Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Tuesday, July 26, 2011

Mempelajari sesuatu (part 1)

Episod: selami hati warga tua



Mahasiwa/i sibuk mencari kerja, pengalaman, duit sampingan. Tidak ketinggalan juga buat diri ini. Ketika diri ini mencari ilham untuk mengisi masa lapang semasa cuti semester, satu tawaran pekerjaan ditawarkan. Namun ia bukanlah lumayan tetapi terisi lah juga masa lapang sepanjang cuti.
Kerja apa? Hanya sebagai pemandu kepada nenek sendiri.
sekilas pandang mungkin orang memandang rendah pekerjaan ini, tapi pekerjaan inilah yang mendekatkan kita dengan hati seorang warga tua.

Mungkin segelintir kerja ini tak berbaloi, tapi terfikirkah anda warga tua ini perlu diberi perhatian.
Hati seorang ibu @ nenek tidak siapa yang tahu.
Setiap hari saya akan membawa nenek ke terapi percuma.
Eh, kenapa nama dia terapi percuma? sebab pusat ini salah satu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik untuk membeli mesin alpha one.

Mesin Alpha One ini sangat lah mahal harganya, lebih kurang RM 18000++
tak ramai yang mampu untuk membeli, sebab itu mereka utk pergi ke pusat Alpha one untuk dapatkan rawatan percuma.

Suatu hari, terdengar perbualan antara warga tua ketika mereka sedang menunggu utk rawatan.

"Eh Milah, lama kau tak datang sini..." kata nek temah


"Yelah Temah, takde orang bawa aku ni ha,..anak-anak semua kerja.." kata nek Milah


" Kita ni dah tua, nak jalan kaki dah tak larat, harapkan anak-anak dengan cucu jelah." sahut nenek yang lain..


" tulah, kalau mesin tu murah, da lama aku beli, tak yah susahkan orang lain..." kata nek Temah


"ala. Boleh je kalau anak-anak mahu beli untuk kita, bukan mahal pun harganya. Setakat berbelas ribu je..Tapi ape salahnya hutang untuk ibunya sendiri..sedangkan hutang kereta dengan rumah beribu-ribu dengan bank. Tapi untuk ibu sendiri tak pula..." -kata nek Milah


"kalau anak-anak kita bagi duit sorang sikit, cukup je.. anak pun ramai. yelah kan. masing-masing ada tanggungan. " -kata nenek-nenek yang lain.


'tak pelah, ada orang nak bawa kita ke sini pun da cukup baik. semoga kita cepat sihat.

*apa perasaan anda sebagai seorang anak apabila ibu anda cakap begitu dengan kawan-kawannya...?
fikir-fikirlah semula apa yang anda buat untuk mereka ketika anda bekerjaya ataupun sudah besar nanti.
Jadi, bila anda sudah bekerjaya, jangan lupa simpan duit utk kegunaan ibu bapa kita supaya mereka tidak terasa terbeban oleh anda. Ingat-ingat lah jasa mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here