Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Showing posts with label saje berangan. Show all posts
Showing posts with label saje berangan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Resipi Kek Batik Senang jee

Atas permintaan sahabat2..
dan mungkin berguna untuk anda ketika terasa mengidam kek batik!
MUDAH DAN SEDAP..kalau masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.. ceh ceh ceh...

Bahan-bahan

1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. hehe
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe.
1 1/2 packet biskut marie original

Cara-cara:

1. masukkan smeua bahan2 tadi ke dlm periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan2 itu dengan api yg kecil
3. Kacau bahan2 itu sampai pekat lebih kurang 15 minit
4. Bila dah pekat, tutup api masukkan biskut marie yang telah dipatah 4 dan kacau hingga sebati,
5. masukkan dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. agak2 dah keras sikit , dah boleh makan

#tunggu sejuk dulu baru boleh masuk dalam peti sejuk untuk elak cepat lemau..



selamat mencuba...
#mardiah, cepat salin! hehe
#resipi kek batik ni ade macam2 , tapi aku buat macam ni je. simple, but nice, hehe
#sebelum letak biskut tu, rasa lah dulu acuannya, sedap atau tak..kalo tak cukup milo, tambah lagi. hehe

Sunday, July 8, 2012

The Wedding of Mine?


seindah mawar berduri ^.^

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.


Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga..... majlis berjalan dengan lancar :) Terima kasih kepada sudi yang datang.
*hehehe..macam aku plak yang kahwin lah kan*
sebenarnya sepupu yang kahwin.. aku hanya menyibukkan diri sahaja, hahaha
almaklumlah dah takde kerja tetap, cuti-cuti ni, pi lah tolong mak saudara,,tak dapat upah kat dunia, InsyaALLAH dapat balasan diakhirat. AMIN :)
Yelah, kita kan selalu dengar,.sekiranya kita mempermudahkan urusan orang, ALLAH akan mempermudahkan urusan kita. Jadinya, ringan-ringan kan tulang untuk membantu okeh !

Hari ini, waktu ini, jam ini, saat ini.. aku nak cerita yang sebanyak mungkin..ceh ceh ceh..tentang majlis yang penuh istiadat, tak semua orang dapat rasainya.. biasenya, orang kahwin tentera/polis/askar diraikan sebegitu.. so, sepupu aku ni tentera..kapten firdaus dengan pasangannya khairatun aisyah :)

Dimulakan dengan perarakan berpedang..



erm,kalau nak tahu, istiadat berperang ni ikut pangkat,.
lagi tinggi pangkat, lagi banyak orang bawa pedang. disebabkan pengantin ni kapten, so ade 4 orang kiri dan kanan. *aku pun baru tahu* hehe

kemudian, ade persembahan ghazal, tarian zapin.. tema majlis hijau putih, go go green beb.. menu: masakan kampung :), persembahan: nyanyian gazhal dan tarian zapin. hehe

tabik hormat

teruja tengok abang2 pedang ni berdiri tegak je bila time bersanding

makan beradab
bila potong kek pun diiringi taw, potong gune pedang.. agak teruja juga.. sekian lama tak tengok perkahwinan macam ni secara live. hehe.

ok, candid time.. my family gila2 bergambar sket. take noted!.

me with pengantins. amek berkat :)

half of my family

hehe :)

with my syukrina :)

aliff berdansa di atas pentas, so cute :)

 dialog wajib bila pergi majlis kahwin..."lepas ni finaz pulak kahwin,mesti meriah kan.." AMIN...(mama yang tolong jawabkan)
waaaaa..tapi cover la sket.." eh, tak habis belajar, tak fikir kahwin lagi" kuikuikui
mak sedara siap lagi kenen kan aku dengan abang pedang2 kat situ.. haisshhhh! tak menahan!

dan the part paling best, suddenly, my mum tanya, dah ade calon ke? speechless, tak tahu nak jwb ape* mama tolong carikan okeh :)

waiting for my mr right ^.^
okeh, sekian sahaja cerita untuk aktiviti minggu ini, lenguh dah edit2 gambar, perah otak cari idea nak tulis dalam blog..hahha, mata pun dah kuyu sampai dah letak pencil nk kasi celik mata..*menipu aje lebih*

lastly, from me..


"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"

p/s: berusaha untuk menjadi lebih baik, supaya dapat jodoh yang lebih lebih lebih baik supaya dapat pimpin kita kejalan yang di REDHAI ALLAH :) amin...

Saturday, January 28, 2012

Saya mahu IM juga ^.^

alhamdulillah, dan benarlah janji ALLAH,

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)




untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menghadiri majlis walimatulurus IMAM MUDA ARAN dan pasangannya, LINDA.
Jangan tak percaya aku dapat pergi wedding artis kaww~
hahahha. macam mana boleh terjadi? Linda ini orang Merlimau ye. so, kami ni kire sekampung lah.

Bertemakan unggu pink, comel aje mereka berdua..
Kalau tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu selain ALLAH sahaja.

so, Semoga berkekalan hingga ke akhirnya,.. you all so sweet!
No picture had taken, tak sempat lah! nanti google sendiri ajelah! hehhe

psssstttt: aku mahu imam muda juga. haha. by the way, the one of the guys wearing baju melayu silver is so cute. maybe adik IM ARAN. hehe.

Sunday, October 23, 2011

Aku yang Kau Tinggalkan!!

Mane pergi semua orang?

Missing in action?

aku merasa sunyi tanpamu...

pulanglah sebelum ku berlari....
ku menantimu setiap hari...
lalalalalalala..............

ape yang aku merapu ni?
sebenarnya aku bosan lah duduk sini sorang-sorang.....
bila sorang-sorang makanya hobinya ialah tidur...
cepatlah balik kawan-kawan ku...
kejut aku bangun. hahahhaa

aku yang kau tinggalkan????
betulkah????









ok, itu semua tajuk novel yang telah aku khatamkan semalam.

gila marathon wey~~
winkk..winkk....
sedih baca novel tu,, kelopak mataku basah lagi..
aisehhhh....

kesimpulan yang aku dapat, betulkah bila seorang lelaki memang pandai dalam segala aspek, hebat, tampan, kaya... kira dia ni perfect la... tapi dalam hal CINTA DIA FAILED? betulkah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here