Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Thursday, January 31, 2013

Sonata Beijing ! Part 1

Asslammualaikum,
Salam berbicara.

Sonata Beijing?
Buat ape pergi beijing?
Nak tahu boleh klik sini ... Pre-Beijing


Alhamdulillah, rasa macam nak lompat2 je bila tak percaya dapat jejakkan kaki ke luar negara. Yelahkan, saya belajar dekat nilai je... Tak perlu naik MAS or Air Asia.. naik Transnasional pun boleh sampai. Ehehe.

Wowww, siapa sangka.. saya mendahului ahli keluarga yang lain pergi main the real snow. Besttt sangat2..Syukur! Akhirnya ALLAH bagi saya dan sahabat-sahabat peluang menjejaki dunia luar negara.

Teruja dapat pegang snow.. Kasi tampar sikit pipi nih... "Eh betul ke aku kat negara china ni?"..
Ouchhh.. Hah, memang sah.. memang sah aku kat negara china,, bangun pagi tengok luar.. Bangunan yang telah diseliputi salji....


dan ditambah dengan bukti yang saya berada di luar negara bila saya sarapan makanan ini..



 Perghh, memang makan "laju " je pakai chopstick ni. Tak mengapa, pengalaman pertama: makan guna chopstick :)
Makanan sarapan pertama kami.. Nasi lembik cina. Pau yang ..gaya macam roti lah.. Ingatkan pau kaya ke pau ayam ke..baru nak hoorreeyy, tapi........kosong..kosong... Alhamdulillah rezeki kami. 

Part paling paling best time makan ni, amoi tu siap tunjuk cara nak pakai chopstick..last2 kami give up, susah bebenor.. terus amoi bagi sudu. Eheh. Macam tahu2 je...

Seterusnya,,.. bermulalah pengembaraan kami...

ok, amek feel dulu.. main salji dulu tepi jalan raya.. ohoo jakun sebentar :P
Tempat pertama yang dijejaki dipenuhi dengan keputihan salji ialah Tiananmen Square dan Forbidden city. 
SubhanALLAH. Speechless tengok salji. Cantik. Indah ciptaan ALLAH. Salji itu putih. Putih itu Suci

we are teletubbies. One unity group. Ouchh :)

terserlah keanak-anakan disitu :P

Alhamdulillah, merasa the real snow. AWESOME :)
Rase macam jadi puteri salju sebentar. tapi, terfikir juga.. agak2 buka kedai ABC kat sini laku tak.. ice banyak nih. ahhahah :P

Polis China sentiasa kawad dimana sahaja :)

Forbidden city 

snow :)

dalam istana Maharaja :)

sekitar istana dalam Forbidden City 
ok, sambung makan di restoran Islam ! Lapar... cuaca sejuk cepat lapar :(  Kat China agak susah nak jumpa restoran HALAL. Kena cari signboard warna hijau, baru yakin halal. INSYAALLAH :)


merasalah juga makan semeja dengan dekan dan pensyarah. sporting sgt! sukee

sila abaikan yg tidak bertudung itu ea.sibuk je muahaha. :P
 kenyang makan. Solat jamak zuhur dan asar. Masjid dia best.. depannya ade salji. uhuuu..
Susah nak jumpa orang muslim kat sana, bila dah sampai kat masjid baru tahu wujud orang Islam di beijing tu. :)


berhadapan dengan masjid ape ye? lupe namanya.. ehhe

Lepas solat, kenyang bagai... Mr Tim bawa pergi Foot Massage.. ohooo.. Best ade orang urut kaki. Nikmat. Tapi ade pengalaman pahit disitu. Belum pernah lagi orang tettttt urut kakiku.. Mohon ALLAH ampunkan dosa kami. Niat sebagai berubat , darurat :)

 Next station, Masjid tertua di Beijing




usim tercinta tak dilupai :)
 Nak rasa suasana Muslim supermarket mereka :) kat sini macam2 ade.. nak snek ke, sweet potato ke.. air mineral ke.. macam2 lah...



ada sesuatu yg saya nak tunjukkan...
Fokuskan kpd air mineral itu :)
disebabkan musim sejuk, jadi air mineral berubah menjadi beku secara semulajadi..
bukan masukkan dalam peti ais taw...
terbukti suasana di sana macam dalam peti sejuk.. :P
paling sejuk -8 darjah celcius kot...


owhh, niat dihati banyak yg nak dikongsi
tapi....
tapi...
tapi...
sebenarnya...
dragon ball ade 7 biji semuanya..*eh ade kaitan ke?*

ini yang sebenarnya..
nampaknya mata ini dah bagi signal suruh berhenti...
banyak lagi nak upload.. nak share dengan korang semua...
jalan2 sambil menikmati ciptaan TUHAN..
keindahan ini milik Yang Maha Esa..

nantikan episod seterusnya..

ikhlas,
HambaMu yang kerdil





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here