Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Tuesday, January 31, 2012

Realiti Kehidupan



assalammualaikum, selamat petang semua..
dah minum petang??? *hari ini athirah dan mardiah masak ape? * hehehe

wah, sekarang dunia dah maju, nak recipe best2 pun just klik aje! hehe *Sharing Great Recipes*
alhamdulillah, masing-masing mempunyai kelebihan,,jadi tak salah kongsi sama-sama kan?
dan dari finaz, nak kongsi cerita........(resipi belum lagi kot) hehehe..

Tepat jam 4 petang, bergegas ke sekolah untuk ambil "penyeri rumah" aku... *ye ye je penyeri,,,,*
cuti-cuti ni jadi driver lah gamaknya......
bila sampai di sekolah, adik aku tak kelihatan. hurm,, mane budak ni.. ishhh33..
sambil-sambil tunggutu, tengok lah gelagat budak sekolah menengah merentas desa,..
(kembali mengingat zaman aku merentas desa.....)
ada juga yang mengelat, main tipu, ikut jalan pintas padahal cikgu ade dok tengok aje..
lawak-lawak, part paling best bila diorang singgah kedai beli air,..haus ea.. isshhh budak ni.. macam-macam ragam!.... (tapi kan zaman budak-budak lah best, its FACT!, admit it)

ok, stop cerita budak merentas desa. Kemudian aku tunggu lah lagi, budak ni tak sampai-sampai lagi..
sambil-sambil aku mencari adik yang sorang ni, tiba-tiba...................
eh, kenapa orang berkumpul? rupanya, ada orang kemalangan. Takziah...
Nasib baik mangsa tu tak de pape, sume ok, ni mesti kes terbabas.. lain kali, bawa hati-hati ye....
*aku lak ngilu tengok kemalangan depan mata*

budak "penyeri rumah" tak muncul-muncul lagi.....
sebuah lori melintas depan kereta aku,..berhenti kemudian mengutip sampah yang telah dilonggokkan,
kesian aku melihat beberapa pakcik berpeluh-peluh mencari rezeki,.. demi sesuap nasi, sanggup buat apa sahaja demi rezeki yang halal. Mungkin sesetengah orang memandang rendah terhadap kerja ini, tapi ia lebih mulia dari pekerja makan rasuah,,
*semoga kita dijauhkan dari perkara itu*
so, korang belajar rajin-rajin supaya dapat membantu mereka dan bila kita jadi bos, jangan lupa pada pekerja bawahan kita, hehe...
i want to be lady boss..........











cuba renungkan, ada sesuatu yang lain disitu!
kopiah. ye, selalunya kita tengok orang pakai kopiah, pakai baju melayu, nak ke surau,..
tapi pakcik ini berlainan, walaupun dia hanya pekerja pembandaran, ia tetap dengan kopiahnya.
alhamdulillah, semoga mereka dimurahkan rezeki, tanpa mereke, bandar kita tak bersih! cayalah pakcik!!
dan benarlah, "don't jugde people by its cloth" hehe...

A046
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj 22:46


"LIFE IS LIKE DRAWING, BUT CANNOT ERASE IT"

Monday, January 30, 2012

Sebuah Pelaburan

"wahai pelajar-pelajar sekalian, saya nasihatkan belilah buku yang original.. nanti lepas habis guna letak di rak,.kalau mak mertua kamu datang rumah, sejuk hatinya,, tengok buku-buku arab ni ha.. kelasssss menantu aku(sambil berkata dalam hati)... cuba kalau kamu beli photostat, tentu tiada kulit buku, jadi tak cantik nak letak di rak,....." kata Ustaz Lokman di kuliah tashriq......

ok, masih lagi terngiang-ngiang nasihat itu,. disebabkan dah cuti semester, maka aku tengah kemaskini buku-buku yang akan dimasukkan ke sudut bacaan, cheewahhhh~ dah macam akak library lah finaz oii,..

Maka dengan itu, aku pun pujuk mama aku suruh beli rak buku baru.. huhu..
yessss berjaya~ aku memang sengaja suruh beli rak buku sebab nak buat susun buku dari tahmidi hinggalah sekarang, 
nak tengok bertapa banyaknya aku buat pelaburan untuk mendapatkan ilmu,...
bukan aku berkira beli buku ea.. TAK! sebab buku ialah sebuah pelaburan.
pelaburan untuk mendapatkan ilmu yang digunakan sampai bila-bila.. INFINITY,.
lepas dah baca buku, mestilah kena amalkan barulah pelaburan green light! hehe..
nak kan ilmu ni bukan buku imiah sahaja, mana-mana sumber pun boleh dapat ilmu.
yang penting niat kita metuntut ilmu kerana ALLAH, bukan kerana nak dapat result gempak semata.
bila kita dah pandai, kita boleh ajar orang yang memerlukan ilmu, sebar-sebarkan ia...
Jangan ingat bila gelar cikgu aje baru nak ajar orang, kita yang insan biasa pun boleh sebarkan ilmu.
Walaupun ajar sebaris ayat pun dah kira mengajar, dah dapat saham di akhirat. Senangkan nak dapat pahala.

ok lastly,
ILMU TANPA AMAL, IBARAT POKOK TAK BERBUAH..


psssssttt: Tahniah lah buat Hafiz kerana menang AJL 26. Tak sia-sia Sekretariat Rakan Muda jemput awan nano ke konsert simfoni cinta di USIM. hehe


Sunday, January 29, 2012

Pedoman

lagu ini khas buat anda!
seriusly, best lagu ini. sangat bermakna liriknya...
selamat berhujung minggu!



Lirik Lagu Pedoman – Nora & VOU (Voices of Ummi)

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Saturday, January 28, 2012

Saya mahu IM juga ^.^

alhamdulillah, dan benarlah janji ALLAH,

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)




untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menghadiri majlis walimatulurus IMAM MUDA ARAN dan pasangannya, LINDA.
Jangan tak percaya aku dapat pergi wedding artis kaww~
hahahha. macam mana boleh terjadi? Linda ini orang Merlimau ye. so, kami ni kire sekampung lah.

Bertemakan unggu pink, comel aje mereka berdua..
Kalau tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu selain ALLAH sahaja.

so, Semoga berkekalan hingga ke akhirnya,.. you all so sweet!
No picture had taken, tak sempat lah! nanti google sendiri ajelah! hehhe

psssstttt: aku mahu imam muda juga. haha. by the way, the one of the guys wearing baju melayu silver is so cute. maybe adik IM ARAN. hehe.

Friday, January 27, 2012

Sabah & New Zealand

assalammualaikum, salam 1 malaysia,.
here, its me again! hahaa..

ok, kali ini aku nak ceritakan misi dua program yang agak besar untuk tahun 2012, iaitu Program Lambaian Bayu Bawa Kami Ke Situ( Sabah) dan Lawatan Antarabangsa ke New Zealand.



Nama program: Program Lambaian Bayu Bawa kami Ke Situ (Sabah )
Tarikh: 7-11 April 2012
Tempoh: 5 Hari 4 Malam
Penganjur : Sekretariat Rakan Muda USIM, Negeri Sembilan
Bajet Keseluruhan : RM 22500 (40 orang)
Motif: Untuk membuat aktiviti amal kebajikan sekitar kawasan sabah terutamanya kampung di Ranau, menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah disamping mempromosikan USIM.



Nama program : Lawatan Antarabangsa ke New Zealand
Tarikh: dijangka pada bulan jun 2012
Tempoh: 5 Hari 4 Malam
Penganjur: Pelajar Tahun 2 Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM
Bajet Keseluruhan : RM 700 000 ++ (70 orang)
Motif: Untuk melihat sistem perbankan di NewZealand, menimba pengalaman belajar di sana yang berkaitan dengan perakaunan, melawat tempat yang menarik dan lain lain lagi.

Persoalannya disini, bagaimanakah untuk mencari dana sebanyak itu?..............

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi tajaan, memberi idea program motivasi, kerjasama program ini dengan syarikat-syarikat anda, bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan kertas kerja . Sekiranya pihak syarikat atau agensi memberi sumbangan ini bermakna anda prihatin tanggungjawab hubungan korporat.
Tolonglah sampaikan hajat kami untuk pergi ke tempat ini~ hehe....



Sesungguhnya tangan yang memberi lagi baik dari tangan yang menerima...
We need your support~

Yang paling disukai & dibenci



assalammualaikum,
apa khabar sahabat? semoga berada di bawah rahmat ALLAH
so, apa yang korang buat hari ini? jum lah kongsi! hehehe,..

aku pula hari ini tak buat pape yang berat sangat.. sekadar buat minum petang untuk keluarga,.
nampak senang kan? tapi tahu tak, kalau kita yang buat lagi sedap dari pembantu rumah yang buat,
orang kata lebih berkat kalau buat guna air tangan sendiri, sambil-sambil buat bolehlah sembuh sikit doa-doa untuk keluarga tersayang. Semoga ukhuwah keluarga semakin erat.

Berbalik kepada tajuk kita,.
apa yang paling anda suka? dan paling benci?

contoh yang pertama, KAYA! siapa nak kaya, sila angkat kening! hahaha. Memang tak dinafikan, semua orang nak kaya. Ada duit, semua boleh beli, Tapi kena juga ingat, tak semua boleh beli dengan duit, contohnya kasih sayang, cinta yang suci, ...tiada jual di pusat membeli-belah mahupun pasar malam.chewahh~
Kalau kita lihat dengan mata kepala, mesti kita tengok orang miskin ini hina kan? yelah, tak mampu pakai lawa-lawa, makan sedap-sedap...orang kata tak de kelasss! Tapi, cuba kita lihat orang miskin dengan mata hati dengan iman, orang miskin ini sebenarnya tabah. dan kebiasaannya, mereka tak kaya harta tapi kaya budi bahasa, kasih sayang, dan lain-lain lagi.
Bila seseorang berusaha untuk menjadi kaya, tapi dia tak kaya-kaya lagi. Mungkin ALLAH tak bagi dia kaya didunia, tapi di akhirat dialah paling kaya. Jangan ragu dengan ALLAH, sesungguhnya, ALLAH Maha Pemberi Rezeki. Kita sebagai hamba hanya mampu buat yang terbaik.
Kalau aku, aku mahu jadi kaya, sebab bila aku dah kaya, aku nak bawa mama dan babah aku pergi umrah dan bantu keluarga. Paling penting sekali, bila kita kaya, kita pun bayar zakat dengan banyak, secara tak langsung, kita dah bantu golongan miskin melalui pemberian zakat. INSYAALLAH.

Contoh kedua, KERETA. Siapalah tak mahu memiliki kereta, semua nak ada kereta sendiri. tapi bila menanyakan kereta idaman, confirm semua kereta luar negara, mewah, mahal. Naluri manusia, mahu memiliki yang diluar kemampuan, akhirnya kereta buatan Malaysia juga menjadi pilihan. Cubalah lihat dengan mata hati apabila memiliki kereta sederhana. Mungkin kos untuk baiki kereta murah berbanding kereta berjenama, Minyak pun jimat kos. Sesungguhnya ALLAH tahu benda yang terbaik buat kita. Yang paling penting, memiliki kenderaan adalah untuk dipermudahkan urusan bukan untuk kemegahan.
*agak-agak bilalahaku nak ade kereta sendiri? hurm...*

Contoh ketiga, PANDAI. " dia bolehlah dapat dekan, pandailah katakan.." *ayat lazim bila keputusan peperiksaan keluar* Ingat orang tak pandai tak layak ke dapat anugerah dekan? Semua orang dilahirkan pandai, antara malas atau rajin aje. Sekiranya, anda rajin usaha, sudah tentu kejayaan milik anda. Tak semestinya, orang yang selalu anugerah dekan terus dapat kerja bila dah graduate. TAK! dan belum tentu lagi semua pelajaran yang dia belajar boleh dipraktikkan bila masa kerja. Ia bergantung pada rezeki masing-masing. Jangan rasa rendah diri bila kita tak dapat keputusan cemerlang. Kita perlu yakin dan suatu hari kita juga boleh berjaya. Pandanglah dengan mata hati dan iman, mungkin kalau kita tak berjaya sekarang, kita akan lebih malas berusaha. Sesungguhnya, Allah Maha Memberi~

Contoh seterusnya, janganlah kita membenci sesuatu kerana mungkin ia baik untuk kita pada masa akan datang. Dan jangan terlalu suka dengan sesuatu, kelak kita akan membencinya. Contoh paling dekat dengan kita, bila kita membenci orang atau suka seseorang. Kalau dengan berlainan jantina pula, jangan dok membenci je, kot kot itu jodoh kita. hehehe.. Dalam Alquran pun dah cakap....

"Boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik buat kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,: ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "-surah Albaqarah, ayat 216

jadi, kesimpulannya, pandanglah sesuatu dengan mata hati dan iman, bukan dengan mata kepala dan nafsu.
Mata hati akan menunjukkan kita hikmah sebaliknya. Mata kepala hanya membuatkan kita rasa tidak bersyukur.
WAALLUALAM,.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri sendiri.
Bak kata maher zain.. I believe, do you believe? ohoooo.......

Ehem, Wajah baru?

assalammualaikum,....



eh, wajah baru? hahaha.. inilah hasil ketika cuti yang tiada kerja!
tadaaaaaaaaaaaaaaa....

blog berwajah baru sempena tahun baru.. hangat tahun baru lagi, sebab bulan januari belum habis lagi..
ok, semakin semangat untuk menulis.. menulis untuk menceritakan apa yang telah berlaku, menulis apa yang belum berlaku, dan mengharapkan sesuatu yang baik....
dan yang paling penting hikmah dari setiap yang berlaku..

aku  tak pandai untuk mengarang cerita, tapi aku suka membaca...
dan ape yang aku boleh buat, aku lihat, aku tulis.....
dan ia berlaku secara pantas...

perkongsian cerita amat penting sebab manusia melalui pengalaman yang berbeza..
"people is unique"
so, we learn together from our experience.....
ok guys,,, its zohor.... lets pray!
to be continued~

Wednesday, January 25, 2012

Mathematic is easy!

Solve the problem, 2678 x 163 + 98578.

latihan ini di jawab oleh tahun 6, namun timbul banyak persoalan untuk menyelesaikannya..

kata bakal jurutera : eh, kenapa soalan ni macam susah semacam aje. mesti ade "trick" ni.. hurm,,, macam tak patut budak darjah 6 kena jawab,..sambil dengan yakin mengajar adiknya.."ok, tambah dulu kemudian baru darab"....... same je jawapan ,, buat aje mana-mana dulu.

kata bakal akauntan: eh kenapa tambah dulu? bukan ke darab dulu? *sambil terangkat-angat kening*

kata cikgu bahasa inggeris: *hanya mampu tergelak sahaja sebab dalam bahasa inggeris tiada pengiraan* harap maklum, hanya mampu melihat sahaja.

kata pelajar spm: darab dulu, kemudian tambah.. kita kena ikut formula.. Bracket of Multiple, Dividing, Add, Subtract..

kata tuan haji : hah! baru abah ingat.. masa dulu-dulu ade belajar konsep ni.. kena selesaikan darab dulu.....

suasana hangat ,, dah macam debat piala diraja..masing-masing tak mahu kalah..
dan bakal jurutera kata lagi, "guna kalkulator same je jawapan kalo kita buat tambah dulu"
cik akauntan tak mahu mengaku kalah kerana dia di jalan yang betul. hahahhaa,,,
"memanglah calculator sentiasa betul sebab dia dah setting macam-macam formula, tekan je, terus dapat jawapan, kalau manual, kena tunjuk jalan dengan syarat ikut formula..."

dan cakap siapa yang betul sebenarnya? ... tetibe masing-masing gelak,, sebab budak yang menjawab soalan hanya mampu diam, patutnya dia lebih tahu sebab cikgu ajar dia......... "nampak pelajar sangat tak fokus! haiisshhhh..

dan jurutera itu masih dalam keadaan pelik,,
macam manalah budak umur 12tahun jawab soalan ni.. tak patut!..mood: kesian...

ala, buat apa nak pening-pening..dah tu tahap syllibus diaorang..mestilah tahap kemampuan diorang dah tinggi begitu, nama pun budak upsr... kalau tak, kerajaan tak buat begitu..
yang penting! semua orang boleh buat....

pssssttt : kesimpulannya, jangan tahu tekan kalkulator je, jalan kerja panjang kena tahu, kalau kalkulator rosak, amacam? free je salah jawab soalan senang~

Mengapa dan Tidak perlu




Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
Andai diri tak semulia Rasulullah SAW,

Tidak perlu isteri secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengaharpkan suami setampan Yusof,
seandai kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Hajar dan Sarah..


psssttt: saya mahu bakal suami ku warak dan stylo ~
*AngAn-angan aje.kerana..diriku tak tak secantik Balqis, tapi manis tu ada :)

Tuesday, January 24, 2012

Jika aku jatuh hati....

11.16 malam, Selasa.
assalammualaikum, hye geng!
ketika anda membaca post ini, hendaklah sama-sama mengangkat tangan seperti membaca doa. :)

Bismillahhirahmanirrahim,..
Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta ..benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta, ..jagalah cintaku kepadanya agar tidak melebihi cintaku epada-Mu.

Wahai Maha Penyayang
Jika aku jatuh hati..izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepada-Mu agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta-Mu.

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati.... jagalah hatiku kepadanya agar tidak berpaling selain kepada-Mu

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu ..jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku rindukan syurga-Mu.

Wahai Maha Penyayang
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di seperti malam terakhir-Mu

Wahai MahaPenyayang
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu.. jangan biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Wahai Maha Penyayang,
halalkan aku merindui kekasih-Mu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu......

psssstttt: doa ini sumber inspirasi dari majalah, niat dihati hanya sekadar pekongsian.
semoga ia membantu kita untuk mendapatkan cinta manusia dan cinta Allah,.
InsyaAllah...
cinta pertamaku dan terakhir akan ku beri kepada insan bergelar suami sahaja . hahaa. :)
so, tak kahwin lagi, tadelah cintanya sekarang.. heheh

Monday, January 23, 2012

Choco-Lat

assalammualaikum,...
kali ni nak post pasal makanan pula,..
sebelum ni pun tak pernah cerita pasal makanan kan? sebab aku kuat makan, malu nak cakap,..
keh33,,...

pertama sekali dengan perut yang lapar, terus melulu mencari makanan dalam peti ais,
tup tup jeng jeng...
woooowww heaven, coklat didepan mata...

coklat from SA.

auuummm,
eh kenapa coklat ni macam lain je,.
siap ade tulisan jawi lagi.. ohoo.. thumbs up,.
tengok dari luar macam kit kat, tapi rase macam wafer .. waa~
tersilap lah wok,,,....

nak ke? meh datang sini...
*limited edition*

psssst : ahamdulillah, selesai sudah majlis semalam, semoga berkekalan dan dirahmati~ huhu

Saturday, January 21, 2012

what's the next plan?

horreeyyyy!!!!!!!
habis exam,!!!
semester 3 menutup tirai,..
alhamdulillah...
 so what's the next plan?
*still thinking*



pastikan masa diisi dengan baik ok,
masa tak boleh diundur~

'Sabda Rasulullah SAW, 'ada dua nikmat yang kebanyakan manusian tertipu kerananya iaitu , kesihatan dan masa lapang: (Al Bukhari)

selamat beramal~
*ada satu cerita nak kongsi, tapiiiiiiiiiiii.... tunggu k~ hehehe

Tuesday, January 17, 2012

Contract of love 2012

BUZZ~
what's that? SOGA? contract act, hire purchase... etc..
ohhoooo....
actually, get impact from the commercial law studies~

ok, remember that, my exam is not finish yet! my friends and i struggled  to get A in law..
huhuhu.. can achieve that? chaiyookk! *biar mimpi sampai ke bintang*

so, as usual, got "tutorial class" before the exam, hahahhaa..
and the most important thing is note~ hoho.. colourful! kelasss kauu jahh!
 










friends, harap2 nota ini manfaat ye,, tak faham msg i ok! hahaha..
and this is only selingan yee..
.


don't blame me if u said that i'm not study law,,
see the title of the novel just now, related to the law right?
CONTRACT!!!!

CONSIDERATION,
agreement without consideration : The Rule & the exceptions
General rule: section 26 of the Contract Act 1950 provides that, as a general rule , an agreement without consideration is void.
Exception : There are 3 exception. (Section 26 of the Contract Act)
1- S.26(a) an agreement which is expressed in writing ...and is made out of love and affection between the parties who stand in near relation with each other is valid agreement even though it is not supported with consideration.
2..........................
3...................


see,,,,  can apply the law through the novel.. hahha
contract of love 2012.
and truly,..............
*lawak sengal* hok buku gini mane masuk exam finaz oiii...

stop nonsence, i want continue my studies! hahahha..
Pray for me as i pray for u dear~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here