Sejauh mana anda pergi, ALLAH juga yang anda cari. Cinta Yang Abadi. Mengingati ALLAH, hati akan rasa tenang.
Followers
Sharing is Caring.....
"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU
Friday, January 27, 2012
Yang paling disukai & dibenci
assalammualaikum,
apa khabar sahabat? semoga berada di bawah rahmat ALLAH
so, apa yang korang buat hari ini? jum lah kongsi! hehehe,..
aku pula hari ini tak buat pape yang berat sangat.. sekadar buat minum petang untuk keluarga,.
nampak senang kan? tapi tahu tak, kalau kita yang buat lagi sedap dari pembantu rumah yang buat,
orang kata lebih berkat kalau buat guna air tangan sendiri, sambil-sambil buat bolehlah sembuh sikit doa-doa untuk keluarga tersayang. Semoga ukhuwah keluarga semakin erat.
Berbalik kepada tajuk kita,.
apa yang paling anda suka? dan paling benci?
contoh yang pertama, KAYA! siapa nak kaya, sila angkat kening! hahaha. Memang tak dinafikan, semua orang nak kaya. Ada duit, semua boleh beli, Tapi kena juga ingat, tak semua boleh beli dengan duit, contohnya kasih sayang, cinta yang suci, ...tiada jual di pusat membeli-belah mahupun pasar malam.chewahh~
Kalau kita lihat dengan mata kepala, mesti kita tengok orang miskin ini hina kan? yelah, tak mampu pakai lawa-lawa, makan sedap-sedap...orang kata tak de kelasss! Tapi, cuba kita lihat orang miskin dengan mata hati dengan iman, orang miskin ini sebenarnya tabah. dan kebiasaannya, mereka tak kaya harta tapi kaya budi bahasa, kasih sayang, dan lain-lain lagi.
Bila seseorang berusaha untuk menjadi kaya, tapi dia tak kaya-kaya lagi. Mungkin ALLAH tak bagi dia kaya didunia, tapi di akhirat dialah paling kaya. Jangan ragu dengan ALLAH, sesungguhnya, ALLAH Maha Pemberi Rezeki. Kita sebagai hamba hanya mampu buat yang terbaik.
Kalau aku, aku mahu jadi kaya, sebab bila aku dah kaya, aku nak bawa mama dan babah aku pergi umrah dan bantu keluarga. Paling penting sekali, bila kita kaya, kita pun bayar zakat dengan banyak, secara tak langsung, kita dah bantu golongan miskin melalui pemberian zakat. INSYAALLAH.
Contoh kedua, KERETA. Siapalah tak mahu memiliki kereta, semua nak ada kereta sendiri. tapi bila menanyakan kereta idaman, confirm semua kereta luar negara, mewah, mahal. Naluri manusia, mahu memiliki yang diluar kemampuan, akhirnya kereta buatan Malaysia juga menjadi pilihan. Cubalah lihat dengan mata hati apabila memiliki kereta sederhana. Mungkin kos untuk baiki kereta murah berbanding kereta berjenama, Minyak pun jimat kos. Sesungguhnya ALLAH tahu benda yang terbaik buat kita. Yang paling penting, memiliki kenderaan adalah untuk dipermudahkan urusan bukan untuk kemegahan.
*agak-agak bilalahaku nak ade kereta sendiri? hurm...*
Contoh ketiga, PANDAI. " dia bolehlah dapat dekan, pandailah katakan.." *ayat lazim bila keputusan peperiksaan keluar* Ingat orang tak pandai tak layak ke dapat anugerah dekan? Semua orang dilahirkan pandai, antara malas atau rajin aje. Sekiranya, anda rajin usaha, sudah tentu kejayaan milik anda. Tak semestinya, orang yang selalu anugerah dekan terus dapat kerja bila dah graduate. TAK! dan belum tentu lagi semua pelajaran yang dia belajar boleh dipraktikkan bila masa kerja. Ia bergantung pada rezeki masing-masing. Jangan rasa rendah diri bila kita tak dapat keputusan cemerlang. Kita perlu yakin dan suatu hari kita juga boleh berjaya. Pandanglah dengan mata hati dan iman, mungkin kalau kita tak berjaya sekarang, kita akan lebih malas berusaha. Sesungguhnya, Allah Maha Memberi~
Contoh seterusnya, janganlah kita membenci sesuatu kerana mungkin ia baik untuk kita pada masa akan datang. Dan jangan terlalu suka dengan sesuatu, kelak kita akan membencinya. Contoh paling dekat dengan kita, bila kita membenci orang atau suka seseorang. Kalau dengan berlainan jantina pula, jangan dok membenci je, kot kot itu jodoh kita. hehehe.. Dalam Alquran pun dah cakap....
"Boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik buat kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,: ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "-surah Albaqarah, ayat 216
jadi, kesimpulannya, pandanglah sesuatu dengan mata hati dan iman, bukan dengan mata kepala dan nafsu.
Mata hati akan menunjukkan kita hikmah sebaliknya. Mata kepala hanya membuatkan kita rasa tidak bersyukur.
WAALLUALAM,.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri sendiri.
Bak kata maher zain.. I believe, do you believe? ohoooo.......
Labels:
nasihat kawe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment