Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Friday, February 17, 2012

Teori Ukhwah Persahabatan

Jadilah sahabat kepada orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita. 


Hakikatnya, teori ukhwah bukan terletak kepada 2 hala. Kita beri, dia balas. Dia baik, kita baik. Tidak. Sebenarnya teori ukhwah tersimpan dalam satu individu tanpa menuntut lain balasannya.


Ukhwah dibina atas dasar keimanan. Daripada keimanan berbuahlah keikhlasan. Keikhlasan ini membuatkan kita bergerak mengasihi sahabat kita tanpa mendambakan balasan apa-apa.


Jangan lepaskan teori ukhwah. Kita adalah manusia yang bertanggungjawab membumikannya. Pasakkan perkara ini dalam diri kita. Jangan tuding perkara ini pada sahabat kita. Memang susah. Siapa yang cakap senang, memang berbohong. Beginilah ukhwah.


Tahu apa yang membuatkan ukhwah itu indah?
Pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kta tidak dinamakan hubungan itu satu ukhwah. Ya, kita perlu korbankan ruang masa untuk sahabat kita. Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhwah kita.


Itu yang membina ukhwah. Pengorbanan kita mestilah berdiri atas keimanan dan keikhlasan, tidak terkeluar dari batas dua perkara itu. Namun pengorbanan, inilah yang membuatkan manusia sukar merealitikan ukhwah. Berkorban tanpa mendapat apa-apa balasan? Mesti ada yang terfikir 10 kali akan perkara itu. Namun siapakah kita untuk mengubah hati orang lain agar mengira kasih sayang kita kepadanya? Sebab itu kita dirikan hubungan kita atas matlamat hendakkan keredhaan ALLAH. Dialah yang memberi hidayah. Dialah yang membolak balik balikkan hati. Kita bina hubungan kita dengan ikhlas, kita harapkan nanti ALLAH akan membantu melembutkan hati sahabat kita hidup dalam kasih sayang yang hangat. Yang penting ukhwah ini , kita perlu memberi.


Kata seorang ulama di Jordan. " Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada ALLAH. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikan kamu. Tetapi kamu mengharapkan balasan ALLAH atas kebaikan kamu. Hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada ALLAH"

* sekadar pekongsian dari buku "batu bata kehidupan: oleh Hilal Asyraf. sangat menarik perhatian untuk berkongsi. yelah, sahabat kan orang paling rapat dengan kita selepas keluarga kita. betol tak? so, mungkin ini adalah coretan terakhir sebelum melangkah kaki ini ke dunia semester baru. Hadiah yang tak seberapa, ni terimalah ukhwah persahabatan ini,simpan baik-baik ok.  Bila dah sampai ke universiti, sahabatlah keluarga kita. Rindu gilerr kat korang sume. Rindu ukhwah kita. Tabahkan hati menempuhi dugaan. Aku perlu kuat! yeah, kuat semangat. Don't talk the pass. Fighting for our future, our family, and for ummah! I love ISLAM, I love ALLAH.





ikhlas dari saya ^.^ love you all!

4 comments:

little daie said...

saya nak ikat kamu ketat2

^_^

NSAB said...

kita ikat same2 mau? haha

~kembalilah ke jalanNYA yang satu~ said...

like..double2..sukenye..:)..saya pulak ikat awak dalam hati saya..biar bestfriend till jannah~

NSAB said...

hehe! nin, sye pun! bestfrend till jannah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here