Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Sunday, September 4, 2011

Murahkan lah rezeki ku...

Masih teringat lagi nasihat seorang guru bila anak muridnya rasa diri sediri ini kurang pandai.
kata cikgu Mazlan. ..... 'kita ni memang dilahirkan semua sama saje, iaitu Pandai.. Hanya yang membezakan ialah rajin atau malas. Kalau rajin,,bertambah pandailah kamu'


Saba [34]: 39 
”Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).’ Dan barang apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.”



Duduk diam sambil membelek muka buku. Tiba-tiba timbul rasa cemburu tatkala melihat rakan-rakan yang dapat sambung belajar di luar negara. Sambil bermonolog di dalam hati.. "bila lah aku nak pergi luar negara macam diorang" serius wey..siape tak nak belajar jauh..timba pengalaman. Best kot. Memang dari sejak azali aku beragan untuk sambung belajar macam diorang. Tapi, aku masih disini.. di bumi nilai...Mungkin ALLAH lebih tahu yang aku layak berada disitu. kot2 aku malas belajar ke bila berjauhan ni.. Who knows! 




ath-Thalaaq [65]: 2–3 
”Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupinya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”



Jelaslah bahawa setiap kejadian, ALLAH telah tetapkan untuk aku. Bermakna belajar di nilai adalah rezeki ku, taip aku kadang-kadang nak juga merasa bermain salji. ye dok. Nak suruh mak ayah support, rasenya belum mampu kot. Hanya mampu melihat saje. Belajar kat mana-mana sama saje, janji kita mahu belajar.


Ibrahim [14]: 7
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”



Manusia a.k.a pelajar, 
Syukur lah sebab tak semua orang dapat melanjutkan pelajaran. Ada orang yang nak sambung belajar, tak kesah kemana, tapi kesempitan wang. Mereka lagi rela utamakan keluarga dari pelajaran. Mulia sungguh niat mereka. itulah namanya sebuah pengorbanan. Hargailah peluang di depan mata.


ath-Thalaaq [65]: 4
”Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”



Semester baru dah nak buka tirai. Macam-macam nak kena buat. Pertolongan dari Allah sangatlah diperlukan. Dia yang maha mengetahui. Permudahkanlah kami menuntut ilmu mu YA ALLAH.. semoga aku dapat manfaatkan ilmuku ini di dunia dan akhirat. Berikanlah aku peluang belajar di luar negara seperti mereka disana.


haiya alal FALAH............ jum kita berjaya berjemaah.
semoga kita dapat gradz sama-sama ye.
AMINN,,,,,,,,,,,,






2 comments:

little daie said...

ameen... ya RAbb...

^_^

NSAB said...

amen utk kamu juga ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here