Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Friday, August 10, 2012

Danisyafinaz Butter Cookies

Semangat buat kuih raya sebab empunya ni pun dah raya dulu..
so buatlah ape yang boleh buat untuk mengelakkan traffic jam di hujung ramadhan,,
hehhe

cari , cari dan cari...
maka terjumpalah resepi danish butter cookies.. *lately ni menggila cookies plak*
baca, baca dan baca.. hurmm macam senang je nih,, tak caya? cuba tengok ni..


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
okeh, semangat nak buat.. hehe... tadaaaa :)


DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES.. :)

mudah dan sedap .. 

sepatutnya bentuk macam ni,..


tapi di sababkan terlalu kreatif, tu yg jadi bulat2 sahaja... 
tak pe yang penting sedappp. heheh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here