Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Monday, August 27, 2012

Aku seorang doktor

Ingat 5 perkara..sebelum 5 perkara..

Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

"Kita nih sebenarnya calon jenazah"-shery

Yup! Itu sudah pasti. Penghuni kubur suatu hari nanti.
Dan hari ini meluangkan masa untuk membawa nenek ke klinik. Almaklumlah dah tua. Banyak penyakit.. Banyak sgt ubat dapat. I'm speechless.. Xcukup beg tangan dok sumbat semua ubat nu haaa..
Terasa macam doktor plak..
Selalu mai klinik aww..


Hari ini hari dia.. Esok lusa hari kita pulak. Saling tolong menolong. Inilah saat untuk balas jasa nenek yang telah jaga aku dari kecil comel lote hingga jadi anak dara cun melecun. Phewww.*perasan* hek3

2minggu lagi cuti berbaki..
Masih sempat untuk berbakti untuk orang tua anda. Ibu bapa anda. Adik2 anda.
Adik2? Alahai adik aku nak upsr.. Gaya macam xpekse langsung..releks je memanjang.. Main masak2 lagi.. Aiyooo..
.......
Kbai.

Wednesday, August 22, 2012

Hari-hari asam pedas

Menu hari2 utk hari raya.. Asam pedas ikan pari, asam pedas ikan gelama, asam pedas ikan kembong.. Almaklumlah melaka piauuuu. Asam pedas tetap dihati. Peace!  Hehe

Jemput datang raya!

Amacam kUtipan duit raya kawan?


Saturday, August 18, 2012

Ramadan terakhir

Sebentar tadi, terawakih terakhir. Imam pun sebak membaca doa qunut masa solat witir,mungkin juga dia dapat merasakan ini ramadan terakhirnya. Waalluhalam.

"dah nak habis ramadan dah,InsyaAllah tahun depan panjang umur jumpa lagi berjemaah dimasjid"-makcik leha

Sebak, sedih..bulan yang paling barakah semakin meninggalkan kita.

Mungkin ini ramadan terakhir juga buat aku? YA ALLAH sekiranya aku tidak berpeluang untuk berjumpa ramadan pada tahun hadapan, Engkau ampunkanlah dosaku,jauhkanlah aku dari api neraka.

Ramadan mungkin ada lagi, tapi kita yang belum tentu ada lagi-sheri

Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk mensyukuri nikmatmu..

Esok, sahur terakhir, puasa terakhir,berbuka terakhir. Segalanya terakhir dan mungkin untuk berbuat baik berakhir juga. Buat baik mestilah sentiase!

Alhamdulillah saudara mara selamat sampai dirumah. Kami berkumpul merapatkan ukhwah bagi menghangatkan kasih sayang kami.

Yang jauh di rapat2kan,yang dekat erat2kan.
Akhir kata, buat anda sekalian salam lebaran.

Selamat hari raya..semoga mendapat berkat di Bulan syawal. Jangan lupa puasa 6! Ibarat puasa setahun. MasyaAllah!!  mohon seribu kemaafan.

Ikhlas dari finaz dan sekeluarga..(belum lagi finaz&suami) hehehe. Love you alls!


Friday, August 10, 2012

Nestum Along Cookies

Sambungan dari resipi DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES...

hehhe..
satu hari satu resipi.. phewwwww

dan akhirnya, ini yang dijumpa..buat dan makan...

kepada peminat nestum... boleh cuba..
MUDAH DAN SEDAP  :)

Crunchy Nestum Cookies...
sumber :http://anyambakul.blogspot.com/2012/04/resepi-biskut-nestum-rangup.html


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

okeh, kenapa namanya Nestum Along Cookies..
sebab saya cilokk along punya nestum. muehehehe,
thanks along.huhuhu


kenapa bulat-bulat?sebab saya suka bulat-bulat lah,, senang :)

Danisyafinaz Butter Cookies

Semangat buat kuih raya sebab empunya ni pun dah raya dulu..
so buatlah ape yang boleh buat untuk mengelakkan traffic jam di hujung ramadhan,,
hehhe

cari , cari dan cari...
maka terjumpalah resepi danish butter cookies.. *lately ni menggila cookies plak*
baca, baca dan baca.. hurmm macam senang je nih,, tak caya? cuba tengok ni..


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
okeh, semangat nak buat.. hehe... tadaaaa :)


DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES.. :)

mudah dan sedap .. 

sepatutnya bentuk macam ni,..


tapi di sababkan terlalu kreatif, tu yg jadi bulat2 sahaja... 
tak pe yang penting sedappp. heheh

Tuesday, August 7, 2012

Disconnect

Yesterday~
Disconnect.. Please try later... Check your modem~

Disconnect lagi..... blalallala..

Kenapa tak boleh connect dengan wireless ni? hujan kot... line x clear.. ok fine :(

Today~
Eh kenapa tak boleh lagi connect? nyalaan DSL dan internet tak berkelip-kelip... hari tak hujan plak =.=
ok, telefon Tmnet 100...

operator: ok cik syafinaz, sambungkan wayar ke komputer anda ye. pastikan wireless on.
s: okeh, dah set up!
operator: tak dapat reply dari modem la... dah on semua tak?
s: dah...

*tetiba abang aku datang, wayar tak sambung mane nak dapat internet adik oi, ........ jangan lah buat malu...

Argrrrrrhhh, ni siapa punya kerja cabut semua wayar..ishh, ni bukan sebab cuaca, sebab ade orang dah cabutkan wayar modem ni ha.. malu malu malu.....

s: eh, dah boleh la... em kalau dah boleh buka google means dah boleh guna lah kan internet? (ayat cover)
operator: yup. nak teruskan buat aduan ke?
s: takpe, dah okeh, terima kasih.!

..............................rupanya tak pasang wayar je pon. gelabah kan aku? haha
malu.



ok,bye.
nak pi buat cookies lagi.muehehe

Resipi Kek Batik Senang jee

Atas permintaan sahabat2..
dan mungkin berguna untuk anda ketika terasa mengidam kek batik!
MUDAH DAN SEDAP..kalau masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.. ceh ceh ceh...

Bahan-bahan

1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. hehe
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe.
1 1/2 packet biskut marie original

Cara-cara:

1. masukkan smeua bahan2 tadi ke dlm periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan2 itu dengan api yg kecil
3. Kacau bahan2 itu sampai pekat lebih kurang 15 minit
4. Bila dah pekat, tutup api masukkan biskut marie yang telah dipatah 4 dan kacau hingga sebati,
5. masukkan dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. agak2 dah keras sikit , dah boleh makan

#tunggu sejuk dulu baru boleh masuk dalam peti sejuk untuk elak cepat lemau..



selamat mencuba...
#mardiah, cepat salin! hehe
#resipi kek batik ni ade macam2 , tapi aku buat macam ni je. simple, but nice, hehe
#sebelum letak biskut tu, rasa lah dulu acuannya, sedap atau tak..kalo tak cukup milo, tambah lagi. hehe

Famous Chocsmore Cookies

Permulaan yang baik. Mentega dipukul kembang...gula hancur dengan baik.. hehe..
*aderahsiadisebaliknya* jeng3..
ni percubaan buat kuih raya kali kedua.. yang pertama nanti post okeh :)

 FAMOUS CHOCSMORE COOKIES?
kenapa nama dia begitu? erm, asalnya nama famous Amours Cookies. hehe..disebabkan aku ubah suai, so jadi lah cookies versi Famous Chocsmore Cookies. kui3..
so, nak kongsilah resepinya suapay anada pun boleh buat...
tema macam biase.. my trademark > MUDAH DAN SEDAP :)

Bahan-bahan:

* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko (saya letak sikit je..)
* 150g gula kastor 
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) -tak guna pun sebab tak suka sgt kekacang..
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam- tak letak sebab majerin dah masin..

Cara-cara : 

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


tadaaaaa !!


ALHAMDULILLAH, cookies menjadi :D

Rumahku Keluargaku

Salam nuzul Al-quran.
17 ramadan. Alquran diturunkann untuk umat Islam sebagai panduan.

ok, soalan trivia, apakah peristiwa lagi yang berlaku di bulan ramadan?
...........................

hehe, alhamdulillah..ALLAH masih sayangkan hambaNYA..tak putus-putus DIA kurniakan kita pelbagai nikmat.
Hari minngu yang lepas , berkesempatan untuk berbuka puasa dengan sanak-saudara yang datang dari jauh. Jadi, tetamu perlu diutamakan. Segala aktiviti mengemas serta buat kuih diberhentikan sementara. Sibuk melayan mereka. Masak tu, masak ni,, kemas sana, kemas sini... Fuhhh, tak cukup tangan..tapi, ALLAH permudahkan urusan.

Murah rezeki berbuka puasa. Siap buat bbq dan bakar2 juga. hehe. Semangat babah belikan barang tu semua. Bak kate angah macam kenduri dah. Almaklumlah, keluarga sangat-sangat besar. hehe


em, kanak2 duduk dibawah. bentang tikau besau-besau, senang nak duduk, hehe. Orang dewasa duduk dimeja..
Yang tua dihormati , yang muda disayangi :P

 makan sampai Kenyang sangat2..sampai lupa nak makan nasi. hewhewhew

rezeki datang..lai lai lai........
tu diaaaa ole-ole dari sweden.. terima kasih kekna :) cantik... hehe


okeh, setakat tu aje celoteh minggu ramadan, hehe. saje, warming up nak tulis pasal resipi masak-masak kejap lagi. TUNGGU!

ok, bye :P

Friday, August 3, 2012

DIA dan mereka sebagai penguat semangat

Berakhir sudah penantian.
Yang dinanti-nanti telah tiba, yang telah tiba menbuatkan hati rasa sentap! Ya ALLAH !!
Apa yang aku buat sepanjang semester ni? tak fokus? fokus. Tak belajar? belajar.

banyak persoalan bermain di minda, air mata mengalir tanpa paksaan, terus menghadap Ilahi sambil bermunajat, mohon pertunjuk dimanakah salah silapnya..sujud syukur tak dilupakan.

Ya ALLAH, aku redha dengan ketentuanMU, tunjukkanlah aku ke jalan kejayaan yg diredhai, Janganlah Engkau biarkan hati ini terus rasa kecewa, sedih dan putus asa. Kuatkan hati ku untuk berjuang demi keluarga, sahabat, agama dan lain-lain...

Ye, jangan sedih. aku adaMU, Engkau sebaik2 perangcang. Setiap perkara mesti ade hikmahnya. redha redha redha. Jangan jadi hamba yang tak bersyukur. Anggaplah ini cabaran.

Bersusah-susah dahulu, bersedang2 kemudian. Hidup umpama roda, kadang2 berada diaatas, kadang2 berada dibawah.

Terima kasih buat sokongan sahabat2 yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar. Terima kasih mama dan babah kerana menerima hakikat,redha... munkin kali ini bukan rezekiku lagi, walau ku tahu, hati mereka kecewa.. INSYAALLAH anakanda berusaha lagi.. ada baki 2 tahun lagi untuk tebus segala-galanya. YUP! SEMANGAT!

pesan sahabat,

#Finaz, jangan putus asa, ALLAH nak suruh kita berusaha lagi, DIA nak suruh aku berdating lagi denganNYA selalu, lain-dari yang lain. Kuat semangat. banyakkan berdoa dibulan ramdan supaya lebih tenang. Lets open Alquran, surah an-nisa (4:32). ALLAH susun pelan yang terbaik buat diri ini.

"Dan janganlah kamu iri hati deangan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

#Dlm perjalanan menuntut ilmu tiada erti ecewa selagi pengharapan disandaran kepadaNYA, MencintaiNYA dengan sepenuh hati memberi kemanisan yang pasti. MentaatiNYA tanpa berbelah bagi beerti kejayaan gemilang yangmenanti, Jatuh bangun adat perjuangan kerana disitu terbitnya kematangan , jadilah pengurus terbaik pada diri sendiri. Yang pasti ALLAH TAALA penentu takdir. Jangan putus asaa, Teruskan perjuangan.

tangan ini laju membelek Alquran untuk memujuk hati.. Dengan Alquran hati menjadi tenang.

"sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk kami menguji siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya. ( alkahfi 18:32 )


"maka beringatlah kepadaKU, Aku pun akan beringat kepadaMU. bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)


"Wahai orang2 beriman,! mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH bersama orang2 yg sabar (2:153)


akhir kalam, semoga hati terus ikhlas untuk menuntut ilmu. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan.
semakin hari, tugas semakin berat, amanah perlu dipikul seikhlasnya. Ilmu perlu dituntut sebab dengan ilmulah kita kan menjadi harta yang bernilai. setiap perkara yg berlaku, muhasabah lah! supaya ia memberi pengajaran buat kita.

sayang anda semua sampai ke syurga , semoga ALLAH balas jasa kalian :) Tahniah buat yang berjaya .semoga kalian berjaya diakhirat juga ...WAALLAHUALAM.

Wednesday, August 1, 2012

Kueh Tiaw Kung Fu Spontan

ade lagi setengah jam nak berbuka puasa.. tapi tak masak pape lagi..biasenya memang ade satu hidangan air tangan anak dari en. abu bakar menjadi santapan keluarga. hehe.. so, KUEH TIAW KUNG FU jadi menu semalam. kira last minit buat! pertama kali cuba! try and succeess!!!!  hehe. sebab tu namekan kueh tiaw kungfu spontan :)
cara-caranya senang sahaja dan sedap .. > tema chef finaz :)



Bahan-bahan ( 5 org )

kueh tiaw - anggaran 5 org makan
Isi ayam....kalu ada udang,sotong dan daging pun boleh digunakan jugak
Sayur.seperti jagung muda,kobis bunga,lobak,tomato..
Bebola ikan dan fish cake
3 sudu tepung jagung- nak pekat tambah lagi
4 cawan air..kalu suka kuah banyak tambah la lagi
Sedikit garam dan kiub ayam knorr
Cili api ditumbuk kasar -dalam 5 biji (ikut kesukaan)
3 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji telur
Sedikit minyak

Cara-cara

1. Pecah kan telur dalam mangkuk dan masuk kan kueh tiaw-gaul sebati
2. Panaskan kuali,masuk kan kueh tiaw td dan goreng mcm telur. Angkat kueh tiaw td dan letak dlm mangkuk atau piring melengkung
3. Untuk kuah... Panaskan kuali dengan sedikit minyak.masukan bawang merah dan putih yg telah ditumbuk.masak sampai naik bau
4. Masukan ayam,udang,bebola ikan dan fish cake..masak hingga empuk
5. Masukkan air,garam dan cili api...biar mendidih seketika.kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air
6.Apabila kuah nyer agak pekat,masukkan sayur...kacau2 dan angkat dan tuang kuahnya atas kueh tiaw .

Da siap...kalu tak cukup pedas, boleh mkn dgn cili api potong



kueh tiaw ditutup oleh bebola ikan dan sayur :)
selamat mencuba :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here