Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Monday, April 1, 2013

Sekadar perkongsian

Kita hamba Allah. Kita bukan memilih amalan dan fadilat mana yg lebih besar untuk kita amalkan. Sebaliknya kita memilih apa yg diperintahkan itu yg kita laksanakan. Mudah bukan? Hati,apabila sudah mengenal Tuhannya,ia melaksanakan  bukan kerana syurga dan bukan kerana cinta yg menggunung buat Tuhan Yang Maha Esa. Andai dikau mendambakan syurga,dikau akan mengungkit apabila tak berjaya memasukinya. Andai dikau mengimpikan pahala,dikau akan putus asa apabila tidak memperolehnya. Oleh kerana itu, ikhlaskan diri sebagai hamba yg merdeka kpd Tuhan Yang Maha Kaya. Laksanakan ibadah dengan sepenuh hatimu kerana siapa DIA dihatimu? ALLAH SWT bukan majikanmu,sebaliknya Allah adalah tuhanmu!
Bila mana manusia itu mengejar untuk jadi hamba,itulah yg menjadi pra-syarat utama untuk memasuki syurga. Bukan seperti apa yg difikirkan oleh kebanyakan manusia pada hari ini. Mereka mahu mengejar pahala untuk ke syurga. Salah!
Kejarlah keredhaan tuhan agar sampai masanya Allah SWT akan memanggil kita...
"Hai jiwa yg tenang"....(Al-Fajr,27)
Untuk,
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha lagi diredhai"....(Al-Fajr,28)
Lalu diseru,
"Maka masuklah ke dlm jumaah hamba-hambaku"...(Al-Fajr,29)
Setelah itu,barulah...
"masuklah ke dalam syurga-Ku"... (Al Fajr,30)
.........
Cebisan dari buku "Siapa Allah dihatimu" penulis Ibnu Rijal.
Sebuah buku yg sangat manfaat.. Seperti...Awalluddin Makrifatullah (awal agama ialah mengenal Allah.
Tak rugi invest RM16.50 utk sesuatu ilmu.Selamat membeli dan membaca.
:-)

2 comments:

" NuR Itu CaHaYa " said...

waa mcm bestnya.. lgi btmbh list bku yg prlu dibeli

NSAB said...

Nak pinjam saya punya pun boleh! :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here