Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Saturday, August 27, 2011

Dan akhirnya, itu juga aku pilih....

semangat raya beb, semua nak beli baru... hahaha. Adatlah kan, perempuan. Rambang mata tengok semua benda. Tapi aku rasa raya kali memang agak jimat sebab aku beli pakai untuk semester baru sekali.

Jadi, mesti orang kata aku suka shopping kan? ye memang betul! anda tepat. Tapi ada hadnya. Sebenarnya aku nak cerita tentang bertapa susahnya aku shopping ni. Ingat tak ada masalah ke? Macam-macam ada wey. haha.

KASUT. Ini memang sering jadi masalah taw. Saiz kasut memang selalu tak ada sebab kaki aku besar. macam cinderella ..haha. kaki giant betullah! Elok-elok dah ngam pilih kasut, tiba-tiba tak ada saiz. waaa.... aku rase macam nak buka butik kasut sendiri, tak pun nak beli terus dari kilang, yang paling best nak berangan ialah, design sendiri then buat sendiri. Tapi macam tak je kan.. sebab aku tak reti. keh33..Kasut tumit tinggi? jangan mimpi sebab aku ni tinggi bebenor.. kan orang tak nak jalan sebelah aku.. macam mana lah nak selesaikan ye? ada idea? Dan akhirnya, itu aku pilih.... Sandal biase je.

TUDUNG. Aku suka berfesyen tapi dalam masa yang sama aku kena ikut ajaran agama juga. Menutup sepatutnya. Rasenya tahukan apa yang maksud tutup sepatutnya? tak tahu rujuk ALquran. di situ ada jawapannya, so nak cari tudung sebegitu memanglah susah. Bila dah berkenan dengan tudung tu, tetiba singkat pula, kadang-kadang jarang. waaaa...susahnya nak pilih dan mencari. Dan akhirnya, itu juga aku pilih... Tudung bawal


itu jela yang bagi masalah bila nak shopping.. yang lain tak sangat. bedal je ape yang ada...haha.. dan prinsip aku ketika shopping ni, beli dan pastikan, memang berbaloi. Jangan membazir.

Cerita Kad Raya

Salam awak-awak sekalian..
dikesempatan ini nak ucapkan selamat menyambut syawal.. ramadhan semakin meninggalkan kita.. bagaimanakah amalan kita..?? *muhasabah diri*

ok, kali ini aku nak kongsi lah zaman sekolah bila dapat kad raya... pergghhh.. masa itu memang meriah lah kan.. dapat kad raya macam-macam. Yang paling best bila masuk kelas je tengok bawah meja ada kad raya, tak pun.. ada posmen tak berbayar bagi kad raya. Biasanya junior lah jadi mangsa...hahha....

malas nak cerita sebab panjang sangat... jadi, tengok gambar jela..sebab aku MASIH LAGI SIMPAN KAD RAYA... (siap caps lock) sebabnya..sudah berapa tahun aku simpan.. lama beb!!! kad raya dari tingkatan satu sampai sekarang.......

Kad raya time sekolah menengah..



kad raya ini memang sangat banyak.. tak larat nak buka semua.. jadi sebahagian sahaja. Rasa macam kelakar gila baca balik semua kad. Mana tak nya, tulisan budak sekolah. AYAT SKEMA! hahaha....

kira wakil kad la dari form 1 sampai form 5
Tiap-tiap tahun dapat kad raya. Alhamdulillah saya dihargai. hehe.. Tapi aku balas juga ye sape yang bagi...

sebenarnya ada banyak ko bagi tapi ini je yang jumpa



ok, cik zqa jasmi, tolong tengok betul-betul gambar diatas ye. Sebabnya, ini kad raya dari ko dari sekolah menegah hingga universiti. Pergghh.. mantap gitu... hahah.. Thanks beb bagi kad raya...


Cik Munierah Amir masih ingat lagi kad ini? hahaha.. kalau tak silap ini time kita form 3.. ko bagi kat aku as my BF. hahahaa.. kelakar lah dulu siap ade BF, BFF.. kemain kaw jahh... hahaha.. :) bandingkan tulisan ko dulu dengan sekarang.. masih sama ????

Kad raya pertama yang sampai ke rumah
Yeayyy,, tahun ni walaupun cuti semester ada juga insan yang sanggup pos kad raya. GEMBIRA beb.. hahaha...bukan senang orang nak bagi kan di zaman era globalisasi yang kad raya semkain dilupai.. siapa pengirim??? jeng..jeng....

ehhh.. ada lagi???
ok, ini ada lagi stok kad raya.. hahaa... baru perasan memang banyak sebab simpan di lain-lain tempat...


ini pula nak cerita pasal pengirim kad ini.. dia ini seorang yang sangat low profile. Best kawan dengan dia. Sangat memahamiku yang kadang-kadang susah nak faham.. haha.. suka duka semua sama dengan Cik Nin sebagai teman sebilik.. hehhe.. terima kasih cik nin. sanggup hantar kad raya... yeayyy dapat kad raya dari bahagian kewangan syarikat D'REKA.. jangan main-main.. hahaha...

nak tahu aku simpan khazanah semua ini kat mana?? taddaaaaa.........


barang ini susah nak dapat wokk... kenangan.. haha.. kira aku ni seorang yang suka simpan barang @hadiah yang diberi......



eh, gambar ini tak ada kaitan dengan kad raya, tapi masih nak tunjuk juga kat korang...
ni lah album sekolah. hahhaa.. yelah dulu teknologi tak canggih lagi. tak ada facebook boleh tag kat kawan-kawan.

Really miss this moment.

ok, itu saja nak share. Mesti penat kan nak baca.. huhu.. Thanks for reading. Really appreciate.
so, nak ucap. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.... 0-0 ye....

Thursday, August 25, 2011

Rezeki Datang lagi...........

 ALHAMDULILLAH......rezeki datang lagi...
sebab apa? sebab orang ada sponsor berbuka makan di hotel.. yummyyyy...
ok, aku pergi bersama my lovely BF.....(brother friend) hahaha..jangan pikir lain ye... dan tak lain tak bukan sepupu ku yang gila-gila. si Aqilah!!!! hahhaa...



selamat berbuka puasa semua!!! selamat menyambut hari raya juga...
ramadhan semakin menjauhi kita :(.....................

Tuesday, August 23, 2011

Sebuah nasihat..

petikan dari cerita seseorang dan cuba amalkan :)

 


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. 


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



U L A M (terbalikkannya)

Salam. Hari ini hari selasa.
Hari yang bikin gua malu beb.. sebab apa? orang sekeliling sudah kenal gua... hahhaa...
ok. Fine! hari ini sambung lagi pergi bank sebab nak tukar duit raya. Takkan beli basikal pulak kan.. hahaha..
So apa kaitan malu dengan bank? Sebab nya, aku pergi bank hari ini 2 kali berlainan masa tapi orang boleh cam muka yang comel ini lagi.. waaaa malu betul....sampai akak dekat kaunter dah perasan aku datang dua kali siap boleh cakap.."Eh, bukan ko dah datang pagi tadi ke?" ...... jengg..jeng....
Memang dari rumah dah agak, orang dekat bank mesti kata budak ini asyik pergi bank je... dah tak ada kerja lainke?
memang tak ada kerja. sebab saya kerja tolong orang saja. Fullstop.
Lepas ni jangan bagi aku pergi bank lagi... Gua sudah malu tahap gaban bebb!.. hahhaa...



p/s: tak sabar tunggu hari khamis sebab ada orang nak belanja berbuka puasa di hotel. Aku nak makan banyak-banyak ye. hahhaha :)

Monday, August 22, 2011

Mega sales :)

Salam ramadhan untuk awak-awak sekalian.
Maaf lah tak dapat update dalam masa 3hari ini.. sibuk la.
sebab apa? sebab kejar mega sales............................


Pertamanya, mestilah mega sale untuk akhirat, tawarannya ialah, 10awal ramadhan mendapat rahmat ALLAH, 10 pertengahan ramadhan mendapat pengampunan ALLAH, dan 10 terakhir ramadhan jauhi dari api neraka..
Siapa mahu menyertai angkat tangan? Jum kita joinnnnnnn..Confirm, tak rugi........

'Kurangkan dosa, tingkatkan pahala'

shopping dekat jusco dan keluargaku je.. pernah pergi?

Keduanya, mestilah mega sale di dunia. Tak payah cerita lah kan kalau kemeriahan pusat membeli-belah kat Malaysia ni ha.. nak-nak lagi musim perayaan. Nak tahu ada mega sale ape, google sahaja. Aku pun join juga.. Adat lah pergi shopping, jangan lupa ibadah sudah lah.

Sesama kita beringat,Ramadhan semakin meninggalkan kita, macam mana ibadat? semakin baik dari tahun lepas? Tepuk dada, tanya iman.

Jum kita pergi mega sale kedua-dua sekali supaya dapat BALANCE LIFE.

cuba teka berapa ringgit semuanya? hahah

Friday, August 19, 2011

Kupon Raya!

Salam... Apa khabar semua? Macam mana ramadhan? Ok? *sudah macam segmen ramadhan pula..credit to : chester* hahaha..
ok, sekarang nak buat lontaran idea yang mungkin akan diterima atau di tolak. haha.. Sebelum itu, tengok tajuk dulu. Jangan salah faham,.. Bukan empunya blog ini nak bagi kupon raya ye sedangkan aku pun dapat kupon dari orang. haha... kupon ape? kupon berbuka puasa di bulan ramadhan di hotel. wooowww.. kelas gituuu ko jahh(macam iklan ribena lah pulak) kehkehkeh...

Tadi punyalah panjang beratur dekat bank semata nak tukar duit raya. Makk oiiiii... Sabar jela~ pesanan buat orang yang ada kat bank tadi : aku bukan tukang bagi duit raya ye sebab tak cukup umur lagi dan tanam anggur nak bagi duit tapi hanya MENERIMA duit raya saja.. Motif pesanan? sebab aku rasa aku lah yang paling muda beratur disitu, lain semua warga pencen je. Yelah, nak bagi duit raya kat cucu-cucu. hahaha..

Bila tengah tunggu giliran tu, rasa macam nak buat pembaharuan je. apa kata tahun ini kita bagi kupon raya? kan best. tak payah susah-susah pergi bank lagi. Buat lah kupon makan kat restoran ke, shopping ke..dll...
Yess! my turn! akhirnya penantian yang di tunggu-tunggu.. tapi malangnya,pertukaran duit ada limit... waaa.... terpaksa pergi bank lagi.. Saje nak bagi aku kerja ni.. Redha jela...:) Jadi, aku sarankan, marilah datang raya ke kampung aku sebab orang kampung banyak tukar duit raya. kalau tak, takkan lah ada limit..  haha.
 Raya nanti jemput lah datang rumah tapi tak ada duit raya dapat minum air sirap je. hahaha

mata aku blink..blink.. tgk duit ni... i love moneyyy!!


selamat menuju 10 ramadhan terakhir :)

Thursday, August 18, 2011

Awas, Berhati-hati dengan digit "0"

Salam.
Hari ini nak cerita pasal hari rabu 17 ogos iaitu semalam. Disebabkan semalam adalah rabu tanpa kata, jadi aku cerita hari ini lah kan sebab khamis boleh tulis banyak-banyak. haha. Terlalu banyak kisah menarik semalam.

Pertamanya, semalam adalah hari lahir babahku. Wish guna mesej sahaja sebab tak sempat nak skype dengan orang jauh. Tapi takpa, ingatan yang penting. Cerita ini tak berkaitan dengan tajuk entri langsung tapi saja nak kongsi.



ok, sekarang baru nak cerita yang benar-sebenarnya. Pagi -pagi lagi mama sudah bagi tugasan harian, tapi semalam lain sikit sebab kena ambil duit dekat bank. Kira withdraw money la. Jangan rasa pelik. Memang  mama selalu suruh anak ambilkan duit dia sebab mama kata "i trust my daughter" yeayyy!! dan mama saya tak suka pergi bank sesak-sesak. Nak jadikan ceritanya, mama pesan keluarkan duit RM100 sahaja, tapi anak bertuah ini dengan rasa yakin nya keluarkan duit RM1000. Yelahkan sebab masa aku dengar RM1000.. dan masa aku dengar itu aku tengah tidur. hahahahhahaa... aku amai-amai.

Bila, mama balik dari kerja dan aku pula dengan rasa yakin 101% kata tadi mama suruh keluarkan duit seribu je kan? "Astagfirullah.... mama suruh keluarkan seratus jela. Yang keluarkan duit sampai seribu buat apa bukan ada duit dalam bank banyak itu. "-kata mama (Maklumlah hujung bulan duit dah jadi sikit je ) "Eh tapi kenapa siap ada baki banyak lagi ni, kalau tak cukup mesti la tak de keluar sampai gini" kata aku.

yeayyy!! itu sebenranya duit bonus raya. yeay dah ade duit. boleh shopping raya! Alhamdulillah. Tapi duit yang semalam keluarkan semakin berkurang sebab bayar bil elektrik, air, telefon, internet yang sangat mahal. Iiissshhh..Tak reti berjimat langsung! hahhaa..

Moral of the story. Be careful with the numbers. Salah sikit akibatnya besar. (Rasanya budak akaun lagi memahami kot bila salah tekan nombor) hahaha..

Tuesday, August 16, 2011

kuih apa?


Cuba teka ini makanan apa? Jangan nak teka bola golf ke, bola tennis pula ye sebab dah terang-terang aku bagi klu KUIH.
Kuih ini buat sendiri taw. Percubaan pertama kali. Inilah hasilnya. Tak perasan rupanya ada skill memasak. Kira bakat terpendam lah ni *perasan giler* hahaha.. Mana tak nya bulan ramadhan ni lah nak mencuba buat segala makanan. GOOD TRY.
Ok, itu je kot nak bagi tahu. Padat dan ringkas. :)

p/s: nak tahu ini kuih apa, tinggalkan komen! bye.

Sunday, August 14, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke bawah


Nama: Fienaz Syafienaz
Hobi: apa sahaja yang mahu dibuat yang terlintas difikiran, itu adalah hobi saya. Tiada pengkhususan hobi untuk mengelakkan rasa bosan. hahaha. Tapi biasanya, baca novel atau tengok tv. kira aktiviti rumah jela.

Kepada yang berminat untuk join this activity boleh lah melawat di BLOG TRAVELLING.


meniti kehidupan



Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah serta cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar maka anda akan peroleh keputusan yang terpuji.

'Allah akan menjadikan kemudahan selepas kesusahan" (surah At Talaq: 7)

Saturday, August 13, 2011

Ini adalah cerita benar



hye peeps! ini adalah cerita benar.
aku suka shopping bila poket penuh. haha. Bila duduk rumah je itu tanda tiada duit.
aku tak suka menengok-belah, tapi aku suka membeli belah.
aku tak pentingkan jenama tapi pentingkan keperluan.
beli barang ikut kemampuan. duit lebih beli yang jenama sikit, kalau tak ada pasar malam pun boleh!
makanya, bulan ini adalah belanja yang paling berbaloi sebab beli barang dengan 2 sebab.
guna untuk raya dan semester baru. hahaha..
MEMANG BERBALOI. BIJAK .. BIJAK...

ok sayangs, nak pergi meluangkan masa dengan cute baby, ALIF HAIKAL..
hahaha.. miss him so much.
see you then.




Friday, August 12, 2011

carilah ilmu galilah hikmah



Janganlah lagi hidup dalam kegelapan. Sumber cahaya sudah tersedia. Anda tinggal memicit suis dan semuanya akan terang.

CARILAH ILMU GALILAH HIKMAH.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : Rezeki di bulan Ramadhan

tempat brbuka puasa

view of Saujana Hotel

First time berbuka puasa rojak dan cendol karim. Superb!

"nikmat dan musibah"





*gambar adalah sekadar hiasan*

Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dasyat, dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan.

Renunglah semeua masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.


Saturday, August 6, 2011

Etihad Airways















Alhamdulillah 4ogos yang lalu, tahun ini murah rezeki. Bukan aku pegi umrah ye.. hehe..InsyaAllah akan menyusul.
tapi, my lovely babah berkhidmat untuk KTMB di mekkah selama 4 bulan. Jadi raya tahun ini di perantauan..
so, all the best to you, babah.
Doakan kami didepan kaabah terutamanya anakanda berjaya dengan cemerlang didunia dan akhirat.
Selamat berkhidmat, go go ktmb !! Semoga selamat disana serta dilindungi di bumi anbiya'. InsyaAllah



 bicara hati: tahun ini raya mesti pagi-pagi dah mengadap komputer, skype dengan orang perantauan. haha

Wednesday, August 3, 2011

syahrun najah, ramadhan !



hari ketiga ramadhan.
sedikit perkongsian isi tazkirah di masjid.
Tahukah anda bulan ramadhan banyak gelaran.
Antaranya ialah;

bulan ramadhan dikenali juga sebagai....


  1. Bulan ALLAH (syahrullah). Allah kurniakan bulan ramadhan sebagai bulan beribadah. Hanya Allah yang boleh menilai ibadah kita samada diterima atau tidak.
  2. Bulan Alquran (syahrulquran). Alquran diturunkan di bulan ramadhan.
  3. Bulan berpuasa (syahrulsiyam). Bulan ramadhan kita juga diperitahkan berpuasa selama lebih kurang sebulan. Bukan berpuasa makan dan minum sahaja tapi menahan segala nafsu.
  4. Bulan bertilawah (syahrultilawah). Kita juga disuruh untuk memperbanyakkan membaca Al-quran. Bertadarus antara sesama kita. Setiap huruf dapat pahala.
  5. Bulan nikmat (syahrulnikmah). Bulan yang mempunyai banyak nikmat. Contohnya, Nikmat bertarawikh. Kita haruslah memperbanyakkan berdoa yang baik.
  6. Bulan rahmat (syahrulrahmah). Bulan ini mempunyai banyak rahmat. Untuk mendapatkan rahmat, jagalah hubungan ALLAH seterusnya hubungan manusia.
  7. Bulan pemurah. Iaitu bulan yang segala doa hamba dimakbulkan. InsyaALLAH
  8. Bulan kejayaan. (syahrunnajah). Bila tiba saja bulan syawal, kita akan melaungkan takbir, ALLAHUAKBAR tanda kemenangan umat Islam di bulan ramadhan. 
Sekian sahaja perkongsian ilmu. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
TAKBIR !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here