Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Showing posts with label rezekiku rezekimu. Show all posts
Showing posts with label rezekiku rezekimu. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Muhasabah

Sekadar perkongsian.

Sebuah buku yg sangat manfaat untuk dibaca.
Terasa diri ini sangaaaattt kecil.
Baca buku, baru terasa diri ini cetek ilmu ..
sob sob..
tak mengapa. belum terlambat utk "mencuci dosa"

Air mata penyesalan tidak berguna di saat kita mati dan matahari terbit di barat.
Jadi kita "bangun" cepat2 dari "khayalan dunia"

Petikan dari buku.
"Untuk kita pendosa, harapan selalu ada" oleh Hilal Asyraf

Dengan muhasabah hati akan tenang.
Kita melihat kembali di mana silap kita.
Kemudian kita menyusun trategi seterusnya.

Perancangan ALLAH memang hebat.

Individu yg hebat akan bangun dari sebarang kejatuhan.
Bagaimana?
Dia mengambil pengajaran daripada kejatuhan dengan bermuhasabah.

"Apa juga yg menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yg salah dan berdosa. Pada masa yg sama, ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"
-Surah Asy- Syura ayat 30

#kawan saya muhasabah cinta di tanah perkuburan.
Macam best je.. nak juga buat camtu. hihi :)

Friday, August 10, 2012

Nestum Along Cookies

Sambungan dari resipi DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES...

hehhe..
satu hari satu resipi.. phewwwww

dan akhirnya, ini yang dijumpa..buat dan makan...

kepada peminat nestum... boleh cuba..
MUDAH DAN SEDAP  :)

Crunchy Nestum Cookies...
sumber :http://anyambakul.blogspot.com/2012/04/resepi-biskut-nestum-rangup.html


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

okeh, kenapa namanya Nestum Along Cookies..
sebab saya cilokk along punya nestum. muehehehe,
thanks along.huhuhu


kenapa bulat-bulat?sebab saya suka bulat-bulat lah,, senang :)

Danisyafinaz Butter Cookies

Semangat buat kuih raya sebab empunya ni pun dah raya dulu..
so buatlah ape yang boleh buat untuk mengelakkan traffic jam di hujung ramadhan,,
hehhe

cari , cari dan cari...
maka terjumpalah resepi danish butter cookies.. *lately ni menggila cookies plak*
baca, baca dan baca.. hurmm macam senang je nih,, tak caya? cuba tengok ni..


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
okeh, semangat nak buat.. hehe... tadaaaa :)


DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES.. :)

mudah dan sedap .. 

sepatutnya bentuk macam ni,..


tapi di sababkan terlalu kreatif, tu yg jadi bulat2 sahaja... 
tak pe yang penting sedappp. heheh

Tuesday, August 7, 2012

Resipi Kek Batik Senang jee

Atas permintaan sahabat2..
dan mungkin berguna untuk anda ketika terasa mengidam kek batik!
MUDAH DAN SEDAP..kalau masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.. ceh ceh ceh...

Bahan-bahan

1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. hehe
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe.
1 1/2 packet biskut marie original

Cara-cara:

1. masukkan smeua bahan2 tadi ke dlm periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan2 itu dengan api yg kecil
3. Kacau bahan2 itu sampai pekat lebih kurang 15 minit
4. Bila dah pekat, tutup api masukkan biskut marie yang telah dipatah 4 dan kacau hingga sebati,
5. masukkan dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. agak2 dah keras sikit , dah boleh makan

#tunggu sejuk dulu baru boleh masuk dalam peti sejuk untuk elak cepat lemau..



selamat mencuba...
#mardiah, cepat salin! hehe
#resipi kek batik ni ade macam2 , tapi aku buat macam ni je. simple, but nice, hehe
#sebelum letak biskut tu, rasa lah dulu acuannya, sedap atau tak..kalo tak cukup milo, tambah lagi. hehe

Famous Chocsmore Cookies

Permulaan yang baik. Mentega dipukul kembang...gula hancur dengan baik.. hehe..
*aderahsiadisebaliknya* jeng3..
ni percubaan buat kuih raya kali kedua.. yang pertama nanti post okeh :)

 FAMOUS CHOCSMORE COOKIES?
kenapa nama dia begitu? erm, asalnya nama famous Amours Cookies. hehe..disebabkan aku ubah suai, so jadi lah cookies versi Famous Chocsmore Cookies. kui3..
so, nak kongsilah resepinya suapay anada pun boleh buat...
tema macam biase.. my trademark > MUDAH DAN SEDAP :)

Bahan-bahan:

* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko (saya letak sikit je..)
* 150g gula kastor 
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) -tak guna pun sebab tak suka sgt kekacang..
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam- tak letak sebab majerin dah masin..

Cara-cara : 

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


tadaaaaa !!


ALHAMDULILLAH, cookies menjadi :D

Rumahku Keluargaku

Salam nuzul Al-quran.
17 ramadan. Alquran diturunkann untuk umat Islam sebagai panduan.

ok, soalan trivia, apakah peristiwa lagi yang berlaku di bulan ramadan?
...........................

hehe, alhamdulillah..ALLAH masih sayangkan hambaNYA..tak putus-putus DIA kurniakan kita pelbagai nikmat.
Hari minngu yang lepas , berkesempatan untuk berbuka puasa dengan sanak-saudara yang datang dari jauh. Jadi, tetamu perlu diutamakan. Segala aktiviti mengemas serta buat kuih diberhentikan sementara. Sibuk melayan mereka. Masak tu, masak ni,, kemas sana, kemas sini... Fuhhh, tak cukup tangan..tapi, ALLAH permudahkan urusan.

Murah rezeki berbuka puasa. Siap buat bbq dan bakar2 juga. hehe. Semangat babah belikan barang tu semua. Bak kate angah macam kenduri dah. Almaklumlah, keluarga sangat-sangat besar. hehe


em, kanak2 duduk dibawah. bentang tikau besau-besau, senang nak duduk, hehe. Orang dewasa duduk dimeja..
Yang tua dihormati , yang muda disayangi :P

 makan sampai Kenyang sangat2..sampai lupa nak makan nasi. hewhewhew

rezeki datang..lai lai lai........
tu diaaaa ole-ole dari sweden.. terima kasih kekna :) cantik... hehe


okeh, setakat tu aje celoteh minggu ramadan, hehe. saje, warming up nak tulis pasal resipi masak-masak kejap lagi. TUNGGU!

ok, bye :P

Wednesday, August 1, 2012

Kueh Tiaw Kung Fu Spontan

ade lagi setengah jam nak berbuka puasa.. tapi tak masak pape lagi..biasenya memang ade satu hidangan air tangan anak dari en. abu bakar menjadi santapan keluarga. hehe.. so, KUEH TIAW KUNG FU jadi menu semalam. kira last minit buat! pertama kali cuba! try and succeess!!!!  hehe. sebab tu namekan kueh tiaw kungfu spontan :)
cara-caranya senang sahaja dan sedap .. > tema chef finaz :)



Bahan-bahan ( 5 org )

kueh tiaw - anggaran 5 org makan
Isi ayam....kalu ada udang,sotong dan daging pun boleh digunakan jugak
Sayur.seperti jagung muda,kobis bunga,lobak,tomato..
Bebola ikan dan fish cake
3 sudu tepung jagung- nak pekat tambah lagi
4 cawan air..kalu suka kuah banyak tambah la lagi
Sedikit garam dan kiub ayam knorr
Cili api ditumbuk kasar -dalam 5 biji (ikut kesukaan)
3 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji telur
Sedikit minyak

Cara-cara

1. Pecah kan telur dalam mangkuk dan masuk kan kueh tiaw-gaul sebati
2. Panaskan kuali,masuk kan kueh tiaw td dan goreng mcm telur. Angkat kueh tiaw td dan letak dlm mangkuk atau piring melengkung
3. Untuk kuah... Panaskan kuali dengan sedikit minyak.masukan bawang merah dan putih yg telah ditumbuk.masak sampai naik bau
4. Masukan ayam,udang,bebola ikan dan fish cake..masak hingga empuk
5. Masukkan air,garam dan cili api...biar mendidih seketika.kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air
6.Apabila kuah nyer agak pekat,masukkan sayur...kacau2 dan angkat dan tuang kuahnya atas kueh tiaw .

Da siap...kalu tak cukup pedas, boleh mkn dgn cili api potong



kueh tiaw ditutup oleh bebola ikan dan sayur :)
selamat mencuba :)

Friday, July 27, 2012

Topup 100

Bertemu lagi dalam segmen cerita terbaru dari aku. hehe
okeh, straight to the point...

24 julai yang lepas......


Alhamdulillah, syukur, syukur! murah rezeki lagi.
serius, rasa macam rezeki bulan ramadhan pulak hee..

padaa asalnya, aku memang selalu tolong tengokkan nenek aku dan buatlah apa yang patut kat rumah tu,
nak dijadikan cerita, nenek aku sakit tangan yang amat sangat, maka pergilah nenek dan aku ke hospital dengan menaiki ambulans.. woooowww.. pertama kali naik ambulans, ..
rase macam vvviiippp sebab orang semua bagi laluan dan van ni langgar aje lampu isyarat sebab hal kecemasan.... neno neno neno.........
tapi takdelah kecemasan sangat, nenek aku okeh je.. just tangan bisa sikit tapi dia sedar lah. hehe

hurm, tunggu giliran punyalah berjam, jumpa doktor 10 minit je...adatlah kan.. kesabaran dibulan puasa :)
alhamdulillah, nenek takde ape-ape. dan dia mengalami syndrome dimana tulang nak bertukar bila umur dah meningkat ke warga emas, jadi dia tengah mengalami proses pertukaran tulang .. hehehe

tiba-tiba.....
makcik aku hulur topup untuk senang call... Alhamdulillah.. berkat jaga nenek ade orang tolong topup kan....
hehehhe, tapi...... bukan topup rm 10, atau rm 30.. tapi rm 100.. woowww

betul kah apa yang aku dapat ni.. *jakun sebentar *
bila semak baki anda ialah rm106.37... yehaaa.. first time, baki ade 3digit nombor..
rupanya, makcik aku bagi topup rm10 jeh, tapi orang tu bagi seratus..mungkin same2 xperasan.. hehe

dan rezekinya aku dapat... hehehe. betul lah orang kate, kalau kita redha, ikhlas buat sesuatu, INSYAALLAH  ALLAH akan balas dengan rezeki yang kita tak disangka-sangka...

mungkin rezeki buat aku, tapi kesilapan buat orang dikaunter tu...
kesimpulannya, berhati2 bila tekan nombor, terutamanya bila kat mesin atm.. bahaya wooo bila terlebih tekan nombor...

#rasa takut pulak bila jadi macam ni salah tekan nombor.., terasa sifat teliti dan berhati2 itu sangat penting dalam apa setiap keadaan ,almaklumlah dah sebati dengan nombor ni. hehe..:)

bayangkan dapat kad top up ni 10 keping :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here