Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Wednesday, August 3, 2011

syahrun najah, ramadhan !



hari ketiga ramadhan.
sedikit perkongsian isi tazkirah di masjid.
Tahukah anda bulan ramadhan banyak gelaran.
Antaranya ialah;

bulan ramadhan dikenali juga sebagai....


  1. Bulan ALLAH (syahrullah). Allah kurniakan bulan ramadhan sebagai bulan beribadah. Hanya Allah yang boleh menilai ibadah kita samada diterima atau tidak.
  2. Bulan Alquran (syahrulquran). Alquran diturunkan di bulan ramadhan.
  3. Bulan berpuasa (syahrulsiyam). Bulan ramadhan kita juga diperitahkan berpuasa selama lebih kurang sebulan. Bukan berpuasa makan dan minum sahaja tapi menahan segala nafsu.
  4. Bulan bertilawah (syahrultilawah). Kita juga disuruh untuk memperbanyakkan membaca Al-quran. Bertadarus antara sesama kita. Setiap huruf dapat pahala.
  5. Bulan nikmat (syahrulnikmah). Bulan yang mempunyai banyak nikmat. Contohnya, Nikmat bertarawikh. Kita haruslah memperbanyakkan berdoa yang baik.
  6. Bulan rahmat (syahrulrahmah). Bulan ini mempunyai banyak rahmat. Untuk mendapatkan rahmat, jagalah hubungan ALLAH seterusnya hubungan manusia.
  7. Bulan pemurah. Iaitu bulan yang segala doa hamba dimakbulkan. InsyaALLAH
  8. Bulan kejayaan. (syahrunnajah). Bila tiba saja bulan syawal, kita akan melaungkan takbir, ALLAHUAKBAR tanda kemenangan umat Islam di bulan ramadhan. 
Sekian sahaja perkongsian ilmu. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
TAKBIR !!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here