Salam.
Hari ini nak cerita pasal hari rabu 17 ogos iaitu semalam. Disebabkan semalam adalah rabu tanpa kata, jadi aku cerita hari ini lah kan sebab khamis boleh tulis banyak-banyak. haha. Terlalu banyak kisah menarik semalam.
Pertamanya, semalam adalah hari lahir babahku. Wish guna mesej sahaja sebab tak sempat nak skype dengan orang jauh. Tapi takpa, ingatan yang penting. Cerita ini tak berkaitan dengan tajuk entri langsung tapi saja nak kongsi.
ok, sekarang baru nak cerita yang benar-sebenarnya. Pagi -pagi lagi mama sudah bagi tugasan harian, tapi semalam lain sikit sebab kena ambil duit dekat bank. Kira withdraw money la. Jangan rasa pelik. Memang mama selalu suruh anak ambilkan duit dia sebab mama kata "i trust my daughter" yeayyy!! dan mama saya tak suka pergi bank sesak-sesak. Nak jadikan ceritanya, mama pesan keluarkan duit RM100 sahaja, tapi anak bertuah ini dengan rasa yakin nya keluarkan duit RM1000. Yelahkan sebab masa aku dengar RM1000.. dan masa aku dengar itu aku tengah tidur. hahahahhahaa... aku amai-amai.
Bila, mama balik dari kerja dan aku pula dengan rasa yakin 101% kata tadi mama suruh keluarkan duit seribu je kan? "Astagfirullah.... mama suruh keluarkan seratus jela. Yang keluarkan duit sampai seribu buat apa bukan ada duit dalam bank banyak itu. "-kata mama (Maklumlah hujung bulan duit dah jadi sikit je ) "Eh tapi kenapa siap ada baki banyak lagi ni, kalau tak cukup mesti la tak de keluar sampai gini" kata aku.
yeayyy!! itu sebenranya duit bonus raya. yeay dah ade duit. boleh shopping raya! Alhamdulillah. Tapi duit yang semalam keluarkan semakin berkurang sebab bayar bil elektrik, air, telefon, internet yang sangat mahal. Iiissshhh..Tak reti berjimat langsung! hahhaa..
Moral of the story. Be careful with the numbers. Salah sikit akibatnya besar. (Rasanya budak akaun lagi memahami kot bila salah tekan nombor) hahaha..
4 comments:
nasib baik tak kena marah . :)
alahai. byk beza tu rm100 dgn rm1000. next time hati2 k dear. haha.
haha...buat lawak la awk nie pinaz!
bleh plak tertambah '0'.
kalau dlm akaun awk buat camtu..habes trus amount hancur...seram je~ huhu..
auni: taw xpe...nak gelak pun ada...
yaya: mula2 terkejut juga byk beza...tp nak wat gane ..bnda da jd
gadis: mama tak marah last2 guna je duit itu. ingt nak bank in balek,yela byk sgt....
Post a Comment