Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Saturday, August 18, 2012

Ramadan terakhir

Sebentar tadi, terawakih terakhir. Imam pun sebak membaca doa qunut masa solat witir,mungkin juga dia dapat merasakan ini ramadan terakhirnya. Waalluhalam.

"dah nak habis ramadan dah,InsyaAllah tahun depan panjang umur jumpa lagi berjemaah dimasjid"-makcik leha

Sebak, sedih..bulan yang paling barakah semakin meninggalkan kita.

Mungkin ini ramadan terakhir juga buat aku? YA ALLAH sekiranya aku tidak berpeluang untuk berjumpa ramadan pada tahun hadapan, Engkau ampunkanlah dosaku,jauhkanlah aku dari api neraka.

Ramadan mungkin ada lagi, tapi kita yang belum tentu ada lagi-sheri

Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk mensyukuri nikmatmu..

Esok, sahur terakhir, puasa terakhir,berbuka terakhir. Segalanya terakhir dan mungkin untuk berbuat baik berakhir juga. Buat baik mestilah sentiase!

Alhamdulillah saudara mara selamat sampai dirumah. Kami berkumpul merapatkan ukhwah bagi menghangatkan kasih sayang kami.

Yang jauh di rapat2kan,yang dekat erat2kan.
Akhir kata, buat anda sekalian salam lebaran.

Selamat hari raya..semoga mendapat berkat di Bulan syawal. Jangan lupa puasa 6! Ibarat puasa setahun. MasyaAllah!!  mohon seribu kemaafan.

Ikhlas dari finaz dan sekeluarga..(belum lagi finaz&suami) hehehe. Love you alls!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here