Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Showing posts with label harapanku. Show all posts
Showing posts with label harapanku. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Izinkan aku...

......... untuk dia..hey...
"Engkau punya gaya, walaupun tak kaya..bukan paras rupa yang aku pandang sahaja. Mungkin kau lihatku banyak berbelanja.. tapi sebenarnya ku biasa-biasa sahaja.. Bertemu di muka buku, ku jatuh hati padamu.. bukan taknak mengaku, tapi hati rasa malu.. senyum mu menawan ku tertawan.... lalalalala

hamboii hamboiii, meriahnya cik kiah menyanyi. hihi..

gimik oh gimik rupanya.

Assalammualaikum.
Awak apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.
Erm, cuti hujung minggu ni buat ape ek?...
duduk santai dengan family. jalan-jalan dengan kawan. pergi seminar , dengar majlis ilmu..
tak kesah anda buat apa sekalipun, yang penting...

manfaatkan sebaiknya...
masa itu tak boleh diundur. Jadikan ia sebagai kenangan yg terindah..
supaya bila kita duduk sorang2, sambil fikir apa yg kita buat ape selama ini..
nanti sure rindu masa lalu.. pastu senyum sorang2.. hahaha

kalau jalan jauh-jauh yang penting niat kena betul.
LillahiTaala ;)
dapat pahala beb!

Dekat dunia ini adalah ladang untuk kita baja..supaya dekat akhirat kita dapat hasil yg untung best-best.
Sayangi masa anda. yang dah lepas tu sudah.. Jadikan ia pengajaran.

Minggu ni terasa gian nak daki gunung lah! hihi..nak nikmati ciptaan ALLAH dipuncak gunung! Nak dengar pokok-pokok zikir sambil bagi semangat kat kita.. "awak boleh! sikit je lagi nak sampai puncak tuh!"
wah, bestnya... udara segar.. air sungai yang fresh.. main unggun api.. owh, i miss that moments at Chemerong. haha.

k la,
nak sambung buat minit mesyuarat iceps9..
buat kertas kerja lagi.. haiyooo..

ALLAH permudahkanlah. Engkau Yang Maha Kuasa setiap apa yg terjadi.
Terlalu banyak aku ingin capai sebelum aku menghadapMU.
Izinkan aku merasai ketenangan bersamaMU.
Izinkan aku merasai kemanisan beribadah keranaMU.
Hidupku hanya untukMU. Untuk capai keredhaanMU.
Ampunkan dosa-dosa lampau ku.. sungguh aku insan yg lemah. :(

Ingatlah, akhirat juga pengakhiran hidup kita.
tak perlu seronok sangat dekat dunia.. tak mahu begitu..
nak duduk dalam syurga.. ada sungai mengalir dibawahnya...
owh bestnyaaa... Jum kita booking tempat kita! terhad kot..:)

Sunday, December 30, 2012

Turn on Mode exam!

Assalammualaikum.

Terlalu sibuk dengan hal dunia,.. mudah-mudahan hal akhirat tidak diabaikan.
Terlalu banyak untuk diceritakan tapi biarlah rahsia.

Sometimes silent can "kill" person. -said someone

14 minggu berlalu sudah..
ilmu yang diterima bakal diuji di medan peperiksaan.



Tiada kejayaan tanpa usaha.
Tak boleh tawakal tanpa usaha.

Jadi, usaha lah walaupun hingga saat2 melangah ke dewan peperiksaan.
Nothing is impossible BIIZNILLAH

Akhir kata,

untuk pejuang2 peperiksaan,
selamat berperang di medan peperiksaan.
Doa senjata kita. jawapan sebagai peluru kita. Pastikan tembak kena sasaran!
Yakin! ANDA BOLEH MENANG!





Wednesday, October 3, 2012

Sekadar cakap dalam hati...

Assalammualaikum.

Rindu.
Rindu nak borak dengan babah dan mama.

semalam,
tengok tv alhijrah, kebetulan ada siaran langsung tengok masjidil haram dari mekah.
KAABAH~
Sayu je hati tengok kaabah..
terus teringat kat mama babah.....................

sekadar cakap dalam hati jee...
Apa khabar mereka di sana?
Agak2 tengah buat ape?

lepas tu teringat perbualan bila suh mama belikan jubah manik-manik kat sane.hehe
suka sangat kan nak kirim jubah, wewewew..

10 minit kemudian, dapat mesej dari babah dari madinah.
SubhanaALLAH, macam tahu2 je tengah cakap pasal mereka.
Mungkin ALLAH sampaikan luahan hati ni terus sampai ke mama dan babah.
lepas tu, mama siap tanya nak kirim ape? wuwuuww
sebebnarnya nak suh beli jubah, tapi tak sampai hati nak susahkan mereka... xpela, ade rezeki dapatlah.. wuwuwu.yang penting, FOKUS IBADAT ok :)

Dulu,
tengok tv alhijrah juga, ade video irfan makki lagu I'M WAITING FOR YOUR CALL...
sambil2 layan, teringat kat mereka juga,, tup tup dapat mesej dari mereka juga..
terharu.. instinct kan. huhuhu

3hb oktober mereka berangkat ke Mekah untul buat umrah
semoga dipermudahkan ibadah mereka disana.
awak awak seklaian, doakan mama babah kita sihat tubuh badan dan dapan haji yang mabrur ok.
terima kasih semua.



P/s: minggu ni kena balik nak tengok adik2, especially along.. wuwuuww. doakan urusan saya dipermudahkan :)

Sunday, July 8, 2012

The Wedding of Mine?


seindah mawar berduri ^.^

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.


Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga..... majlis berjalan dengan lancar :) Terima kasih kepada sudi yang datang.
*hehehe..macam aku plak yang kahwin lah kan*
sebenarnya sepupu yang kahwin.. aku hanya menyibukkan diri sahaja, hahaha
almaklumlah dah takde kerja tetap, cuti-cuti ni, pi lah tolong mak saudara,,tak dapat upah kat dunia, InsyaALLAH dapat balasan diakhirat. AMIN :)
Yelah, kita kan selalu dengar,.sekiranya kita mempermudahkan urusan orang, ALLAH akan mempermudahkan urusan kita. Jadinya, ringan-ringan kan tulang untuk membantu okeh !

Hari ini, waktu ini, jam ini, saat ini.. aku nak cerita yang sebanyak mungkin..ceh ceh ceh..tentang majlis yang penuh istiadat, tak semua orang dapat rasainya.. biasenya, orang kahwin tentera/polis/askar diraikan sebegitu.. so, sepupu aku ni tentera..kapten firdaus dengan pasangannya khairatun aisyah :)

Dimulakan dengan perarakan berpedang..



erm,kalau nak tahu, istiadat berperang ni ikut pangkat,.
lagi tinggi pangkat, lagi banyak orang bawa pedang. disebabkan pengantin ni kapten, so ade 4 orang kiri dan kanan. *aku pun baru tahu* hehe

kemudian, ade persembahan ghazal, tarian zapin.. tema majlis hijau putih, go go green beb.. menu: masakan kampung :), persembahan: nyanyian gazhal dan tarian zapin. hehe

tabik hormat

teruja tengok abang2 pedang ni berdiri tegak je bila time bersanding

makan beradab
bila potong kek pun diiringi taw, potong gune pedang.. agak teruja juga.. sekian lama tak tengok perkahwinan macam ni secara live. hehe.

ok, candid time.. my family gila2 bergambar sket. take noted!.

me with pengantins. amek berkat :)

half of my family

hehe :)

with my syukrina :)

aliff berdansa di atas pentas, so cute :)

 dialog wajib bila pergi majlis kahwin..."lepas ni finaz pulak kahwin,mesti meriah kan.." AMIN...(mama yang tolong jawabkan)
waaaaa..tapi cover la sket.." eh, tak habis belajar, tak fikir kahwin lagi" kuikuikui
mak sedara siap lagi kenen kan aku dengan abang pedang2 kat situ.. haisshhhh! tak menahan!

dan the part paling best, suddenly, my mum tanya, dah ade calon ke? speechless, tak tahu nak jwb ape* mama tolong carikan okeh :)

waiting for my mr right ^.^
okeh, sekian sahaja cerita untuk aktiviti minggu ini, lenguh dah edit2 gambar, perah otak cari idea nak tulis dalam blog..hahha, mata pun dah kuyu sampai dah letak pencil nk kasi celik mata..*menipu aje lebih*

lastly, from me..


"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"

p/s: berusaha untuk menjadi lebih baik, supaya dapat jodoh yang lebih lebih lebih baik supaya dapat pimpin kita kejalan yang di REDHAI ALLAH :) amin...

Sunday, June 10, 2012

Ku Mohon KeberkatanMU

Ya ALLAH, aku mohon keberkatanMU..
ku tahu usahaku yang tak seberapa. namun aku memohon keberkatanMU untuk peroleh kejayaan dunia akhirat.
Ya ALLAH, aku mohon keberkatanMU,
untuk menjawab soalan dengan tenang, semoga apa yang aku baca walaupun sedikit, tapi ingat sampai bila-bila dan bukan untuk exam semata.
Ya ALLAH aku juga mahu mohon keberkatanMU,
lindungilah kami dari segala malapetaka, permudahkanlah urusan kami, permudahkan urusan penandaan kertas kami juga, semoga pemeriksa terbuka hati untuk menerima jawapan kami.

saya nak Deen's List untuk agama saya, ISLAM,tunaikan fardu ain...
saya nak Dean's List untuk diri sendiri, keluarga, dan jadi contoh kepada adik-adik... AMIN...

Selamat berjuang sahabatku, semoga ALLAH memberkatimu, kenangan indah bersamamu, tak kan ku biar hilang selalu......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here