Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Sunday, February 26, 2012

Menuju Puncak, Impian di Hati





Tarikh: 26 Februari 2012 sebenarnya
Masa: 6 pagi mula daki 7 pagi sampai ke puncak. 10 pagi berkelah di sungai tekala. hehe
Peserta: perempuan sahaja!

ALHAMDULILLAH, dipermudahkan urusan! ALLAHUAKBAR, kebesaran ciptaan ALLAH!
sangat cantik permandangan berada di atas puncak, dan dapat tengok matahari terbit.

Terima kasih ALLAH, sebab diberi peluang menikmati ciptaan-MU, Terima kasih SAHABAT sebab ajak aku sertai. hehe.

SAYA DAH JEJAKKAN KAKI DI PUNCAK, ANDA BILA LAGI?

psssttt: ni kali kedua pergi mendaki, first dekat gunung datuk! apepun , pendakian bukit broga tak boleh lawan gunung datuk. huhu.

Saturday, February 25, 2012

Feel Fresh !

hye geng!
asssalammulaikum,..
fuhh! rase macam best sangat sebab setelah beberapa bulan tak pergi berjoging!
(macam busy bebenorr aje) huhu

alhamadulillah!
diberi peluang untuk pergi joging! hah,! rase segar dan bersemangat.. terima kasih untuk sahabat yang menemaniku,! masih diberi kesedaran untuk mensyukuri nikmat sihat! BERLARI TANPA HENTI
(terasa salur darah dah kembali aktif )

alhamdulillah!
jadual tutorial dah pun keluar, means lepas ini kelas dah kembali seperti biasa. no lepak2 lagi..
tapi lagi rase best sebab hari-hari kelas pukul 8 pagi... namooo (geleng-geleng kepala)
so, take it as challenge! to be productive muslim, we have to wake up early! huhu.

and lastly, hopefully, this semester will bring new spirit to achieve the dean list! nothing is imposibble, BIIZNILLAH! GOOD LUCK FRIENDS!



Friday, February 17, 2012

Teori Ukhwah Persahabatan

Jadilah sahabat kepada orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita. 


Hakikatnya, teori ukhwah bukan terletak kepada 2 hala. Kita beri, dia balas. Dia baik, kita baik. Tidak. Sebenarnya teori ukhwah tersimpan dalam satu individu tanpa menuntut lain balasannya.


Ukhwah dibina atas dasar keimanan. Daripada keimanan berbuahlah keikhlasan. Keikhlasan ini membuatkan kita bergerak mengasihi sahabat kita tanpa mendambakan balasan apa-apa.


Jangan lepaskan teori ukhwah. Kita adalah manusia yang bertanggungjawab membumikannya. Pasakkan perkara ini dalam diri kita. Jangan tuding perkara ini pada sahabat kita. Memang susah. Siapa yang cakap senang, memang berbohong. Beginilah ukhwah.


Tahu apa yang membuatkan ukhwah itu indah?
Pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kta tidak dinamakan hubungan itu satu ukhwah. Ya, kita perlu korbankan ruang masa untuk sahabat kita. Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhwah kita.


Itu yang membina ukhwah. Pengorbanan kita mestilah berdiri atas keimanan dan keikhlasan, tidak terkeluar dari batas dua perkara itu. Namun pengorbanan, inilah yang membuatkan manusia sukar merealitikan ukhwah. Berkorban tanpa mendapat apa-apa balasan? Mesti ada yang terfikir 10 kali akan perkara itu. Namun siapakah kita untuk mengubah hati orang lain agar mengira kasih sayang kita kepadanya? Sebab itu kita dirikan hubungan kita atas matlamat hendakkan keredhaan ALLAH. Dialah yang memberi hidayah. Dialah yang membolak balik balikkan hati. Kita bina hubungan kita dengan ikhlas, kita harapkan nanti ALLAH akan membantu melembutkan hati sahabat kita hidup dalam kasih sayang yang hangat. Yang penting ukhwah ini , kita perlu memberi.


Kata seorang ulama di Jordan. " Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada ALLAH. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikan kamu. Tetapi kamu mengharapkan balasan ALLAH atas kebaikan kamu. Hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada ALLAH"

* sekadar pekongsian dari buku "batu bata kehidupan: oleh Hilal Asyraf. sangat menarik perhatian untuk berkongsi. yelah, sahabat kan orang paling rapat dengan kita selepas keluarga kita. betol tak? so, mungkin ini adalah coretan terakhir sebelum melangkah kaki ini ke dunia semester baru. Hadiah yang tak seberapa, ni terimalah ukhwah persahabatan ini,simpan baik-baik ok.  Bila dah sampai ke universiti, sahabatlah keluarga kita. Rindu gilerr kat korang sume. Rindu ukhwah kita. Tabahkan hati menempuhi dugaan. Aku perlu kuat! yeah, kuat semangat. Don't talk the pass. Fighting for our future, our family, and for ummah! I love ISLAM, I love ALLAH.





ikhlas dari saya ^.^ love you all!

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednessday: Syukrina



Dunia Luar

Jum jalan-jalan ... tengok Dunia luar.
perlukah kita sebagai manusia tahu dengan dunia luar ni?
yes! sangat perlu untuk masa depan. *ayat semangat giler* haha. Kita kan hidup bermasyarakat, kena tahu antara satu sama lain. :)

ok, back to basic.. dunia luar ini kadangkala menyedarkan kita tentang sesuatu.
ye! sesuatu yang kita tak perasan. Dunia luar yang memyedarkan kita pada hari ini bahawa kita sangat bertuah
Sila fikir di luar persekitaran.... Be open minded!

Contohnya,
Kadangkala aku rase sedih bila makan lauk yang sama sahaja. tapi kat dunia luar ada yang tak makan berhari-hari tapi mereka tabah.
Kadangkala terasa nak hidup macam orang kaya, ada banyak duit boleh beli apa sahaja, tapi kat dunia luar dah tunjuk orang kaya tak semestinya bahagia. orang kaya tak semestinya boleh beli apa yang mereka nak, contohnya mereka tak boleh beli kasih-sayang, cinta, persahabatan...
Bila kita sihat kita lupa nak jaga badan, main hentam aje nak makan apa, tapi bila pergi hospital di dunia luar, ramai je yang diberi dugaan, penyakit sebagai penghapus dosa. Syukurlah dengan nikmat sihat kita hari ini.
Kita rasa macam tak up to date  dengan fesyen, tapi kat luar sane tu ramai aje yang tak mampu untuk beli baju, hanya menunggu bantuan dari masyarakat.
Kita rasa rumah yang kita duduk sekarang kecil je, tapi kat luar sana ada yang tidur di bawah jambatan.

Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Bandingkan dengan dunia kita dan dunia luar. Berbeza kan?
Kesimpulannya, bila langkah kaki ini keluar dari rumah, pandang-pandanglah sekeliling. Belajar dari pemerhatian kita. Jadi, bermaknalah anda keluar jalan-jalan walaupun tak beli pape. At least you learn something and relate to yourself!
so, bersyukurlah apa yang ade. Jangan selalu mengharapkan apa yang di luar kemampuan kita, nanti kita kempunan. Hanya berserah kepada Yang Maha Esa. Tawakal :)
Allah tahu yang terbaik buat kita.

psssssstttt: pasal result exam, no komen! :) just say ALHAMDULILLAH, and...................
welcome back to new semester




=.=

Sunday, February 12, 2012

Akauntan atau Juruaudit ?

Suatu petang yang mendamaikan, sambil melayan kerenah anak-anak saudara....
duduk-duduk juga berbual dengan sepupu aku, maka terjadilah perbualan...... 

"finaz, kau habis belajar bila?"
"lagi 2 tahun lah kak, praktikal semester akhir..."
"dah fikir, nanti nak kerja apa nanti..?"

................termenung sambil memikirkan masa depan...
"belum lagi, ada pape cadangan tak? hehehee"

"ko amek degree akaun kan? normally kalau kos perakaunan jadi akauntan or juruaudit... tapi terpulanglah pada ko"
"pendapat akak ape yang best? hehe.."

"hurm, secara ringkas kalau akauntan ni duduk pejabat jela, kalau dah berkeluarga, ok la... TAPI, kalau juruaudit, memang selalu outstation,.. kerjanya duduk pergi audit kewangan syarikat. Kalau ko suka jalan-jalan boleh la layan, tapi kalau dah berkeluarga, kesian tinggalkan anak-anak dengan suami..wee.. mostly, kerjanya lebih kurang je and kalau nak jadi juruaudit kene garang! tak boleh menyengih aje.... 

"ooo..begitu,,, "

*warna biru: my cousin..
*warna unggu: me :)



ok, begitulah sedikit sebanyak tentang perbualan kami, sebenarnya panjang je. tapi pendekkan jela,..hehhe...
arggggghh, sekarang aku dilemma.. mana satu idaman kalbu? hewhewehw...
terima kasih sepupuku sebab menyedarkan aku tentang kerjaya ni,.. selama ni belum terfikir lagi secara serius untuk jadi apa. Main hentam aje belajarnya... yeah, hidup mesti enjoy! huhu. Memang ada planning carta aliran bagai, listdown nak buat ape, and what so ever,tapi ia sentiasa berubah-rubah, jumpa pelbagai orang, then share pengalaman, pastu tukar lagi planning,pastu tukar tukar and tukar.... argghhh.. mana satu ni? terlebih planning la pulak.... ada yang jadi juruterbang pulak ni kang ..:)
so, sekarang dah 21 tahun, kena serius dalam matlamat hidup. Tapi, mostly, aku macam teruja nak jadi juruaudit sebab aku ni suka jalan-jalan, hehe,,, "jauh perjalanan luas pengalaman"

korang nak jadi apa?share lah sikit.. :)
mana taw impian kita sama,,, gituuuuuuuuu

ni ada serba sedikit pasal kerjaya bidang perakaunan.. klik sini.. and sini ade juga..:)

15 FEBRUARI 2012... boleh tak kalau tak langkah tarikh tu? huhu
cuak ke bebeh ...=.=

Saturday, February 11, 2012

I Am Waiting For Your Call




Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Syukur Alhamdulillah.......

Begitulah ungkapan yang mampu diucapkan...
Setelah sekian lama, penantian selama 12 tahun...
akhirnya dapat juga sebuah jawapan yang berbaloi....
ape ye? hehehe.. jeng..jeng..jeng...


I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Alhamdulillah, mama dan babah dapat jemputan kursus haji bermakna INSYAALLAH menjadi tetamu ALLAH di musim haji 1433H...
bestnyaa... bila lah pula giliran ku,,, harap-harap dapat menunaikan di masa muda,
yelahkan, masa muda, badan sihat, boleh beribadat lama-lama, bukan pergi shopping je lama-lama..
hehehe.. so, marilah kita kumpul duit dari sekarang :)

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan



Untuk orang yang berkemampuan, sekiranya anda tidak mengerjakan umrah dan haji, maka belum sempurnalah kemampuan anda lagi..- sumber dari rancangan jemputan umrah astro oasis.
*kesimpulannya, sebanyak mana duit kita, tapi tak pergi mengerjakan haji dan umrah, tak bermaknalah ada harta banyak beribu-ribu lemon tu....*

Untuk mama dan baba, selamat menjalani kursus haji..mudah-mudahan dapat haji yang mabrur...AMIN.

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall



so, kepada sesiapa yang belum mengerjakan haji, marilah kita berdoa sama-sama supaya boleh pergi dalam usia yang muda. AMIN.

*mood: teringin sangat nak tengok kaabah secara live*

Friday, February 10, 2012

Yang itu.....









Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang berat itu amanah, yang indah itu solat...
(Imam al-Ghazali)

Thursday, February 9, 2012

Sambil Menyelam Minum Air

hye guys!...
assalammualaikum.....(jawab dapat pahala)

Sambil Menyelam Minum Air............ kenapa? haus sangat ke? huhu.. tak ye,,,,,
ok, hari ni sebenarnya pergi renew kad bank Islam kepada kad debit i-Visa..



motif? saje nak tukar baru , nanti shopping boleh bayar gune debit card.. woooowww..kelass kaw jahhh~
then, after renew my card, my friend and i went to watching movie as we planned before.....pheewwiitttt..(sambil menyelam minum air) .. ticket only RM6 per person.. (murah kan?)
and its so cool because tak ramai pergi tengok wayang weekdays, so takyah la sakit mata tengok "wayang" lain, huihuihui...... ok, forget it.... eh, lupe nak cakap tajuk ape,.. tadaaaaaaaaaa!!



AZURA. not bad this story.....actually, this story adapted from AZURA 1984 . but, i really enjoyed, seriusly cerita ni banyak emosi..sekejap gelak, sekejap menangis... overall i give 4 star to Aziz M.Osman. huihuihui..
klik sinopsis azura
tetibe nak tengok juga AZURA tahun 1984....



so, moral of the story
1. how to be good "khalifah"  credit to the zek as a hero, and how to be good in women credit to heroin since azura is a student when she get married.


 وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ
[30] Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.


2. tiba-tiba rase macam nak sangat pergi paris... nak naik menara Eifel..*pergi time honeymoon best gak* haha
3. susahkan bila orang hidup senang nak jadi susah, tapi tak susah pun bila orang susah hidup senang :)
4. money is not everyting but i know can buy anything..credit to wanda. huihuihui
5, azura lagi best dari ombak rindu... hahhaa... *jangan marah*
ok, sekian sahaja aktiviti rabu saya yang setelah sekian lama tak keluar dengan member,
i love u all..

pssstttt: cuti tinggal berapa minggu sahaja, means result dah nak keluar..oppsss and duit dah nak masuk.. yyeeahhaaa

Tuesday, February 7, 2012

Fitrah "Kasih" Seorang Hamba

Fitrah Sekalian Hamba

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup dan kehidupan tak terpisah lagi. 

Ikhtiar, Munajat &Untaian Doa

Kembalikan segala urusan hanya kepada-NYA, bukankah hanya Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah bandingkan diri dengan orang lain, kerana Dia pasti memberi yang terbaik untuk setiap hamba-NYA meski pun ada kalanya kita sekalian hamba ini alpa. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-NYA

Temui Rahsia di sebaliknya

Allah kadangkala takdirkan pelbagai kejadian dan episod hidup agar insan belajar, mendapat ganjaran pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan akur dengan keagungan-NYA.

"Ada 3 gologan ALLAH janjikan akan menolong mereka iaitu: 
1. Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya
2. Hamba ingin memerdekakan dirinya
3. Orang yang berjihad / berperang di jalan ALLAH"
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

kenal tak? hehee

sweet kan?


























saya mahu IM juga ^.^

Monday, February 6, 2012

Kasih sayang



Kasih sayang, cinta, pengalaman, ikhlas.....
semua itu tak boleh dibeli, tak boleh dikira, tak boleh nampak, TAPI BOLEH DIRASAI...

bak kata Dr Fadzilah Kamsah,

"Orang bahagia tak semestinya senyum, tapi kalau kita asyik senyum-senyum dan senyum INSYAALLAH bahagia"



Jum kita senyum, senyum itu sedekah! Senyum pun sifat Rasulullah... ^.^

Dan ucapanlah, “Ya Rabbi, berikanlah kasih sayang kepada mereka berdua, sebagaimana menyayangiku di masa kecil.” (Al-Isra : 24)[8]

Thursday, February 2, 2012

Pengorbanan itu..

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Kita selalu diingatkan dengan sebuah ungkapan,...

tiada kejayaan tanpa pengorbanan


dan aku sendiri mengaku tiada kejayaan pun yang berlaku tanpa pengorbanan.
ye, pengorbanan yang dalam pelbagai bentuk,.pengorbanan duit, masa, cinta, kasih sayang dan lain-lain lagi.
contoh yang paling dekat sekali ialah ibu bapa kita.
Mereka sanggup buat apa sahaja demi anak-anak mereka, dan anak-anak belum tentu lagi akan berkorban untuk ibu bapa mereka. Hanya orang yang tahu erti pengorbanan sahaja akan sanggup buat balas dengan baik. Yang mana anak-anak telah berjaya, tetapi lupa diri, lupa akan ibu bapa mereka, itulah yang kita takutkan...Nauzubillah,.. minta-mintalah kita dijauhkan.

Cuba kit lihat juga dari segi menuntut ilmu.
Ya. nak beli buku pun mesti ada duit kan? Zaman sekarang buku sangatlah berharga, dan kadang kala harga nya di luar kemampuan kita untuk membelinya. Tapi apa kan daya, demi sebuah ilmu, duit perlu dikorbankan. Tak semua orang punyai duit yang banyak, dan dengan keprihatinanan kerajaan terhadap pelajar, maka lahirlah..Baucer Buku 1 Malaysia... Gunakan sebaiknya,..kepada pelajar tahun akhir, tiada alasan untuk korang jualkannya, apa kata beli sahaja untuk adik-adik anda. Tak salahkan berkorban untuk adik beradik sendiri? hehehe.

untuk mencari soft skill di universiti pun perlukan pengorbanan.
Menyertai aktiviti kokurikulum pun memang menyeronokkan tapi ia perlukan pengorbanan.
Sekali lagi, pengorbanan diperlukan. Kita juga sedia maklum, bila kita aktif dengan aktiviti sebegini, pembahagian masa sangat amat penting. Pelajaran diutamakan, dan pengalaman pun diperlukan.
sebab kedua-duanya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. tak de di pasar malam yang jual selonggok dua ringgit. so, hargai kedua-duanya. huihuihui..

Permudahkanlah urusan orang lain, INSYAALLAH urusan kita di permudahkan juga..
Sekiranya doa kita cepat dimakbulkan, bermakna ALLAH sayang kita,
Sekiranya doa kita lambat dimakbulkan, bermakna ALLAH mahu menguji kita.
Sekiranya doa kita tak dimakbulkan, bermakna ALLAH sedang merancang sesuatu yang baik untuk kita.



WAALLAHUALAM,...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here