Assalammualaikum,
Salam Jumaat muslimin muslimat sekalian.
Hari jumaat hari penghulu segala hari.
Sudah baca Al Kahfi hari ini?
Mahu bersinar cahay dari bawah kaki hingga ke langit? Mahu cahaya di hari kiamat & diampunkan dosan antara 2 jumaat? Baca ALKAHFI :) -kata-kata seseorang.
Alhamdulillah, berkat hari jumaat..
saya dan adik beradik telah daftar haji. Ikut giliran 2057. ALLAH berilah aku peluang untuk jadi tetamuMU seawal mungkin., Ketika kita muda, kita punyai tenaga untuk beribadah banyak. Tapi Perancangan ALLAH Dia lebih mengetahui.
Kita hanya mampu DOA :)
Alhamdulillah, berkat hari jumaat..
saya diberi "kesempatan" untuk menonton TANYALAH USTAZAH TV9.
kadangkala saya terfikir, kita punyai masa banyak terluang, tapi kenapa kita tak terbuka channel agama ni. Masa nilah kita nak refresh, update ilmu agama kita. Tapi, kadangkala kalau kita sibuk semana mungkin, kita sempat juga nak dengar ceramah agama walaupun kat radio atau tv. Mungkin kita insan terpilih untuk mendengarnya? Mungkin ini hidayah hari jumaat? YA!
jadi saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat..
ilmu membuatkan hati saya tersentuh. Muhasabah diri.
1. Anak-anak yang hafal ALQUR'AN, dia akan pakaikan mahkota dekat ibu ayah mereka diakhirat nanti. Indah bukan kalau kita dapat pakaikan. :'(
2. Selalunya orang yang belajar sekolah tahfiz, belajar agama.. Mesti ade orang yang cakap.."Engkau belajar ALQUR'AN je? Boleh ke cari rezeki?" Sepatutnya kita kena fikir, ALLAH yang bagi rezeki, bukan sijil SPM, bukan pointer semester.
3. Orang yang belajar ALQUR'AN, mesti belajar bahasa arab. Eh, rupanya aku belajar ALQUR'AN juga. Tapi sedeh, kenapa tak mahir? Kalau mahir, mesti bestkan..dapat faham ape yang kita baca tanpa buka tafsir. ALLAHUAKBAR !
4. Bila kita buka, lihat ALQUR'AN dah dapat pahala. Kalau baca dah dapat lagi pahala. Kalau buka tafsir, fahamkan lagi lagi lagi dapat pahala. Bestnya... senang nak dapat pahala kan? :)
5. Malu lah jika belajar tinggi tapi tak pandai baca ALQUR'AN, sebab nanti bila ibu ayah sakit..kita tak mampu untuk baca ayat suci ALQUR'AN untuk mereka.
6. Ingat, anak soleh/solehah doanya diterima ALLAH. Kalau kita doakan ibu ayah. ALLAH akan terima. Indahnyaa....
7. Walaupun sesorang itu mungkin kita nampak dia tade ape-ape, tapi dia seorang yg hafal ALQUR'AN.. Itu lagi indah sebab dalam hati dia ade ALQUR'AN.
8. Selalunya, kalau kita kemana-mana.. mesti ibu ayah pesan.."jaga solat, jangan lupa baca ALQUR'AN, jaga diri.." Kita tak mampu untuk bawa ibu bapa kita kemana sahaja kita pergi semata untuk mengingatkan diri kita tentang nasihat itu. Tapi kita mampu untuk bawa ALQUR'AN sebagai penjaga kita .
9. Suatu hari nanti, didiklah anak-anakmu tentang agama dari kecil, supaya bila dia dah besar tidak jadi situasi begini....
"Tanda orang yang beragama, bila ibu ayah dia dah tua, mereka perlu bantuan kita untuk bersihkan diri, mesti anak itu merelakan diri untuk bantu walaupun mereka dalam keadaan kotor, busuk sebab anak itu tahu itu tanggungjawab seorang anak"
"sekiranya seorang anak kurang beragama. Anak akan memarahi ibu ayah kerana meraka kotor, busuk dan menyusahkan, terus anak itu tak nak bersihkan ibu ayah mereka"
seorang ibu tidak pernah jijik untuk bersihkan kita sewaktu kecil walaupun kita "berak" siap cium lagi, tapi kita belum tentu lagi untuk bersihkan "berak" mereka. Mungkin kita taknak bau pun..belum cuci lagi..apatah lagi cium.
Mohon kita fikir-fikirkan...
pengajarannyaa: Didikan AGAMA sangat penting untuk diri kita. Walaupun ibu ayah tak mampu bagi yang cukup, kita lah yang perlu mencukupi ilmu AGAMA itu.
"Bacalah ALQUR'AN, ia akan menjadi peguam bela kita di akhirat. Hindar dari azab api neraka"
Saya tidak lah sempurna mana, mungkin nak bagi ceramah agama apatah lagi. Tapi saya mahu pahala yg berpanjangan walaupun saya tidak menjadi cikgu yang memberi ilmu. Perlu diingat, Selagi ilmu yang kita beri walaupun sedikit tapi orang amalkan ilmu itu, selagi tulah kita dapat pahala. Biar sedikit tapi kualiti :)
Trademark blog ini: Bukan siapa yang berkata, tapi apa yang dikatakan. Ambillah ilmu yang baik. tinggalkan yang buruk itu, ALLAH yang sempurna.
Aku hanya insan biasa yang penuhi dosa-dosa. Moga ALLAH ampunkan dosa kita. Mati dalam iman....
sama-sama kita berdoa, kita kuasai tajwid,kita hafal ALQUR'AN, kita amalkannya juga..
kita sama-sama pakaikan ibu ayah kita mahkota diakhirat nanti. AMIN.
Ikhlas,
Si Pencari Pencipta