Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Thursday, May 19, 2011

sesiapa yg menguasai palestin, dia menguasai dunia

sidang pembaca sekalian,
di sini saya sebagai penulis yang x bertauliah ingin bercerita tentang perkara terbaru yang sedang berlaku.
fenomena BUDAYA MEMBACA AMALAN KITA sangat terpengaruh dalam kalangan pelajar2 setelah habis exam ni terutamanya rakan2 saya termasuk juga saya.
kemana sahaja sudah pasti buku  yang setebal 300+++ muka surat (n***l) pasti akan dibawa kemana sahaja.
wah sangat kagum! hahahha...anjakan paradigma sungguh mengagumkan...
masa ni la kita dapat lihat pelajar khusyuk membaca buku,mereka tidak membuang masa walau sesaat pun.
wowww!! dasyat sungguh...
walaubagaimanapun bila kita sudah terlau lalu banyak tentang fiksyen yg sama...
terasa ingin berpaling arah pula ye..(bukan curang ye)
asyik2 berimiginasi konflik manusia je...
sekarang saya berada di dalam dunia perang iaitu dunia SALAHUDIN AYUBI..
hahahhahaha...jangan terkejut ye bila saya pengang buku tu..hahaha...
terima kasih kepada saudari arfa dan rakan2 nya kerana mengesyorkan utk membaca buku ini...
saya akan mendalami dunia perang sejarah ISLAM... TAKBIRR!!!!!


sedikit sinopsis buku ini,...


Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193)  adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”
Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.
Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.
Benarlah kata-kata POLITIK itu tidak mengenal kawan ataupun lawan. Ini berlaku apabila politik adu-domba, fitnah-menfitnah amat berleluasa ketika itu hanya semata-mata untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa lebih lebih lagi ianya melibatkan puak-puak seperti syiah dan ahli sunnah walaupun satu agama iaini Islam.
Satu peristiwa yang boleh dijadikan iktibar ialah ketika berlakunya peperangan antara Sultan Nurudin dengan Salahudin (Yang boleh dikatakan Mentor kepada Salahudin). Semuanya bermula dari fitnah yang ditaburkan oleh Basir (Ketua Puak Syiah) yang cuba menanam perasaan syak wasangka kepada Sultan Nurudin kepada Salahudin.
Begitulah juga dengan kisah bagaimana seteru politik atau musuh perang Salahudin iaitu Raja Reymond, juga pernah berdamping bersama malah bersekutu dengan pihak Islam ketika berperang menghadapi tentera salib. Di dalam Politik, kroni & proksi sudah semestinya wujud dan begitulah dengan kisah Salahudin.
Kebanyakan jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan telah diserahkan kepada adinda-adindanya(Saiful Islam sebagai Pemerintah Mesir, Syam, Aleppo dan Damsyik), sahabatnya (Bahaudin Garagusy sebagai Penasihat Kerajaan), anaknya (Maliku Afdhal sebagai Ketua Panglima Perang) dan ramai lagi. Semuanya adalah kerana dalam POLITIK segala-galanya boleh berlaku bukan hanya dari musuh politik yang jelas dan nyata malah dari musuh dalam selimut sekalipun.
Apa-apapun, kisah Salahudin ini sememangnya amat menarik untuk dihadam dan dijadikan iktibar serta pengajaran baik dari sisi agama, kemanusiaan dan juga POLITIK. 

semoga anda2 juga akan berminat sama untuk membaca buku ini
(promote skit) hahaha...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here