Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Thursday, January 31, 2013

Sonata Beijing ! Part 2

Kini bersambung..
cerita yang terhenti kita sambungkan....

bagai air dicincang tak akan putus. Eheh..

Kemana lagi kami pergi?
Jade Centre.. saya pun terjebak beli jade ni.. paling murah 80Yuan... Uhuh..telan air liur..tapi demi kesihatan kan.... layankan jela.. beli 2 taw.. niat dihati nak bagi dekna tapi mama lebih berkenan dengan gelang tu.. Tapi mama come first ..so, mama lah dapat.. sori dekna.. :(




terasa melawat singapore pulak..ada singa ni. huhu
Berjalan lah sambil menghirup udara segar di sana... mendengar pokok-pokok berzikir walaupun ia hanya ranting sahaja.

Crystal Palace of Ming Tombs Beijing...




nampaknya tergoda sekali lagi? haha

masih single? eheh
lagi dan lagi....
berjalan tanpa henti......
sebelum itu isi perut dulu.. ada misi penting lepas ni.. eheh..

eh gunung kinabalu?

makan sebelah dekan.. ouchhh.. yang lain sila jeles :)

Tempat yang ditunggu...
Tembok Besar China...
salah satu 7 keajaiban dunia.. nasib baik saya tak ajaib disitu. eheh..


Jauh juga nak daki ni.. ok.. Tarik nafas.. Posing2 dulu... amek mood..
akan ku sampai nun jauh disana

perhentian sebentar :)

kepercayaan orang bercinta. konun2 ku kunci hatiku dgn hatimu.. ohoh

dan berkat semangat ALLAH beri, akhirnya sampai ke atas sana! Dekan sebagai saksi.. woww :)
we are champion! Alhamdulillah
at the end point of Great Wall
Percaya tak? 
atas puncak siap makan roti gardenia taw... import dari Malayxiaaa....
mood: lapar dan dahaga :)



 ok, siap2 nak turun...... payah juga.sebab banyak tangga kan.. kadang2 gayat pun ade
. tapi YAKIN, BOLEH GEMILANG :)

Next station : Burning Cream Centre...
i beli koyukk(eh betul ke ejaan?) 1.5meter 100 Yuan :)
best..... sebab bila pakai sejuk je.. sesuai utk orang sakit urat.. sakit sendi..dan lain2 lagi...

burning cream pun dapat percuma je. Eheh


nazzzzzzzzzzzzzzzzzz!!! 
eh mama panggil makan lah! 
so, sambung lain kali ye tawan tawan :P

have a nice day muslimin muslimat.
moga ALLAH lindungi setiap langkah kalian :)
setiap langkah, setiap detik hanya UNTUKMU ! YA ROBBI

Hamba kerdil,
penyembuh manusia

Sonata Beijing ! Part 1

Asslammualaikum,
Salam berbicara.

Sonata Beijing?
Buat ape pergi beijing?
Nak tahu boleh klik sini ... Pre-Beijing


Alhamdulillah, rasa macam nak lompat2 je bila tak percaya dapat jejakkan kaki ke luar negara. Yelahkan, saya belajar dekat nilai je... Tak perlu naik MAS or Air Asia.. naik Transnasional pun boleh sampai. Ehehe.

Wowww, siapa sangka.. saya mendahului ahli keluarga yang lain pergi main the real snow. Besttt sangat2..Syukur! Akhirnya ALLAH bagi saya dan sahabat-sahabat peluang menjejaki dunia luar negara.

Teruja dapat pegang snow.. Kasi tampar sikit pipi nih... "Eh betul ke aku kat negara china ni?"..
Ouchhh.. Hah, memang sah.. memang sah aku kat negara china,, bangun pagi tengok luar.. Bangunan yang telah diseliputi salji....


dan ditambah dengan bukti yang saya berada di luar negara bila saya sarapan makanan ini..



 Perghh, memang makan "laju " je pakai chopstick ni. Tak mengapa, pengalaman pertama: makan guna chopstick :)
Makanan sarapan pertama kami.. Nasi lembik cina. Pau yang ..gaya macam roti lah.. Ingatkan pau kaya ke pau ayam ke..baru nak hoorreeyy, tapi........kosong..kosong... Alhamdulillah rezeki kami. 

Part paling paling best time makan ni, amoi tu siap tunjuk cara nak pakai chopstick..last2 kami give up, susah bebenor.. terus amoi bagi sudu. Eheh. Macam tahu2 je...

Seterusnya,,.. bermulalah pengembaraan kami...

ok, amek feel dulu.. main salji dulu tepi jalan raya.. ohoo jakun sebentar :P
Tempat pertama yang dijejaki dipenuhi dengan keputihan salji ialah Tiananmen Square dan Forbidden city. 
SubhanALLAH. Speechless tengok salji. Cantik. Indah ciptaan ALLAH. Salji itu putih. Putih itu Suci

we are teletubbies. One unity group. Ouchh :)

terserlah keanak-anakan disitu :P

Alhamdulillah, merasa the real snow. AWESOME :)
Rase macam jadi puteri salju sebentar. tapi, terfikir juga.. agak2 buka kedai ABC kat sini laku tak.. ice banyak nih. ahhahah :P

Polis China sentiasa kawad dimana sahaja :)

Forbidden city 

snow :)

dalam istana Maharaja :)

sekitar istana dalam Forbidden City 
ok, sambung makan di restoran Islam ! Lapar... cuaca sejuk cepat lapar :(  Kat China agak susah nak jumpa restoran HALAL. Kena cari signboard warna hijau, baru yakin halal. INSYAALLAH :)


merasalah juga makan semeja dengan dekan dan pensyarah. sporting sgt! sukee

sila abaikan yg tidak bertudung itu ea.sibuk je muahaha. :P
 kenyang makan. Solat jamak zuhur dan asar. Masjid dia best.. depannya ade salji. uhuuu..
Susah nak jumpa orang muslim kat sana, bila dah sampai kat masjid baru tahu wujud orang Islam di beijing tu. :)


berhadapan dengan masjid ape ye? lupe namanya.. ehhe

Lepas solat, kenyang bagai... Mr Tim bawa pergi Foot Massage.. ohooo.. Best ade orang urut kaki. Nikmat. Tapi ade pengalaman pahit disitu. Belum pernah lagi orang tettttt urut kakiku.. Mohon ALLAH ampunkan dosa kami. Niat sebagai berubat , darurat :)

 Next station, Masjid tertua di Beijing




usim tercinta tak dilupai :)
 Nak rasa suasana Muslim supermarket mereka :) kat sini macam2 ade.. nak snek ke, sweet potato ke.. air mineral ke.. macam2 lah...



ada sesuatu yg saya nak tunjukkan...
Fokuskan kpd air mineral itu :)
disebabkan musim sejuk, jadi air mineral berubah menjadi beku secara semulajadi..
bukan masukkan dalam peti ais taw...
terbukti suasana di sana macam dalam peti sejuk.. :P
paling sejuk -8 darjah celcius kot...


owhh, niat dihati banyak yg nak dikongsi
tapi....
tapi...
tapi...
sebenarnya...
dragon ball ade 7 biji semuanya..*eh ade kaitan ke?*

ini yang sebenarnya..
nampaknya mata ini dah bagi signal suruh berhenti...
banyak lagi nak upload.. nak share dengan korang semua...
jalan2 sambil menikmati ciptaan TUHAN..
keindahan ini milik Yang Maha Esa..

nantikan episod seterusnya..

ikhlas,
HambaMu yang kerdil





Wednesday, January 30, 2013

Pre-Beijing

Assalammualaikum.
Ni hao...

Ingat wedding je ke ade pre-wedding?
Kitorang nak pergi lawatan antarabangsa pun ade pre-photoshoot taw u olls! Hehe.
Semangat kan?
Mesti. Kita nak buat sesuatu mestilah buat yang palinggggg terbaik. Jadi, kena semangat! Yang penting kita niat LILLAHI TAALA.. :)

Eh eh eh,, budak mana yang nak pergi Beijing tu? Budak course ape?
tadaaaa...


Lawatan Antarabangsa ke Beijing, China selama 5H 4M.. 20 Jan -24 Jan 2013
26 Orang.. 24 puteri 2 orang je lelaki. Pelajar Tahun 3, Perakaunan, FEM, USIM
Jangan tanya saya kenapa 2 je orang kaum adam. hehe

nak tengok muka-muka perinag yang join? ini lah kami~ kami yang sangatttttt bersemangat nak main salji...


 yang mana satu pensyarah a.k. pegawai pengiring ? mesti tak tahu yang mana kan? Dr Natasa yang sentiasa kelihatan remaja tu diaaa :)

nak tahu tak ape kami sebut dlam gambar kat bawah ni?

 beijing here we comeeeee~ wink wink wink !

mesti tak sabar nak tengok update seterusnya pasal beijing kan?
nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Tunggu~
jeng jeng jeng :)

Friday, January 18, 2013

Pandanglah dari sudut positif!

Assalammualaikum.
Alhamdulillah.
Tamat sudah peperiksaan semester 5 walaupun hari penutup cuaca agak mendung...
tapi mungkin juga disebalik mendung itu ada pelangi terselindung bukan?

Tak dapat jawab exam bukanlah satu pengakhiran..jadikan ia sebagai penyuntik semangat untuk berusaha lagi.
Ilmu ini milik ALLAH... nak kuasainya, Mintalah pada DIA...
betul tak?

"Barangsiapa menempuh suatu jalan utk menuntut ilmu, maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga" (HR.Muslim)

Disebalik kesedihan, ada terselit kegembiraan disitu..

MUSAFIR ILMU..

Menuntut ilmu hinggalah ke negeri China.....Ya! Kami akan ke sana.
Doakan Batch Accounting 5 USIM , selamat pergi dan selamat pulang.
Moga ALLAH permudahkan segala urusan.
Moga ALLAH beri kesempatan utk menikmati ciptaanNYA disana...
Moga ALLAH berkati dan lindungi kami walau mana kami berada.....

Berjalan Tanpa Henti bak kata Devotees :)




Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

Assalammualaikum..
Entri tahun baru??
Bukan tahun baru dah lepas ke?

Muharam.
erk...

Setiap hari perlu ada azam..-kata seseorang

Jadi, apa yang saya harapkan setiap hari?
Redha ALLAH. Ya, Itu penting.

Saya mahu jadi seorang muslimah solehah...

Yang boleh membantu mama dan babah masuk ke syurga..
Yang boleh berkhidmat untuk agama dan bangsa..
Yang boleh menjadi makmum yang sweet kepada seorang imam..
Yang boleh membantu sahabat ketika susah dan senang...

Sahaja aku hidup kerana ALLAH Taala :)



Ikhlas,
Cahaya Penyembuh Manusia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here