Berakhir sudah penantian.
Yang dinanti-nanti telah tiba, yang telah tiba menbuatkan hati rasa sentap! Ya ALLAH !!
Apa yang aku buat sepanjang semester ni? tak fokus? fokus. Tak belajar? belajar.
banyak persoalan bermain di minda, air mata mengalir tanpa paksaan, terus menghadap Ilahi sambil bermunajat, mohon pertunjuk dimanakah salah silapnya..sujud syukur tak dilupakan.
Ya ALLAH, aku redha dengan ketentuanMU, tunjukkanlah aku ke jalan kejayaan yg diredhai, Janganlah Engkau biarkan hati ini terus rasa kecewa, sedih dan putus asa. Kuatkan hati ku untuk berjuang demi keluarga, sahabat, agama dan lain-lain...
Ye, jangan sedih. aku adaMU, Engkau sebaik2 perangcang. Setiap perkara mesti ade hikmahnya. redha redha redha. Jangan jadi hamba yang tak bersyukur. Anggaplah ini cabaran.
Bersusah-susah dahulu, bersedang2 kemudian. Hidup umpama roda, kadang2 berada diaatas, kadang2 berada dibawah.
Terima kasih buat sokongan sahabat2 yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar. Terima kasih mama dan babah kerana menerima hakikat,redha... munkin kali ini bukan rezekiku lagi, walau ku tahu, hati mereka kecewa.. INSYAALLAH anakanda berusaha lagi.. ada baki 2 tahun lagi untuk tebus segala-galanya. YUP! SEMANGAT!
pesan sahabat,
#Finaz, jangan putus asa, ALLAH nak suruh kita berusaha lagi, DIA nak suruh aku berdating lagi denganNYA selalu, lain-dari yang lain. Kuat semangat. banyakkan berdoa dibulan ramdan supaya lebih tenang. Lets open Alquran, surah an-nisa (4:32). ALLAH susun pelan yang terbaik buat diri ini.
"Dan janganlah kamu iri hati deangan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
#Dlm perjalanan menuntut ilmu tiada erti ecewa selagi pengharapan disandaran kepadaNYA, MencintaiNYA dengan sepenuh hati memberi kemanisan yang pasti. MentaatiNYA tanpa berbelah bagi beerti kejayaan gemilang yangmenanti, Jatuh bangun adat perjuangan kerana disitu terbitnya kematangan , jadilah pengurus terbaik pada diri sendiri. Yang pasti ALLAH TAALA penentu takdir. Jangan putus asaa, Teruskan perjuangan.
tangan ini laju membelek Alquran untuk memujuk hati.. Dengan Alquran hati menjadi tenang.
"sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk kami menguji siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya. ( alkahfi 18:32 )
"maka beringatlah kepadaKU, Aku pun akan beringat kepadaMU. bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)
"Wahai orang2 beriman,! mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH bersama orang2 yg sabar (2:153)
akhir kalam, semoga hati terus ikhlas untuk menuntut ilmu. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan.
semakin hari, tugas semakin berat, amanah perlu dipikul seikhlasnya. Ilmu perlu dituntut sebab dengan ilmulah kita kan menjadi harta yang bernilai. setiap perkara yg berlaku, muhasabah lah! supaya ia memberi pengajaran buat kita.
sayang anda semua sampai ke syurga , semoga ALLAH balas jasa kalian :) Tahniah buat yang berjaya .semoga kalian berjaya diakhirat juga ...WAALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment