Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Wednesday, February 15, 2012

Dunia Luar

Jum jalan-jalan ... tengok Dunia luar.
perlukah kita sebagai manusia tahu dengan dunia luar ni?
yes! sangat perlu untuk masa depan. *ayat semangat giler* haha. Kita kan hidup bermasyarakat, kena tahu antara satu sama lain. :)

ok, back to basic.. dunia luar ini kadangkala menyedarkan kita tentang sesuatu.
ye! sesuatu yang kita tak perasan. Dunia luar yang memyedarkan kita pada hari ini bahawa kita sangat bertuah
Sila fikir di luar persekitaran.... Be open minded!

Contohnya,
Kadangkala aku rase sedih bila makan lauk yang sama sahaja. tapi kat dunia luar ada yang tak makan berhari-hari tapi mereka tabah.
Kadangkala terasa nak hidup macam orang kaya, ada banyak duit boleh beli apa sahaja, tapi kat dunia luar dah tunjuk orang kaya tak semestinya bahagia. orang kaya tak semestinya boleh beli apa yang mereka nak, contohnya mereka tak boleh beli kasih-sayang, cinta, persahabatan...
Bila kita sihat kita lupa nak jaga badan, main hentam aje nak makan apa, tapi bila pergi hospital di dunia luar, ramai je yang diberi dugaan, penyakit sebagai penghapus dosa. Syukurlah dengan nikmat sihat kita hari ini.
Kita rasa macam tak up to date  dengan fesyen, tapi kat luar sane tu ramai aje yang tak mampu untuk beli baju, hanya menunggu bantuan dari masyarakat.
Kita rasa rumah yang kita duduk sekarang kecil je, tapi kat luar sana ada yang tidur di bawah jambatan.

Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Bandingkan dengan dunia kita dan dunia luar. Berbeza kan?
Kesimpulannya, bila langkah kaki ini keluar dari rumah, pandang-pandanglah sekeliling. Belajar dari pemerhatian kita. Jadi, bermaknalah anda keluar jalan-jalan walaupun tak beli pape. At least you learn something and relate to yourself!
so, bersyukurlah apa yang ade. Jangan selalu mengharapkan apa yang di luar kemampuan kita, nanti kita kempunan. Hanya berserah kepada Yang Maha Esa. Tawakal :)
Allah tahu yang terbaik buat kita.

psssssstttt: pasal result exam, no komen! :) just say ALHAMDULILLAH, and...................
welcome back to new semester




=.=

2 comments:

Unknown said...

finaz dah boleh tgk result ke ? hehe

NSAB said...

huhu. gaya mcm dah tgk je kan? haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here