Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Friday, May 20, 2011

Sharing is caring



Tangan yang memberi lagi elok dari tangan yang meminta- kata pujangga arab,


"Dari Anas, dalam satu riwayat hadis yang cukup panjang, yang bertaraf Marfu', dalam ucapan Rasulullah kepada Aisyah, 'wahai Aisyah, janganlah engkau mengusir orang miskin walaupun hanya dengan memberikan sebelah kurma. Wahai Aisyah, kasihanilah orang-orang miskin dan dekatilah mereka supaya Allah SWT  dekat kepadamu pada hari kiamat " (HR TARMIZI)

REZEKI ini hak ALLAH. bila-bila masa sahaja Dia akan ambil jika Dia mahu.
rezeki yang kita dapat juga bukanlah hak mutlak seseorang, ada hak orang lain di dalamnya,
Kalau ada orang miskin datang meminta sedekah janganlah dihampakan tetapi hendaklah diberikan walaupun sedikit. Rasulullah menyuruh kita supaya berkawan dan juga dekat dengan orang-orang miskin supaya Allah dekat dengan kita pada hari kiamat kelak.















Tugas kita sebagai pelajar, merangkap sebagai sahabat,hendaklah mengambil berat tentang rakan2 kita yang kurang berkemampuan. selagi boleh tolong, kita tolong lah.
apa salahnya sekiranya kita kongsi sedikit makanan kita.
kongsi rezeki ALLAH dengan mereka. INSYAALLAH rezeki kita pun akan bertambah.
nak bersedekah ni bukan dengan mata wang semata. menyampaikan ilmu pun dikira sedekah.
waallahualam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here