Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Sunday, July 31, 2011

yeayy,, ramadhan datang lagi

alhamdulillah, masih dberi kesempatan untuk merasai ramadhan lagi..
terima lah serangkap pantun dari anak jati melaka ini..

daun selasih daun pandan,
selamat menyambut bulan ramadhan,
mangkuk kaca mangkuk tingkat,
semoga ibadah anda terus meningkat.

Friday, July 29, 2011

BANK yang sangat BAGUS!

Jumaat, 28 Julai 2011, 28 syaaban (tarikh dan hari dilihat pada papan tanda bank tabung haji)

Syukur alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan.
Terima kasih kepada kakak cantik yang menolong aku untuk mempermudahkan urusan nenek aku nak keluarkan duit pencen. yeay!! hari ini nenek kaya.. 50-50 ye,. hahaa... Untuk abang kaunter yang kacak, syukran jazilan kerana mencepatkan pengeluaran duit nenek. Hari ini nenek tak payah jalan banyak sangat sebab pekerja bank yang aktif menolong!

"Borang mengkreditkan wang untuk masukkan duit." loading sebentar..kenapa ia kredit? owhh... ok faham. sudah ingat kembali apa yang dipelajari. Adui, macam mana nak kerja Finaz oiii..benda senang pun tak boleh faham.. Otak lambat bertindak balas sebab dalam mood cuti. :)

ini bukan pasukan harimau malaya, tapi MAYBANK
"Maybank, kami datang membantu orang dalam kesusahan..sayy Maybank..yeayy!!" *irama lagu wonderpets..

Diakhiri perkhidmatan dengan ucapan terima kasih, ucapan Selamat menyambut Ramadhan. AS salam...
*sejuk hati ini* haha



Seterusnya aku pergi ke bank tabung haji pula untuk sesi penyimpanan wang. Sekiranya ingin memasukkan duit tunai dan cek secara serentak, tolong gunakan borang yang berlainan. *Take noted*
Pengeluaran wang memerlukan cop jari. Pekerja wanita itu ingin mengambil cap jari pakcik lalu memakai sarung tangan sebab untuk mengelakkan sentuhan antara bukan muhrim. GOOD ATTITUDE. Bank yang sunyi itu hanya kedengaran alunan AlQuran sahaja.



Keep it up your GOOD ATTITUDE. Kita mempermudahkan urusan orang, InsyaALLAH Dia akan mempermudahkan urusan kita. Give and Take!!

Thursday, July 28, 2011

Mempelajari sesuatu (part 2)

Episod : hidangan dari hati yang ikhlas.



wahai gadis-gadis sekalian, hidangkanlah makanan untuk kekasih hatimu... oppss.. jangan fikir yang bukan-bukan ye. Sebenarnya, hidangan minum petang untuk keluarga. Biasalah kan, petang-petang macam ini , kalau dilayan cekodok ikan bilis sambil tengok tv cerita laila manja.. fuhhh.. sangat seronok.. (bisik dalam hati je)

Mula-mula terfikir juga nak buat minum petang sebab lapar sangat. Tetapi disebabkan malas nak masak sebab cerita slot lagenda dah nak mula, terus batalkan niat. Layan tv jelah musim cuti ini. *kaki TV*
Nak dijadikan cerita,, tiba-tiba..ada suara kedengaran...

"naz, buat cekodok..ni ha, mama da siapkan ikan bilis..." kata bonda..


"ma, ni tahu je tadi orang nak masak cekodok, tapi tetiba nak tengok tv terus malas..hahaha.."-kataku.


"pergilah buat, teringin nak makan" sambung lagi cakap bonda.

Baik boss!!!!

Dalam masa 20 minit, siap semuanya. Alhamdulillah cekodok siap boleh dimakan. Minuman air neslo!

"Ma, sedap tak air neslo ni? kadang-kadang buat tak jadi..xkena rasanya.."....


"Sedap..lah ni ke air neslo.. smooth..kalau hati ini ikhlas buat,, tak kesah air apa pun sedap.."

So, sebab itu masakan ibu memang sedap. gerenti licin. motif? sebab ibu masak untuk keluarga dengan hati yang ikhlas. hehe...

Masakan ibu paling sedap di dunia. betul kan?

Marvelous :)

*sangat jeles dengan abang sebab dapat tengok bola dekat stadium. live kotttt..* waa....... go go harimau malaya!

Wednesday, July 27, 2011

Don't break the rules, beb!

Ok. Hari ini awal-awal pagi lagi sudah kena buat kerja yang tak bergaji. Mula-mula kena pergi sekolah sebab nak hantar surat sepupuku yang malas nak pergi sekolah. Nasib baik lah ada sepupu macam aku yang rajin ini hantar surat dia untuk mengelakkan dia diberh entikan sekolah.

Hurm, sebenarnya malu nak pergi hantar surat tapi dek kerana suruhan makcik kan, terpaksalah beranikan diri. (Tolong dapat pahala cik kak oiii) Sampai je dekat sekolah, terus je pergi ke pejabat sekolah tanpa mengambil pas pelawat. Naughty ye! (Buat jahat sikit). Saat kaki ini melangkah ke pejabat, suasana yang amat sibuk. Yelah, waktu pejabat of course busy..!

'Assalamualaikum, saya datang nak hantar surat, Tolong sampaikan dekat cikgu 3bestari boleh?"..kataku..


"Sekejap ye, tolong duduk dahulu ye. Tak nampak ke saya sibuk. Tunggu sekejap..!"- kata salah seorang pekerja


"Ala, bukan nak jumpa cikgu pun, hantar surat je. BUKAN LAMA sangat nak layan"-kata dalam hati ini...grrrrrrrr

ok Fine! aku tunggu. Sambil-sambil itu nampak lah segelintir pelajar yang datang pejabat pakai pas pelawat. Pas bewarna kuning itu...Arggghhhhh......
*terfikir sejenak* Agaknya, mungkin pekerja tak nak melayan aku sebab aku tak pakai pas pelawat..??..
Dengan langkah yang sangat malas, patah balik ke balai pengawal  SEMATA nak ambil pas pelawat.. (saja nak exercise ye pagi-pagi gini)

Bila datang balik ke pejabat, terus je dapat layanan. Tak sampai 5minit sudah selesai. Aduyai, kan senang kalau ikut peraturan. Agaknya, memang diri ini tak boleh nak buat jahat sikit. Ada je penghalangnya.
Sedarlah wahai Finaz! Itu tanda Allah sayang awak!.

moral of the story: Hidup ini mesti berperaturan.Sedangkan sekolah pun ada peraturan inikan pula dalam Islam .Al-quran sebagai rujukan dalam kehidupan. Jadilah manusia berdisiplin. Don't break the rules! hahaha...

Tuesday, July 26, 2011

Mempelajari sesuatu (part 1)

Episod: selami hati warga tua



Mahasiwa/i sibuk mencari kerja, pengalaman, duit sampingan. Tidak ketinggalan juga buat diri ini. Ketika diri ini mencari ilham untuk mengisi masa lapang semasa cuti semester, satu tawaran pekerjaan ditawarkan. Namun ia bukanlah lumayan tetapi terisi lah juga masa lapang sepanjang cuti.
Kerja apa? Hanya sebagai pemandu kepada nenek sendiri.
sekilas pandang mungkin orang memandang rendah pekerjaan ini, tapi pekerjaan inilah yang mendekatkan kita dengan hati seorang warga tua.

Mungkin segelintir kerja ini tak berbaloi, tapi terfikirkah anda warga tua ini perlu diberi perhatian.
Hati seorang ibu @ nenek tidak siapa yang tahu.
Setiap hari saya akan membawa nenek ke terapi percuma.
Eh, kenapa nama dia terapi percuma? sebab pusat ini salah satu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik untuk membeli mesin alpha one.

Mesin Alpha One ini sangat lah mahal harganya, lebih kurang RM 18000++
tak ramai yang mampu untuk membeli, sebab itu mereka utk pergi ke pusat Alpha one untuk dapatkan rawatan percuma.

Suatu hari, terdengar perbualan antara warga tua ketika mereka sedang menunggu utk rawatan.

"Eh Milah, lama kau tak datang sini..." kata nek temah


"Yelah Temah, takde orang bawa aku ni ha,..anak-anak semua kerja.." kata nek Milah


" Kita ni dah tua, nak jalan kaki dah tak larat, harapkan anak-anak dengan cucu jelah." sahut nenek yang lain..


" tulah, kalau mesin tu murah, da lama aku beli, tak yah susahkan orang lain..." kata nek Temah


"ala. Boleh je kalau anak-anak mahu beli untuk kita, bukan mahal pun harganya. Setakat berbelas ribu je..Tapi ape salahnya hutang untuk ibunya sendiri..sedangkan hutang kereta dengan rumah beribu-ribu dengan bank. Tapi untuk ibu sendiri tak pula..." -kata nek Milah


"kalau anak-anak kita bagi duit sorang sikit, cukup je.. anak pun ramai. yelah kan. masing-masing ada tanggungan. " -kata nenek-nenek yang lain.


'tak pelah, ada orang nak bawa kita ke sini pun da cukup baik. semoga kita cepat sihat.

*apa perasaan anda sebagai seorang anak apabila ibu anda cakap begitu dengan kawan-kawannya...?
fikir-fikirlah semula apa yang anda buat untuk mereka ketika anda bekerjaya ataupun sudah besar nanti.
Jadi, bila anda sudah bekerjaya, jangan lupa simpan duit utk kegunaan ibu bapa kita supaya mereka tidak terasa terbeban oleh anda. Ingat-ingat lah jasa mereka.

"arkitek"




Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendaki namum selepas itu kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibina dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk mengubah dirinya sendiri.

Sunday, July 24, 2011

(^.^)



Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja .berkemungkinan ia akan menjadi kebencian suatu ketika, Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja , berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu padasuatu ketika.

bicara hati:
-saya pun tak tahu macam mana rasanya cinta. tiada pengalaman. sokong pada yg halal sahaja. hehe. *INSYAALLAH*

Thursday, July 21, 2011

ayat azimat



.....Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA ) nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, maka ALLAH akan mncukupkan(keperluannya) yang tidak disangka-sangka.
-surah ath talaq 2-3

Wednesday, July 20, 2011

ketakutan



apa perasaan anda tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang tidak dikenali sedang kayuh basikal,
(berbaju biru, badan agak besar, bertopi kuning, kulit hitam-hitam manis)
dengan yakin nya masuk ke perkerangan rumah anda....
(rumah ini tiada pagar..sesiapa saja boleh masuk)
kemudian, secara kebetulan pintu memang terbuka secara luas..
terus budak itu duduk di hadapan pintu dan berkata,
"kak, nak seringgit..!!"

apa perasaan anda?
dan apa yang anda lakukan?
Ya Allah, paniknya saya ketika itu... yelah kan,,budak yang tak dikenali..
lain lah kalau orang kampung ke..anak jiran ke...
bolehlah kita duduk melayan nya..borak-borak..
pada dasarnya, boleh dikatakan mungkin bdk ni bermasalah.
tapi saya ni masih punyai sifat kemanusiaan lagi.takdelah nak terus halau...

kerap kali budak ni kata..
"kak, nak seringgit!!"".. boleh la.. seringgit je pun.."
"ye dek.. akak bagi..tapi adek tunggu luar ye.. sebab mak akak tak balik lagi.."
*budak ni duduk di pintu. tak nak beralih..*

"adik nak air???"
"tak nak.. nak seringgit juga!!!!..waaaa...."

lalu dia terus menangis sebab saya tak bagi dia duit.
bukan tak nak bagi, tapi takut masa saya ambil duit dlm bilik, dia akan merayau-rayau dlm rumah dan rumah memang tiada orang.
dan akhirnya, saya pun tawakal..

selepas dia dapat seringgit. terus dia pergi.
terus saya tutup pintu rumah. takut dia apa2 kan saya.
sempat lagi saya mengintai.. hahaaa
tapi, budak itu terus bukak beg dompet, masuk kan duet..
(eh, siap bdk ni bawa beg duet..rasanya ada ic..betul ke tidak budak ni..*monolog dlm hati*)

tiba-tiba ..muka dia tercongok kat tingkap rumah..
pandang saya tanpa berkelip.....
alamak.. ape budak ni nak buat...waaaaa...


kemudian. saya terfikir, adakah tindakan saya ini salah?
kejam kah saya?
tapi saya berbuat begitu sebab atas dasar keselamatan dirumah.
bukan nak memperlekehkan dia, tapi saya terkejut.
cuak beb!!!
apa tindakan anda sekiranya anda berada ditempat saya?

tolong bantu, Ya Allah....

Monday, July 18, 2011

sudahkah sujud syukur hari ini?

mensyukuri nikmat Allah yang telah beri pada umatnya.
sama adil sama padan.
NIKMAT SIHAT NIKMAT MASA LAPANG.

alhamdulillah. masih diberi peluang lagi untuk bernafas di bumi ini.
sihat tubuh badan supaya boleh beribadat kepadaNYA.
sakit tanda ALLAH sayang kita. DIA mahu hapuskan dosa kita.

masa lapang.
macam sekarang. cuti semester?
anda buat apa? manfaat kan sebaiknya..

bukan nikmat itu sahaja baru kita sujud syukur.
setiap rezeki yang kita dapat juga perlu lah berterima kasih.

oleh itu, tanda kasih kita kepadaNYA,.
sujud syukurlah wahai rakan-rakan ku sekalian.
syukur dengan nikmat di dunia.
semoga anda diberkati :)





Saturday, July 16, 2011

Jangan berhenti untuk berdoa



setiap kehendak kita pasti ingin dicapaikan.
maka berdoalah kamu.
tetapi ingatlah bahawa..

Jika doa kamu dimakbulkan, tandanya ALLAH sayang kamu.
Jika doa kamu lambat dimakbulkan, tandanya ALLAH ingin mengujimu.
Jika doa kamu tidak dimakbulkan, tandanya ALLAH ingin memberi sesuatu yang baik buatmu.

selamat beramal :)

Friday, July 15, 2011

Hujan Rahmat di pagi Jumaat

di kala sekitar putrajaya jelebu,
tetapi melaka hujan setiap pagi..
mungkin hujan rahmat....
hujan rahmat utk ramadhan  yang akan datang tak lama lagi..

hari ini keputusan upu 2011 bagi lepasan stpm dan setarafnya...
hujan rahmat utk bagi yg dapat menyambungkan pengajian IPTA.
sesiapa yg mendapat tawaran, jangan lupa sujud syukur!
itu pemberian rezeki daripada ALLAH..
bagi yang tidak berjaya, teruskan berusaha.
kejayaan tidak datang bergolek.mungkin ALLAH sediakan yang lebih baik utk anda.
DONT GIVE UP!!.. ALLAH ALWAYS BE YOUR SIDE..





bicara hati :
- 3 tahun lagi utk habiskan pengajian. semoga saya berjaya tamatkan dengan cemerlang...
AKAUTAN TAULIAH! THAT'S MY AIM.. GO FOR IT..

Wednesday, July 13, 2011

alpha one for everyone..

Do you know about Alpha one?
.............................
nak tahu? google sendiri.
tapi ni jenis macam terapi utk sihat kan tubuh badan
it's good for those who are sick and have illness,...


apa yang aku mahu bilang..
inilah tempat yang selalu aku bawa nenek ku kesana...
salah satu aktiviti semasa cuti,..
sampai org di kaunter sudah hafal muka ku.
hahahaa....
perkhidmatan ini adalah percuma..tu yg ramai org.
alhamdulillah.. semua warga tua yg pergi ada perubahan..
dengan izin ALLAH lahkan....
so sesiapa yg ada warga tua dirumah.. jemput lah datang ke service alpha one...
xrugi pun menggembirakan hati org tua..
sambil2 mengutip SAHAM ...
*bak kate sepupu aku* hahaa
semoga nenek terus sihat! :)

bicara hati:
-menu petang semalam.. roti jala!! buat sendiri taw.. haha

Tuesday, July 12, 2011

double dinner for special dishes

double dinner?
why?
...................
mcm biase la mkn malam lepas maghrib.
tengah syok2 makan. tiba-tiba...
*brooommm* 5meter dah kedengaran bunyi motor abang ku...

"syamil, amik pinggan utk abang ko ni ha.." kata mak..
"tak pe, dah kenyang.." kata abang..
"wow, angah bawa ikan pancing rr.. fuiiyyooo" Gred A punya.. :)


yang paling best, mak saya turun padang..
tolong siang ikan...
almaklumlah.. ikan fresh.. anak pula yg pancing..
terus mak kate.. kita terus masak pindang..
makan malam lagi sekali.......
wow..sehingga menjilat jari...

mmg tak dinafikan. masakan ibu tiada bandingan.
hahaha :)

*masakan ini disediakan oleh mam, dibantu oleh anak daranya*

Monday, July 11, 2011

anak,tolong nenek boleh?

Isnin. Jam 11 pagi.
menuju ke pejabat pos sebab nak pos barang bibik.
bila tengah tulis borang-borang..
tiba-tiba seorang nenek datang kearah saya..

"tolong tuliskan borang nenek boleh?" BOLEH!
sayu nya bila lihat nenek terbongkok2 nak keluarkan duit.
"ada baki berapa?" tanya nenek..
"RM 539 la nek,,," jawab saya..
"tolong keluarkan rm 300 ye.."

1166 kaunter 4..
alamak, barang terlebih berat la...
adui.. baru nak kenyit2 mata dengan abang kaunter,,
kasi lepas la.. tapi terlebih berat sangat,,
lain kali kalo nak hantar bungkusan jangan lebih 20kg!
*harap maklum*





terdetik di hati ini mengenangkan nenek terpaksa berjalan kaki

utk keluarkan duit....waaaaaaaaa...
da tua2 pun kne berdikari sendiri,..
kawan-kawan..
bila ibu bapa anda ingin ke mana-mana
jangan biarkan mereka bersendirian.
keselamatan mereka perlu diutamakan!

bicara hati:
-ini adalah tugas pertama! haha,,
-next job.. hantar nenek ke rumah urut.. wow! bek hntr nenek g spa. hahaa

Saturday, July 9, 2011

3,2,1, kerja!

adik: kak finaz cuti bape lama? samapai hari ahad ke??....
kakak: tak la.. sampai raya.... lama.. hahaa
adik: alamak.... lama nya akak cuti..(smbil bermonolong dlm hati.. mesti aku kne belajar)

jeng jeng jeng...
kakak yang garang telah kembali ke rumah.
satu tekat satu tanggungjawab.
bermula sahaja cuti semester macam-macam kerja da tersedia..
hahahahahaha..
nampak gaya tak jadi kerja diluar.
terpaksa kije dirumah....

1)jadi tutor
2)jaga nenek
3)bersihkan rumah.
4)buat kuih raya

itu semua kerja yang penting.
wah!
selamat bekerja ! chaiyookkk333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here