Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Thursday, February 2, 2012

Pengorbanan itu..

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Kita selalu diingatkan dengan sebuah ungkapan,...

tiada kejayaan tanpa pengorbanan


dan aku sendiri mengaku tiada kejayaan pun yang berlaku tanpa pengorbanan.
ye, pengorbanan yang dalam pelbagai bentuk,.pengorbanan duit, masa, cinta, kasih sayang dan lain-lain lagi.
contoh yang paling dekat sekali ialah ibu bapa kita.
Mereka sanggup buat apa sahaja demi anak-anak mereka, dan anak-anak belum tentu lagi akan berkorban untuk ibu bapa mereka. Hanya orang yang tahu erti pengorbanan sahaja akan sanggup buat balas dengan baik. Yang mana anak-anak telah berjaya, tetapi lupa diri, lupa akan ibu bapa mereka, itulah yang kita takutkan...Nauzubillah,.. minta-mintalah kita dijauhkan.

Cuba kit lihat juga dari segi menuntut ilmu.
Ya. nak beli buku pun mesti ada duit kan? Zaman sekarang buku sangatlah berharga, dan kadang kala harga nya di luar kemampuan kita untuk membelinya. Tapi apa kan daya, demi sebuah ilmu, duit perlu dikorbankan. Tak semua orang punyai duit yang banyak, dan dengan keprihatinanan kerajaan terhadap pelajar, maka lahirlah..Baucer Buku 1 Malaysia... Gunakan sebaiknya,..kepada pelajar tahun akhir, tiada alasan untuk korang jualkannya, apa kata beli sahaja untuk adik-adik anda. Tak salahkan berkorban untuk adik beradik sendiri? hehehe.

untuk mencari soft skill di universiti pun perlukan pengorbanan.
Menyertai aktiviti kokurikulum pun memang menyeronokkan tapi ia perlukan pengorbanan.
Sekali lagi, pengorbanan diperlukan. Kita juga sedia maklum, bila kita aktif dengan aktiviti sebegini, pembahagian masa sangat amat penting. Pelajaran diutamakan, dan pengalaman pun diperlukan.
sebab kedua-duanya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. tak de di pasar malam yang jual selonggok dua ringgit. so, hargai kedua-duanya. huihuihui..

Permudahkanlah urusan orang lain, INSYAALLAH urusan kita di permudahkan juga..
Sekiranya doa kita cepat dimakbulkan, bermakna ALLAH sayang kita,
Sekiranya doa kita lambat dimakbulkan, bermakna ALLAH mahu menguji kita.
Sekiranya doa kita tak dimakbulkan, bermakna ALLAH sedang merancang sesuatu yang baik untuk kita.



WAALLAHUALAM,...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here