Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Wednesday, July 27, 2011

Don't break the rules, beb!

Ok. Hari ini awal-awal pagi lagi sudah kena buat kerja yang tak bergaji. Mula-mula kena pergi sekolah sebab nak hantar surat sepupuku yang malas nak pergi sekolah. Nasib baik lah ada sepupu macam aku yang rajin ini hantar surat dia untuk mengelakkan dia diberh entikan sekolah.

Hurm, sebenarnya malu nak pergi hantar surat tapi dek kerana suruhan makcik kan, terpaksalah beranikan diri. (Tolong dapat pahala cik kak oiii) Sampai je dekat sekolah, terus je pergi ke pejabat sekolah tanpa mengambil pas pelawat. Naughty ye! (Buat jahat sikit). Saat kaki ini melangkah ke pejabat, suasana yang amat sibuk. Yelah, waktu pejabat of course busy..!

'Assalamualaikum, saya datang nak hantar surat, Tolong sampaikan dekat cikgu 3bestari boleh?"..kataku..


"Sekejap ye, tolong duduk dahulu ye. Tak nampak ke saya sibuk. Tunggu sekejap..!"- kata salah seorang pekerja


"Ala, bukan nak jumpa cikgu pun, hantar surat je. BUKAN LAMA sangat nak layan"-kata dalam hati ini...grrrrrrrr

ok Fine! aku tunggu. Sambil-sambil itu nampak lah segelintir pelajar yang datang pejabat pakai pas pelawat. Pas bewarna kuning itu...Arggghhhhh......
*terfikir sejenak* Agaknya, mungkin pekerja tak nak melayan aku sebab aku tak pakai pas pelawat..??..
Dengan langkah yang sangat malas, patah balik ke balai pengawal  SEMATA nak ambil pas pelawat.. (saja nak exercise ye pagi-pagi gini)

Bila datang balik ke pejabat, terus je dapat layanan. Tak sampai 5minit sudah selesai. Aduyai, kan senang kalau ikut peraturan. Agaknya, memang diri ini tak boleh nak buat jahat sikit. Ada je penghalangnya.
Sedarlah wahai Finaz! Itu tanda Allah sayang awak!.

moral of the story: Hidup ini mesti berperaturan.Sedangkan sekolah pun ada peraturan inikan pula dalam Islam .Al-quran sebagai rujukan dalam kehidupan. Jadilah manusia berdisiplin. Don't break the rules! hahaha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here