Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Tuesday, October 22, 2013

Belajar

#last posted May 2013

Salam.
Fuhh. tarikh yang amat lama. Dah lama tak berblogging, sampai tak tahu nak cerita apa.

Yup. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam diri ini...
Setiap hari kisah yang berlainan.
Setiap hari Allah beri "test", tapi mampukah aku menjawab nya...

Moga Allah jaga hati ini,
Moga Allah beri aku kekuatan untuk redha dengan semua ketentuan.
aku sedang .....
Belajar untuk redha.
Belajar untuk bersyukur
Belajar untuk terima sesuatu dengan hati terbuka..
Belajar untuk baik sangka dengan Allah
Belajar untuk berkasih sayang kerana Allah.
Belajar untuk mencintai Allah melebihi segalanya

.................................................
Itu semua perlukan masa..
Tak semua yang kita harapkan dapat dalam sekelip mata.

Allah beri cabaran dahulu sebelum DIA berikan kegembiraan.
Aku dapat rasakan.
Moga aku nampak semua hikmah itu datang dari hikmahnya bergantung pada ALLAH,.

Doakan aku supaya jadi muslimah solehah.
aku sayang kalian.
moga kita tak pernah berpisah walaupun jauh dimata namun dekat dihati.
doa untuk kalian sentiasa ada .

aku sayang diri sendiri
aku sayang keluargaku.
aku sayang sahabatku.
aku sayang semuanya kerana
ALLAH.

lots of love,
NSAB

*Ya Robb, jauhkan lah aku dari cinta yang melalaikan. jaga hati ini, moga bertambah taqwa dan iman nya bertingkek-tingkek. :0




Saturday, May 18, 2013

Jauh dimata, dekat dihati :)

Asslammualaikum,
Allahu Rabbi.
Rasenya dah lame tak berblogging. Sampai tak tahu nak tulis apa dah. Fuhh.. sadis.
Sebab setiap hari mempunyai cerita yang tersendiri.
Cerita yang boleh buat kita ketawa, menangis, duduk sorang2 sambil tersenyum..

Rase macam nak cerita pasal bulan Mei.
Dimulakan dengan hari ibu. 12 Mei yang lepas..
Ditakdirkan seorang anak ini tiada kredit handphone.. *time2 camni lah nak jadi.
alamak, camne nak wish mama dia ni... anak ini pun mesej adiknya melalui fb..
"dik, malam ni tepon aku taw..xde kredit ni..."
dengan sifat pelupa si adik ini, maka dia terlupa untuk call.. omai omai..

tiba2 si kakanya dapat idea untuk beri mesej mama melalui handphone sahabatnya,..

Kringgg..
*barulah adik nak call...*

mama: assalammualaikum
anak: waalaikumsalam. selamat hari ibu,mama. Hari2 ialah hari ibu taw mama. bukan hari ini je...
mama: adui, ingat kan tak ingat tadi.*nada sedih. bertuah punya anak. Punyalah mama tunggu lama, (biasanya anak ini orang first wish) hehe
anak: eh kan dah bagi mesej, tak dapat ke?
mama: takde pown....
anak: (sambil2 tu check handphone kawan... malangnya, rupanya salah type nombor.. owh, takde rezeki nampaknya)
mama:......
anak: soooooryyyy mama. tak berniat pun.. memang takde kredit sangat ni.. sobs

16 Mei: Selamat hari guru

si anak mesej mamanya...tepat jam 00.00 16mei
"happy teracher's day... be the great teacher in the world and hereafter"

tunggu punyya tunggu.. si mama tak reply pun.. sobs.
tapi tak mengapa. busy mungkin. janji dah wish.
Bila malam menjelma terasa nak call. nak dengar kisah sambutan hari guru disekolah. tapi apakan daya, ada program yang perlu dihadiri dan dipertanggungjawabkan..
si anak hanya mampu mesej sekali lagi.

"sorry mama tak dapat call. sekarang tengah dlm dewan. ade program sampai malam jumaat.. selamat hari guru taw"

17 Mei: Hari jadi adiknya.

petang2 dah call sebab malam busy..nak wish adiknya selamat hari lahir.
anak: macam mana sambutan hari guru?
mama: biase2 je. Macam2 perubahan tahun ni.. si anak lambat wish, tak dapat hadiah pun..yelah dah jadi pentadbir..mana mengajar lagi..
anak: takpelah.. InsyaALLAH ada ganjaran dari ALLAH. malam ni ada program palestin .. doakan taw :)
mama; InsyaALLAH. Wajib doa untuk anak. hah, jangan lupa doa untuk mama babah sekali.
anak: baiklah :'(

mama,
bukan niat untuk melupakanmu, tapi kerja yang banyak mungkin "terlepas pandang"..
walaupun mama jauh dimata, tapi ia sentiasa ada dihati. doa untuk mama dan babah sentiasa anakmu doakan  selepas solat.
tak call bukan tak ingat, tapi "lambat sedikit"
hanya mesej mampu menjadi penghubung...

Ya ALLAH, jagalah mereka untuk aku.
Moga ibu bapa kita sentiasa dilindungi olehMU.
Jangan pernah lupa jasa mereka, kerana berkat doa mereka kita masih mampu berdiri teguh
Kerana ibu bapa kita mampu untuk merasai hidup di dunia,dan moga kita bersama2 disyurga kelak.





Wednesday, April 10, 2013

Untuk DIA

Reserve tempat hati untuk DIA.
Ingat DIA selalu. Ada tempat untuk DIA
InsyaALLAH Dia akan penuhkan dengan penuh ketenangan dan kekuatan.

Ye, Mesti kuat untuk tempuh segala "dugaan" bukan "masalah"
Dugaan tanda ALLAH sayang kita.

So sweet :)

Umar Al Khattab

Assalammualaikum,
kaifahaluki/a?

About today post:....
One word about Umar Al Khattab was AWESOME man.

How is get the idea? Suddenly fall in love with the story of Umar Al Khattab....

its come from Strategic Manangement subject that i have to explore the Islamic history @ nabi's story as my individual assignmnet.. then come out with poem, movie, song in term of "strategic management"...

First, i choose the story Umar Al Khattab from the book "Abdul Latip bin.....(not remembered) ".. but unfortunately i didnt bring it during back home..so i decided to change to another topic..

I went to popular..bought some books,, "Jatuhnya sebuah Tamadun"-menyingkap sejarah kegemilangan dan kehancuran Empayar Khalifah Islam...

After half finish read that book, i attracted to the story............ Umar Al Khattab again... wooww, what is so coincedence.. chewahh~ "Kalau dah jodoh tak kemana" eh eh eh

and now i am preparing short movie maybe for my presentation.. Pray for me..

p/s: niat dalam hati, nak baca banyak2 lagi pasal kisah nabi, sejarah Islam.. best.. tanamkan sifat kesukaan sejarah... no more read one page, and then sleeping one hour. ha ha ha . buku ni tak habis baca lagi. he he he.. wajib khatam ok

Jatuhnya Sebuah Tamadun: Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam

Monday, April 1, 2013

Sekadar perkongsian

Kita hamba Allah. Kita bukan memilih amalan dan fadilat mana yg lebih besar untuk kita amalkan. Sebaliknya kita memilih apa yg diperintahkan itu yg kita laksanakan. Mudah bukan? Hati,apabila sudah mengenal Tuhannya,ia melaksanakan  bukan kerana syurga dan bukan kerana cinta yg menggunung buat Tuhan Yang Maha Esa. Andai dikau mendambakan syurga,dikau akan mengungkit apabila tak berjaya memasukinya. Andai dikau mengimpikan pahala,dikau akan putus asa apabila tidak memperolehnya. Oleh kerana itu, ikhlaskan diri sebagai hamba yg merdeka kpd Tuhan Yang Maha Kaya. Laksanakan ibadah dengan sepenuh hatimu kerana siapa DIA dihatimu? ALLAH SWT bukan majikanmu,sebaliknya Allah adalah tuhanmu!
Bila mana manusia itu mengejar untuk jadi hamba,itulah yg menjadi pra-syarat utama untuk memasuki syurga. Bukan seperti apa yg difikirkan oleh kebanyakan manusia pada hari ini. Mereka mahu mengejar pahala untuk ke syurga. Salah!
Kejarlah keredhaan tuhan agar sampai masanya Allah SWT akan memanggil kita...
"Hai jiwa yg tenang"....(Al-Fajr,27)
Untuk,
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha lagi diredhai"....(Al-Fajr,28)
Lalu diseru,
"Maka masuklah ke dlm jumaah hamba-hambaku"...(Al-Fajr,29)
Setelah itu,barulah...
"masuklah ke dalam syurga-Ku"... (Al Fajr,30)
.........
Cebisan dari buku "Siapa Allah dihatimu" penulis Ibnu Rijal.
Sebuah buku yg sangat manfaat.. Seperti...Awalluddin Makrifatullah (awal agama ialah mengenal Allah.
Tak rugi invest RM16.50 utk sesuatu ilmu.Selamat membeli dan membaca.
:-)

Tuesday, March 12, 2013

Izinkan aku...

......... untuk dia..hey...
"Engkau punya gaya, walaupun tak kaya..bukan paras rupa yang aku pandang sahaja. Mungkin kau lihatku banyak berbelanja.. tapi sebenarnya ku biasa-biasa sahaja.. Bertemu di muka buku, ku jatuh hati padamu.. bukan taknak mengaku, tapi hati rasa malu.. senyum mu menawan ku tertawan.... lalalalala

hamboii hamboiii, meriahnya cik kiah menyanyi. hihi..

gimik oh gimik rupanya.

Assalammualaikum.
Awak apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.
Erm, cuti hujung minggu ni buat ape ek?...
duduk santai dengan family. jalan-jalan dengan kawan. pergi seminar , dengar majlis ilmu..
tak kesah anda buat apa sekalipun, yang penting...

manfaatkan sebaiknya...
masa itu tak boleh diundur. Jadikan ia sebagai kenangan yg terindah..
supaya bila kita duduk sorang2, sambil fikir apa yg kita buat ape selama ini..
nanti sure rindu masa lalu.. pastu senyum sorang2.. hahaha

kalau jalan jauh-jauh yang penting niat kena betul.
LillahiTaala ;)
dapat pahala beb!

Dekat dunia ini adalah ladang untuk kita baja..supaya dekat akhirat kita dapat hasil yg untung best-best.
Sayangi masa anda. yang dah lepas tu sudah.. Jadikan ia pengajaran.

Minggu ni terasa gian nak daki gunung lah! hihi..nak nikmati ciptaan ALLAH dipuncak gunung! Nak dengar pokok-pokok zikir sambil bagi semangat kat kita.. "awak boleh! sikit je lagi nak sampai puncak tuh!"
wah, bestnya... udara segar.. air sungai yang fresh.. main unggun api.. owh, i miss that moments at Chemerong. haha.

k la,
nak sambung buat minit mesyuarat iceps9..
buat kertas kerja lagi.. haiyooo..

ALLAH permudahkanlah. Engkau Yang Maha Kuasa setiap apa yg terjadi.
Terlalu banyak aku ingin capai sebelum aku menghadapMU.
Izinkan aku merasai ketenangan bersamaMU.
Izinkan aku merasai kemanisan beribadah keranaMU.
Hidupku hanya untukMU. Untuk capai keredhaanMU.
Ampunkan dosa-dosa lampau ku.. sungguh aku insan yg lemah. :(

Ingatlah, akhirat juga pengakhiran hidup kita.
tak perlu seronok sangat dekat dunia.. tak mahu begitu..
nak duduk dalam syurga.. ada sungai mengalir dibawahnya...
owh bestnyaaa... Jum kita booking tempat kita! terhad kot..:)

Sunday, March 3, 2013

Muhasabah

Sekadar perkongsian.

Sebuah buku yg sangat manfaat untuk dibaca.
Terasa diri ini sangaaaattt kecil.
Baca buku, baru terasa diri ini cetek ilmu ..
sob sob..
tak mengapa. belum terlambat utk "mencuci dosa"

Air mata penyesalan tidak berguna di saat kita mati dan matahari terbit di barat.
Jadi kita "bangun" cepat2 dari "khayalan dunia"

Petikan dari buku.
"Untuk kita pendosa, harapan selalu ada" oleh Hilal Asyraf

Dengan muhasabah hati akan tenang.
Kita melihat kembali di mana silap kita.
Kemudian kita menyusun trategi seterusnya.

Perancangan ALLAH memang hebat.

Individu yg hebat akan bangun dari sebarang kejatuhan.
Bagaimana?
Dia mengambil pengajaran daripada kejatuhan dengan bermuhasabah.

"Apa juga yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yg salah dan berdosa. Pada masa yg sama, ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"
-Surah Asy- Syura ayat 30

#kawan saya muhasabah cinta di tanah perkuburan.
Macam best je.. nak juga buat camtu. hihi :)

Thursday, February 14, 2013

Redha. Tenang. Senyum

Assalammualaikum,

Kata-kata penguat semangat.
nak bahagia didunia? carilah ilmu.
nak bahagia akhirat? carilah ilmu.

Manusia berbeza. Ujian dan rezeki berbeza. Allah dah tetapkan rezeki masin-masing. Kita hanya perlu berusaha untuk mendapat rezeki itu.
Jangan sedih sekiranya tak dapat apa yg kita impikan...
ALLAH lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.
Bersangka baiklah dengan ALLAH.

Setiap yg terjadi ada hikmahnya.
ALLAH turunkan pelangi selepas hujan. Betulkan? Cantik kan?
Moga kita sentiasa redha dengan takdir yg telah tertulis buat kita semua.

#tahniah untuk sahabat yg dapat result heybat-heybat,, terasa malu pulak dengan awak0awak semua..
#bagi yg kurang memuaskan, teruskan berusaha.. ada kejayaan menanti dihadapan. Jangan toleh ke belakang, takut kita mengungkit, pastu tak bersyukur. Nauzubillah Min zalik.

#orang yang tenang sentiasa menang

Redha. Tenang. Senyum
Wallahualam.

Monday, February 11, 2013

Sonata Beijing, Finale !

Assalammualaikum..
Ni hao!

Sebelum tu, saya ade masa 10 minit sahaja untuk sambung cerita lawatan antarabangsa ke beijing.
Ye. Masa itu emas. Pernah tak terfikir yg jarum saat tu akan berjalan arah lawan jam? Tak pernah kan? Ia tak akan "go-stand"-orang dolu2 yg ckp. Heee. So, hargai masa anada :)

Semalam dan hari ini
Masih lagi di tahun baru cina. Tengok Buletin Tv3, sambutan tahun baru cina di Beijing.
ok, Rindunyaaaaa kat Beijing... Rase macam nak pergi lagi.. Next month, spring time :)

Eh, back to basic.. 3minit dah berlalu...
so  nak sambung balik apa hari terakhir kami buat disana :)

Pergi melawat The Pearl. Tempat mutiara.. but i think sabah's mutiara much better and quality :)
Tapi rezeki kami, semasa di lawatan... dapat cincin mutiara sorang satu taw! yang lelaki pun dapat...
Ni pun rezeki sebab "bos kechik" The Pearl turung padang....

Sebenarnya dia nak bagi pekerja dia bonus CNY, tapi kami sibuk je nak juga.. so dapat lah :)



Dan disebalik persahabatan kami dengan Mr Jacky Yen, dapat harga Friendship ko.. rantai ni harga 2280, tapi kami beli dgn harga 300 Yuan je. Murah kan? Tutup mulut sikit, nampak terlopong... huhu

 dan jalan-jalan sekitar beijing lagi....
sambil menikmati keindahannya..


last picture together after lunch ! 

Tempat praktikal saye :) hehe

Walau jauh mana anda berlari, anda tetap berqiblat yang SATU. ALLAH. Tanggungjawab jangan dilupa. Solat syukur sekali... Ini semua nikmatNYA....
Pengalaman solat dekat airport ",)



 Dan sempat juga jejak kasih dengan sahabat tamhidi yg belajar di Beijing ni ....
me and halimatus saadiah :)

Beijing Terminal Airport

Flight awesome :)
dan akhir sekali....
samapailah di Malaysia pada 24 Januari 2013 tepat jam 10 malam.

Syukur tak terhingga,,
tak sangka dapat juga terbang nun jauh disana...

dan sekarang sibuk buat report..
nantikan kemunculan berita KEMBARA PERAKAUNAN USIM DI BEIJING di varsiti, berita harian.
INSYAALLAH, Dengan IZINNYA..

Jejak kaki ku tertinggal di beijing :)


#kawan2 yang pi bangkok, cepatlah upload gambar.. ceritalah pengalaman anda pula :)
Sharing is Caring... peacee yaww! Hidup Accounting usim!

Monday, February 4, 2013

Sonata Beijing ! Part 3

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, penulis masih ber"nyawa" lagi di muka bumi ini...

pagi yang indah,
Merlimau menangis lagi. ape, menangis? biar betik?? eheh.
Menangis tanda hujanlah! fuiyoooo, berkiasan di pagi hari. :)

hari minggu yang sibuk. Sibuk dengan walimatulurus. Sibuk dengan family sendiri..
itu belum lagi kalau ade "keluarga sendiri yg lain" ehehe..
*pengsan*

ok, nak sambung lagi cerita pasal beijing! eih tak habis lagi ea?
memey lorh! banyak hari pergi, banyak tempat yang dilawati, banyak aksi yang dipamerkan. *Itu semuapoyo :P

di malam hari, kami ke Wangfuji..
dekat sini kebetulan cuaca agak sejukkkkk..
mungkin -11darjah celcius. Allahurabbi. Kalau cakap memang dah berasap sangat-sangat. Tangan semua dah masuk poket, sejuk bebenor...
tapi yang peliknya, boleh pulak bergambar sakan ka? eheh. itu semua poyo...:P


Keesokkan hari nya, lawatan rasmi ke UNIVERSITY OF BUSINESS AND ECONOMICS, BEIJING
kami belajar bahasa cina taw. wah tak sangke kan? berbelit lidah ni ha nak sebut perkataan cina. hehe




berhadapan dengan canselori UIBE

Memang best kalau usim macam ni. eheh

tak tahu ni signboard ape? translate kan boleh?

bergambar dengan baby cina yang comel ni..   
 Gambar diatas ialah tasik di Summer Palace :)
itu tasik ye.. tapi sekarang jadi beku dah. Puti, Suci, ..cantik kan?

love tak bersambung disitu.. :(
 Niat dihati dari MALAYSIA, memang nak main ski..tapi ALLAH rase main benda alah ni lagi best kut.. so, kami main..
luncur diatas tasik :)
memang rase duduk dalam peti ais wooo


sukan masum boleh masuk sukan ini..eh ade ke?

persahabatan tak boleh dibeli, ia perlu dirasa...

cinta persahabatan kami :)


KEDAI SUTERA :)
nak tahu..dekat sini..saya sempat berbual dengan promoter mereka..
ajak berbual tentang masyarakat beijing..
bukan nak beli sutera pun..
lebih lagi teruja bila dia ni belajar bahasa arab...MASYAALLAH!
orang cina pun tahu nak belajar bahasa ALQUR'AN..
inikan kita pula seorang muslim...
Moga kawan baru saya tu masuk ISLAM..
tapi lupe nak amek contact number ke. Mesti best kan...

cara-cara untuk buat sutera.. tarik jangan tak tarik

Terasa macam haus pulak kan? eheh
so, kami pergi ke rumah DR Tea :)
Minum cara orang cina..
melentik-lentik jari bila pegang cawan..eheh
Teh diorang berdasarkan herba. takde campuran gula macam kat Malaysia.
So, tak rase pape pun.. Rase herba dengan air suam..Lebih kurang gitu lah :)


    
with AMOI chantekkk :P
ok, lenguh tangan ni ha...
nanti sambung lagi ye...
huhu....

#malam ni budak bangkok pula pergi Lawatan Antarabangsa.
Moga dipermudahkan urusan, dilindungi perjalanan...

Jalan sejauh mungkin untuk kutip pengalaman..
pengalaman yang tak boleh dibeli, ia perlu dicari...
rasai kemanisan ciptaan ALLAH...

tangkap gambar byk2, nanti boleh masuk VARSITI BERITA HARIAN. :)

Friday, February 1, 2013

Remaja dan ALQUR'AN



Assalammualaikum,
Salam Jumaat muslimin muslimat sekalian.

Hari jumaat hari penghulu segala hari.

Sudah baca Al Kahfi hari ini?
Mahu bersinar cahay dari bawah kaki hingga ke langit? Mahu cahaya di hari kiamat & diampunkan dosan antara 2 jumaat? Baca ALKAHFI :) -kata-kata seseorang.

Alhamdulillah, berkat hari jumaat..
saya dan adik beradik telah daftar haji. Ikut giliran 2057. ALLAH berilah aku peluang untuk jadi tetamuMU seawal mungkin., Ketika kita muda, kita punyai tenaga untuk beribadah banyak. Tapi Perancangan ALLAH Dia lebih mengetahui.
Kita hanya mampu DOA :)

Alhamdulillah, berkat hari jumaat..
saya diberi "kesempatan" untuk menonton TANYALAH USTAZAH  TV9.
kadangkala saya terfikir, kita punyai masa banyak terluang, tapi kenapa kita tak terbuka channel agama ni. Masa nilah kita nak refresh, update ilmu agama kita. Tapi, kadangkala kalau kita sibuk semana mungkin, kita sempat juga nak dengar ceramah agama walaupun kat radio atau tv. Mungkin kita insan terpilih untuk mendengarnya? Mungkin ini hidayah hari jumaat? YA!
jadi saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat..
ilmu membuatkan hati saya tersentuh. Muhasabah diri.

1. Anak-anak yang hafal ALQUR'AN, dia akan pakaikan mahkota dekat ibu ayah mereka diakhirat nanti. Indah bukan kalau kita dapat pakaikan. :'(

2. Selalunya orang yang belajar sekolah tahfiz, belajar agama.. Mesti ade orang yang cakap.."Engkau belajar ALQUR'AN je? Boleh ke cari rezeki?" Sepatutnya kita kena fikir, ALLAH yang bagi rezeki, bukan sijil SPM, bukan pointer semester.

3. Orang yang belajar ALQUR'AN, mesti belajar bahasa arab. Eh, rupanya aku belajar ALQUR'AN juga. Tapi sedeh, kenapa tak mahir? Kalau mahir, mesti bestkan..dapat faham ape yang kita baca tanpa buka tafsir. ALLAHUAKBAR !

4. Bila kita buka, lihat ALQUR'AN dah dapat pahala. Kalau baca dah dapat lagi pahala. Kalau buka tafsir, fahamkan lagi lagi lagi dapat pahala. Bestnya... senang nak dapat pahala kan? :)

5. Malu lah jika belajar tinggi tapi tak pandai baca ALQUR'AN, sebab nanti bila ibu ayah sakit..kita tak mampu untuk baca ayat suci ALQUR'AN untuk mereka.

6. Ingat, anak soleh/solehah doanya diterima ALLAH. Kalau kita doakan ibu ayah. ALLAH akan terima. Indahnyaa....

7. Walaupun sesorang itu mungkin kita nampak dia tade ape-ape, tapi dia seorang yg hafal ALQUR'AN.. Itu lagi indah sebab dalam hati dia ade ALQUR'AN.

8. Selalunya, kalau kita kemana-mana.. mesti ibu ayah pesan.."jaga solat, jangan lupa baca ALQUR'AN, jaga diri.." Kita tak mampu untuk bawa ibu bapa kita kemana sahaja kita pergi semata untuk mengingatkan diri kita tentang nasihat itu. Tapi kita mampu untuk bawa ALQUR'AN sebagai penjaga kita .

9. Suatu hari nanti, didiklah anak-anakmu tentang agama dari kecil, supaya bila dia dah besar tidak jadi situasi begini....

"Tanda orang yang beragama, bila ibu ayah dia dah tua, mereka perlu bantuan kita untuk bersihkan diri, mesti anak itu merelakan diri untuk bantu walaupun mereka dalam keadaan kotor, busuk sebab anak itu tahu itu tanggungjawab seorang anak"

"sekiranya seorang anak kurang beragama. Anak akan memarahi ibu ayah kerana meraka kotor, busuk dan menyusahkan, terus anak itu tak nak bersihkan ibu ayah mereka"

seorang ibu tidak pernah jijik untuk bersihkan kita sewaktu kecil walaupun kita "berak" siap cium lagi, tapi kita belum tentu lagi untuk bersihkan "berak" mereka. Mungkin kita taknak bau pun..belum cuci lagi..apatah lagi cium.
Mohon kita fikir-fikirkan...

pengajarannyaa: Didikan AGAMA sangat penting untuk diri kita. Walaupun ibu ayah tak mampu bagi yang cukup, kita lah yang perlu mencukupi ilmu AGAMA itu.

"Bacalah ALQUR'AN, ia akan menjadi peguam bela kita di akhirat. Hindar dari azab api neraka"

Saya tidak lah sempurna mana, mungkin nak bagi ceramah agama apatah lagi. Tapi saya mahu pahala yg berpanjangan walaupun saya tidak menjadi cikgu yang memberi ilmu. Perlu diingat, Selagi ilmu yang kita beri walaupun sedikit tapi orang amalkan ilmu itu, selagi tulah kita dapat pahala. Biar sedikit tapi kualiti :)

Trademark blog ini: Bukan siapa yang berkata, tapi apa yang dikatakan. Ambillah ilmu  yang baik. tinggalkan yang buruk itu, ALLAH yang sempurna.

Aku hanya insan biasa yang penuhi dosa-dosa. Moga ALLAH ampunkan dosa kita. Mati dalam iman....

sama-sama kita berdoa, kita kuasai tajwid,kita hafal ALQUR'AN, kita amalkannya juga..
kita sama-sama pakaikan ibu ayah kita mahkota diakhirat nanti. AMIN.

Ikhlas,
Si Pencari Pencipta



Thursday, January 31, 2013

Sonata Beijing ! Part 2

Kini bersambung..
cerita yang terhenti kita sambungkan....

bagai air dicincang tak akan putus. Eheh..

Kemana lagi kami pergi?
Jade Centre.. saya pun terjebak beli jade ni.. paling murah 80Yuan... Uhuh..telan air liur..tapi demi kesihatan kan.... layankan jela.. beli 2 taw.. niat dihati nak bagi dekna tapi mama lebih berkenan dengan gelang tu.. Tapi mama come first ..so, mama lah dapat.. sori dekna.. :(




terasa melawat singapore pulak..ada singa ni. huhu
Berjalan lah sambil menghirup udara segar di sana... mendengar pokok-pokok berzikir walaupun ia hanya ranting sahaja.

Crystal Palace of Ming Tombs Beijing...




nampaknya tergoda sekali lagi? haha

masih single? eheh
lagi dan lagi....
berjalan tanpa henti......
sebelum itu isi perut dulu.. ada misi penting lepas ni.. eheh..

eh gunung kinabalu?

makan sebelah dekan.. ouchhh.. yang lain sila jeles :)

Tempat yang ditunggu...
Tembok Besar China...
salah satu 7 keajaiban dunia.. nasib baik saya tak ajaib disitu. eheh..


Jauh juga nak daki ni.. ok.. Tarik nafas.. Posing2 dulu... amek mood..
akan ku sampai nun jauh disana

perhentian sebentar :)

kepercayaan orang bercinta. konun2 ku kunci hatiku dgn hatimu.. ohoh

dan berkat semangat ALLAH beri, akhirnya sampai ke atas sana! Dekan sebagai saksi.. woww :)
we are champion! Alhamdulillah
at the end point of Great Wall
Percaya tak? 
atas puncak siap makan roti gardenia taw... import dari Malayxiaaa....
mood: lapar dan dahaga :)



 ok, siap2 nak turun...... payah juga.sebab banyak tangga kan.. kadang2 gayat pun ade
. tapi YAKIN, BOLEH GEMILANG :)

Next station : Burning Cream Centre...
i beli koyukk(eh betul ke ejaan?) 1.5meter 100 Yuan :)
best..... sebab bila pakai sejuk je.. sesuai utk orang sakit urat.. sakit sendi..dan lain2 lagi...

burning cream pun dapat percuma je. Eheh


nazzzzzzzzzzzzzzzzzz!!! 
eh mama panggil makan lah! 
so, sambung lain kali ye tawan tawan :P

have a nice day muslimin muslimat.
moga ALLAH lindungi setiap langkah kalian :)
setiap langkah, setiap detik hanya UNTUKMU ! YA ROBBI

Hamba kerdil,
penyembuh manusia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here