Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Saturday, April 30, 2011

cantik itu ujian


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
alt

adakah kita jumpa salah orang?


sekadar utk berkongsi ilmu...
pengalaman mematangkan kita..
memberi seribu makna......
Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Wednesday, April 20, 2011

dugaan oohhh dugaan

"wey,,, korang tahu tak, esok tiada air...?
dengar2 mungkin 2hari..seluruh negeri sembilan...." kata salah seorang sahabat...


alamak..tiada air?? macam mana nak hidup ni...
ishhhh.....
tetapi,...adakah ia benar??? entahlah..puas saya cari bukti,,tapi tiada makluman di akhbar online...
musykilat khabirah...
mungkin ia satu gimik?? almaklumlah mungkin kita ni suka membazir,..
sebab itu mahu berjimat semula..wahhualam...

bayangkan sekiran nya tiada air dlm masa sehari@sebulan@setahun..kering kontang..
bak kata kawan saya, adakah negeri ini akan menjadi negeri padang pasir? 
macam2 impak sekiranya tiada air..tidak dapat bayangkan..
mungkin jadi begini....
mintak2 la dijauhkan sebegini....
 hargailah nikmat air...


sesungguhnya manusia sangat perlukan air untuk kehidupan...
untuk masak, berwuduk, bersuci, dan sebagainya...
perbuatan yang selalu kita amalkan...

cuba fikirkan.......
"bila air banyak..kita selalu membazirkan nya...
tadah air sampai melimpah2..banjir tandas..
tetapi bila air tiada..satu baldi sudah cukup utk mandi, wuduk, dan sebagainya.."
masa itu barulah nak menghargai nikmat air..manusia..ohh manusia....

mungkin waktu ini juga ALLAH mahu menduga kita..
semakin dekat dengan peperiksaan..semakin besar dugaan kita..
sebagai contoh..dugaan yang lebih besar lagi apabila kita kehilangan sahabat ketika menjelang peperiksaan..
berita kemalangan beliau membuatkan kita terdiam seketika..
harapan utk menggengam segulung ijazah berkubur begitu sahaja..
suka suka telah pun menjadi memori yang akan diingati sepanjang hayat...
yang pergi itu kita sedekahkan alfatiha..
yang masih hidup ini.. teruskan perjuangan sambung cita -cita kita..
marilah kita sama2 berdiri di atas pentas mengenggam sugulung ijazah.
meraikan hari kemenangan kita hari konvokesyen...INSYAALLAH....

wahai sahabat sekalian..
ingatlah,...

"ALLAH tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
-(surah Al baqarah ayat 286)

akhir kata,.....
tips untuk anda ;)





sekian sahaja....

"jangan lah menilai orang yang menyampaikan ilmu, tetapi lihatlah ilmu yang cuba mereka sampaikan..."


Sunday, April 17, 2011

Good Luck, FRIENDS



dear friends,
this week will be a busy week..i think not only usimians...
all the student ipta also...burn the midnight oil...
we are counting for important day..
that is FINAL EXAMINATION

so, i would like to take this opportunity to wish all of you..
best of luck... do you best..3 week will be hurricane day..
but, i know that all of us can perform well..
study hard, dont last minute(reminder for me also)
please, don't do this.....
but,.......
do this :)
please take care of yourself....
make sure that you take your meal to get energy..
try to answer all with full of confident..
hopefully we will score..
strive for excellent.. INSYALLAH...
last but not least, pray for ours.....remember ALLAH..

from deep in my heart,
please forgive me whatever i did wrong...
thanks for everything..thanks for being my friends
you all are great friends!!!

with a lot of love,
syafinaz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here