bila seorang nenek kena daki macam bukit broga,,, kita yang muda2 pun boleh semput naik. :( :( :(


bagi lembu makan dedak ikan tu. nasib lah hahahha
trip ke 2 yg sampai lewat ke kolam ikan. huhu
 
9 April 2012
menabur bakti di sma al irsyadiah. Ni lah yang paling penting sebab aku in charge. huhu. alhamdulillah. nasib baik semua ok. komitmen dari rakan2 tu sangat penting. Pelajar di sana pun sporting habes!



10 April 2012
Ekspedisi ke luanti dan hot spring!
erm, siap bawa bekal roti sardin..(ada cerita disebalik hasilan roti itu) hahaha...
PACAT JAHAT! WAAA.. geli tahu tak! sangat gatal bila kena gigit. darah keluar tak henti2! maka, dapatlah gigitan cinta dari pacat. Saje nak bagi tanda tu. :P

Cultural exchange Night pun habis! persembahan tarian sumazau, tarian piring dikir barat, nasyid versi dusun. 

ni sungai belakang rumah. boleh mandi taw :)

cheeeseeee :)


11 April 2012
Hari terakhir di sabah. Rasa sedih dah tinggalkan terlalu banyak memori di sana. Sedih juga tak dapat melawat ladang lembu yang mcm new zealand tu.. ladang tea pun tak sempat.. tade rezeki...Sempat juga kami berkelah di pantai Tanjung Aru, melawat national park, pasar kundasang.. :)



kaki gunung kinabalu



ok, setakat itu perkongsian selama berada di borneo. huhu.
sAya juga doakan supaya teman2 yang lain berpeluang ke sana. INSYAALLAH.

Mood sekarang: pening2... kerja menimbun. makin di buat makin bertambah. boleh tak kalau tak nak buat? hahaha

Thursday, April 5, 2012

Lambaian Bayu Sabah ..



26 December 2011..
Pertama kali menjejaki di Sabah. Mood gembira sangat sebab dah lama tak bercuti dengan keluarga tercinta. tapi sayang sekali babah tak dapat pergi bersama sebab urusan kerja. Tetapi ada pakcik yang sudi jadi pelindung kami sekelaurga. Terima kasih pak long :)
5 hari 4 malam,,, berjalan tanpa henti, menikmati ciptaan ALLAH. Teruja~

6 April 2012 iaitu (esok)
Kali kedua akan menjejaki ke tanah borneo lagi. Alhamdulillah.. dan ia tak sama  mood pergi bersama keluarga, aku pergi membawa misi, harapan, impian 41 orang peserta Sekretariat Rakan Muda.
Setelah 5 bulan bertungkus lumus berusaha, akhirnya tercapai juga dengan IZINNYA.....

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekalian, kami ke sana untuk menikmati ciptaanMU, menyebarkan Agama MU, menolong warga yang susah, membantu para pelajar supaya lebih berjaya dunia dan akhirat.
Ya Allah, selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang kami. Lindungilah kami dari segala gangguan makhlus halus, Jauhilah kami dari segala malapetaka, bencana alam, dan lain-lain lagi.
Ya Allah, murahkan lah rezeki kami supaya kami dapat membantu orang yang berkemampuan, Engkau murahkanlah rezeki kawan-kawan yang lain supaya mereka juga berpeluang mengikuti program luar ini, menejejaki ke sabah dan lain-lain juga.
Semoga program ini memberi seribu makna kepada kami, dan kami dapat manfaatkannya,
INSYAALLAH.
AMIN YA RABBAL ALAMIN....

(sekiranya anda membaca post ini bermakna anda mendoakan untuk kami juga.. syukrannnnnn *terima kasih*)
sayangggg u all~


Monday, April 2, 2012

Finally :)


alhamdulillah..
merasa lah juga pergi genting highlands..
sejukkkkk... hoho



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here