alhamdulilah. alhamdulillah. alhamdulillah.
Diberi lagi peluang untuk menikmati ciptaan ALLAH.
SABAH.
Terima kasih SRM!
pe tu SRM? bukan seram ok! huhu...
Sekretariat Rakan Muda a.k.a SRM
dan inilah hikmahnya terlibat dengan SRM. Siapalah ynag boleh melawan takdir Allah.
Takdir saya dengan Srm. chewaahh~ Dan di saat aku menulis inilah, baru menjejaki ke laman rumah..
Dengan srm aku kenal ramai lagi kawan, dengan srm aku merasa dengan berkeluarga angkat, dengan srm aku diberi tugas untuk kendalikan motivasi.. (selama ni asyik dengan explorace ajee) hahaha dan dengan srm aku dapat pergi lagi ke sabah bah! huhu
*kembang kempis siapa ahli SRM*
6 hari bersama mereka .....
6 April..
lokasi : lapangan terbang terminal 2, sabah
7 April 2012
Lokasi : Kampung libang, ranau
amboi, banyak nya barang.. smpi terlebih luggage |
penantian disaat menunggu siapakah keluarga angkat kami?? |
rezeki dihari pertama, merasalah menghadiri majlis perkahwinan orang di ranau.
sangat berbeza, terutamanya makanan. hehee. (saya suka makan)
tadaaaaa.. inilah rumah keluarga angkatku~ |
8 April 2012
Gotong Royong dengan orang kampung.. kemudian pergi ke kolam ikan . naik kenyang ikan tu. seguni kami bagi. ahhahahah. kemudian, segmen "bersamamu" hurm, memang sangat tersentuh hati. bayangkan bila seorang nenek kena daki macam bukit broga,,, kita yang muda2 pun boleh semput naik. :( :( :(
bagi lembu makan dedak ikan tu. nasib lah hahahha |
trip ke 2 yg sampai lewat ke kolam ikan. huhu |
menabur bakti di sma al irsyadiah. Ni lah yang paling penting sebab aku in charge. huhu. alhamdulillah. nasib baik semua ok. komitmen dari rakan2 tu sangat penting. Pelajar di sana pun sporting habes!
Ekspedisi ke luanti dan hot spring!
erm, siap bawa bekal roti sardin..(ada cerita disebalik hasilan roti itu) hahaha...
PACAT JAHAT! WAAA.. geli tahu tak! sangat gatal bila kena gigit. darah keluar tak henti2! maka, dapatlah gigitan cinta dari pacat. Saje nak bagi tanda tu. :P
Cultural exchange Night pun habis! persembahan tarian sumazau, tarian piring dikir barat, nasyid versi dusun.
Cultural exchange Night pun habis! persembahan tarian sumazau, tarian piring dikir barat, nasyid versi dusun.
ni sungai belakang rumah. boleh mandi taw :) |
cheeeseeee :) |
11 April 2012
Hari terakhir di sabah. Rasa sedih dah tinggalkan terlalu banyak memori di sana. Sedih juga tak dapat melawat ladang lembu yang mcm new zealand tu.. ladang tea pun tak sempat.. tade rezeki...Sempat juga kami berkelah di pantai Tanjung Aru, melawat national park, pasar kundasang.. :)

kaki gunung kinabalu |
ok, setakat itu perkongsian selama berada di borneo. huhu.
sAya juga doakan supaya teman2 yang lain berpeluang ke sana. INSYAALLAH.
Mood sekarang: pening2... kerja menimbun. makin di buat makin bertambah. boleh tak kalau tak nak buat? hahaha
sAya juga doakan supaya teman2 yang lain berpeluang ke sana. INSYAALLAH.
Mood sekarang: pening2... kerja menimbun. makin di buat makin bertambah. boleh tak kalau tak nak buat? hahaha
No comments:
Post a Comment