salam untuk semua.
pergi pekan beli surat khabar,
geng blogger ape khabar? :)
ok, sekarang aku nak cerita kelakar masa berhari raya yang dah berlalu selama 5 hari ni. Pertama sekali, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada yang sudi datang pondok rumah ku yang tak istimewa lah sangat, tapi janji selesa. Bukan senang korang nak luangkan masa datang sini, ada yang jauh nun sana.
eh, aku ada tetamu datang rumah lah,., nak-nak lagi musim raya. kejap lagi aku sambung cerita. Tetamu datang membawa rezeki....
.................. *rehat 5 minit*...............
soalan yang standard bila saudara mara yang jarang bertemu..
"eh, ko da besar ea..." "dah kurus si finaz ni ha.."
hahahaha. daku mampu tersenyum sahaja.
berbalik pada cerita asal,.
adatlah hari raya kita saling menziarahi kan?
jadi, aku pun pergilah menziarah kawan-kawanku..
nak jadikan cerita.. maka berjejak kasih aku dengan budak sekolah lama zaman dahulu kala.
mula-mula,...serius, aku tak perasan ! sebab semua orang mestilah dah berubah.
ada yang lagi cantik, makin hensem, tinggi..
kesimpulannya, memang berubah 101% so susah nak cam deme semua.
tapi aku tak! muka sama je. Orang lain memang senang nak ingat.mukaku.
Kelemahan aku yang paling tak boleh nak elak, susah nak cam muka orang. senang kata tak delah nak ingat muka semua orang. Muka yang familiar jela aku ingat. haha.. bukan nak niat jahat, tapi dah bertahun-tahun tak jumpa makanya tak mustahil kalau tak ingat. Maaf ye kawan-kawan lama :)
Ada yang aku siap reject dekat akaun fb. almaklumlah tak kenal. deme pun bukan nak bagi klu, so senang cerita aku reject. haha.. Tapi aku takdelah kejam sangat. Tak semua tak approve. depends on situation.
so, mana yang aku dah cam muka, dah jejak kasih, bolehlah korang add aku semula.. hehe..
Cerita seterusnya... tentang dunia ini kecil.
kenapa aku tulis begitu? sebabnya, pertama, borak punya borak dengan kawan aku, ceritalah pasal ayah aku bekerja di mekah.. rupa-rupanya pakcik dia pun ada kerja situ juga. Maknanya, mereka dibawah satu syarikat. ohooooo.. tak sangka ada juga geng keluarga kerja ktmb.
Kedua,.. hari ini aku pergi ziarah sahabat-sahabat lama. Mengeratkan silaturahim yang dah lama tak bersambung tu. Ada lah juga menziarah sahabat baru, banyakkan kenalan :) Bila dah kenal-kenal rupanya salah sorang dari mereka sama kelas dengan sepupuku. Yang paling tak menahan bila diaorang teka aku budak sharodz. memang betul. diaorang teka lagi aku sedara ibrahim. betul lagi. perghhh dunia ini kecil.
Mereka saling mengenali... nak buat macam mana, KECIL BETUL DUNIA ini
Walaupun hari ni memang agak teruk selsema melanda diri ini tapi memang tak patahkan semangat nak pergi raya.
Memang semangat jelakan bila berjalan, cuba kalau suruh belajar, banyak betul alasan. Ini hakikat. haha,
Bukan apa, cuaca panas musim raya. Jadi mudah kena penyakit.. habis semua makanan aku bantai. hambik ko!! selsema melanda! redha jela.. :) penyakit itu tanda nak pengampuanan dosa :)
lastly, lepas ni mesti semua sibuk prepare semester baru.. So, good luck ye sesiape yang masuk ijazah tahun1. selamat berorientasi. Gua dah senior beb! haha.. bye. take care
No comments:
Post a Comment