Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Tuesday, July 31, 2012

Cantik Bila Bertudung

Salam ramadan, salam 1 ummah!
Alhamdulillah berkat di bulan ramadan ini, ramai yang telah berhijrah untuk lebih baik. Back to basic, Islam itu indah. Setiap hukum di laksanakan, mesti ade sebab yang tertentu.
Antaranya ialah memakai tudung, iaitu menutup rambut kita untuk bukan ajnabi.
 Kalau kita menutup rambut kita, rambut kita terhindar dari habuk2 bertebangan, dilindungi dari sinaran matahari yang sangat terik, tak payah nak sikat rambut sangat. (haha). dan banyak lagi...

Bukan susah pun nak pakai tudung, zaman sekarang dah macam2 fesyen tudung, pilih, beli, dan pakai,,, senang kan?

tudung yang ade awning > sarung aje kot..
tudung syria > pilih anak tudung dan ibu tudung, nak selamat pilih hitam boleh digayakan dengan semua baju.. haha
selendang > belit2 aje ikut suka..
tudung bawal > dulu, kini, dan selamanya..sentiasa cantik

Bila kita pakai tudung, orang akan lebih hormatkan kita, takde lah dia nak sesuka hati nak pegang kita, betul tak kaum muslimah? hehe..
Trust me, bila kita menutup aurat kerana ALLAH, ALLAH akan pelihara kita, lindungi kita. bestnyaa...

Kalau kita buat kebaikan, semua orang juga akan mendoakan kebaikan..sama2 dapat pahala. Bila orang tak pakai tudung memang cantik, kalau pakai tudung, lagi lagi lagi lagi cantik, manis, sopan... hehhe

tak percaya, tengok nih.. hehe

my sis :)

me :)

selendang's lover
bawal's lover
syria's lover
#sorry curik gambo korg. hehe


dan bila kita bertudung, siapa kata tak boleh bersukan, atau menyertai sukan lasak!. itu AUTA! tak percaya? tengok ni...


ni ekspedisi yang paling osemmm, nak tahu ape kami buat time nii, klik sini.



aktiviti paling jauh yang aku pergi. hehe. DEJAVU DI KINABALU. klik sini.




tak kisah la buat aktiviti ape, yang penting jaga batas kita sebagai muslimah. hehe.
Bila kita jage hak kita dengan ALLAH, InsyaALLAH ALLAH jage kita. AMIN AMIN.
semoga ALLAH redha.
berubahlah untuk kebaikan sebelum ajal bertemu kita :)

Aurat exclusive untuk yang halal sahaja, begitu juga cinta high class. ceh ceh ceh. hahaha

#alhamdulillah, artis pun dah ramai berhijrah.. back to basic. kembali kepada jalanNYA... kan lagi manis bertudung dan menjadi idola kepada masyarakat

Cantik kan bila bertudung. :) Islam itu Indah

Monday, July 30, 2012

Nasi AyaMadu Degree

assalammualaikum..
alhamdulillah,,hari ke 10 ramadan baru ade kesempatan nak tulis kat blog..
seperti biasa 'sharing is caring'...

kali ni nak kongsi menu: NASI AYAMADU DEGREE..
tajuk nampak pelik kan?
hahaha. yelah, selalunya kita dengar ayam pencen aje kan.. kali ni, org yang masak sedang amek ijazah..
jadi, timbullah ilham NASI AYAMADU DEGREE..hahaha.

resipi ni dah banyak kali buat, alhamdulillah keluarga suka..
ape kate korang cuba, mesti bangga dah pandai masak nasi ayam punyeeee...
tema masakan masih sama,,.. SENANG DAN SEDAP :) >tema chef finaz ..muahaha

bahan-bahan:

(untuk rebusan)
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih
2cm halia yg diketuk/tumbuk

(untuk perap ayam)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
madu sedikit. -nak manis letak banyak

(untuk nasi)
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
air rebusan ayam tadi-sukatan ikut cara anda ntok 5 cawan nasi tuh
sedikit garam

(bahan sos)
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

(sup)
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup / sos stok nasi ayam
garam
daun bawang yg dihiris

CARA-CARA:
1. Ayam dipotong iut suka (xpotong pun boleh) bersihkan dan lumur dengan 2 ulas bwg putih yg ditumbuk, 2cm halia yg diketuk dan rebus hingga empuk, letak garam sedikit.

2. toskan ayam dan perap dengan bahan2 utuk perap 15-20 min. Goreng biasa, xgaring pun takpe sebab ayam dah masak time rebus tadi.

3. basuh beras dan toskan. panaskan butter, tumis halia, dan bawang putih hingga garing. masukkan beras , terbit bau. masukkan nasi tadi dalam rice cooker dengan air rebusan ayam secukupnya dan garam. nak lagi best letak sos stok ayam

4. untuk sos, blendkan semua bahan. boleh tambah sos/tomato jika suka. boleh masak kalau suka

5. untuk sup -air rebusan ayam diidhkan bersama bawang besar , rempah sup, garam dan daun sup.

siappppp!
#nak lagi best, hidang nasi ayam dengan tomato, salad.. sedap dan sihat :)
selamat mencuba....

sekadar hiasan.. chef finaz punya xsempat ambil gambo.. dengar azan terus makan :)

Friday, July 27, 2012

Topup 100

Bertemu lagi dalam segmen cerita terbaru dari aku. hehe
okeh, straight to the point...

24 julai yang lepas......


Alhamdulillah, syukur, syukur! murah rezeki lagi.
serius, rasa macam rezeki bulan ramadhan pulak hee..

padaa asalnya, aku memang selalu tolong tengokkan nenek aku dan buatlah apa yang patut kat rumah tu,
nak dijadikan cerita, nenek aku sakit tangan yang amat sangat, maka pergilah nenek dan aku ke hospital dengan menaiki ambulans.. woooowww.. pertama kali naik ambulans, ..
rase macam vvviiippp sebab orang semua bagi laluan dan van ni langgar aje lampu isyarat sebab hal kecemasan.... neno neno neno.........
tapi takdelah kecemasan sangat, nenek aku okeh je.. just tangan bisa sikit tapi dia sedar lah. hehe

hurm, tunggu giliran punyalah berjam, jumpa doktor 10 minit je...adatlah kan.. kesabaran dibulan puasa :)
alhamdulillah, nenek takde ape-ape. dan dia mengalami syndrome dimana tulang nak bertukar bila umur dah meningkat ke warga emas, jadi dia tengah mengalami proses pertukaran tulang .. hehehe

tiba-tiba.....
makcik aku hulur topup untuk senang call... Alhamdulillah.. berkat jaga nenek ade orang tolong topup kan....
hehehhe, tapi...... bukan topup rm 10, atau rm 30.. tapi rm 100.. woowww

betul kah apa yang aku dapat ni.. *jakun sebentar *
bila semak baki anda ialah rm106.37... yehaaa.. first time, baki ade 3digit nombor..
rupanya, makcik aku bagi topup rm10 jeh, tapi orang tu bagi seratus..mungkin same2 xperasan.. hehe

dan rezekinya aku dapat... hehehe. betul lah orang kate, kalau kita redha, ikhlas buat sesuatu, INSYAALLAH  ALLAH akan balas dengan rezeki yang kita tak disangka-sangka...

mungkin rezeki buat aku, tapi kesilapan buat orang dikaunter tu...
kesimpulannya, berhati2 bila tekan nombor, terutamanya bila kat mesin atm.. bahaya wooo bila terlebih tekan nombor...

#rasa takut pulak bila jadi macam ni salah tekan nombor.., terasa sifat teliti dan berhati2 itu sangat penting dalam apa setiap keadaan ,almaklumlah dah sebati dengan nombor ni. hehe..:)

bayangkan dapat kad top up ni 10 keping :)


Mee Ladna Sempoi

Assalammualaikum Sahabat yang solehah Dan soleh. Hehehe
Okeh, Hari ni hambo nak kongsi resipi yang Senang Dan sedap, INsyaAllah ...

 Jadi, nak taw ape ? .....
 Eh dah taw ke? .... Alaaaa.... Ni mesti curi2 tengok tajuk ye....
tadaaaaa ...tak susah pun buat, senang je. orang tak pro masak macam aku pun boleh masak .. weee... hehehe

 Mee Ladna sempoi ;)


Bahan-bahan ( 6 orang )

sebungkus mee
1 camca besar lada hitam / 5 biji kecil cili padi
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
6 sudu besar sos tiram
semangkuk kecil ayam/daging dihiris kecil-kecil
sawi,taugeh,bebola ikan

Cara-cara

tumiskan bawang putih sehingga garing masukkan ayam/daging kacau hingga empuk
masukkan lada hitam/ cili padi dan air mengikut kesukaan
masukkan mee,sawi,tauge dan bebola ikan masak hingga empuk
masukkan garam dan perasa makanan sesedap rasa

# kalau tak nak bagi mee kembang sangat, panaskan kuah baru letak mee, then makan :)
tapi aku lebih suka cara yang terakhir ini. hehe

siapppp :)


inilah hasilnya.. hehe juadah berbuka puasa,, selama mencuba :)

Thursday, July 26, 2012

Cucur Udang Montel Ramadan

assalammualaikum..
hye teman2..sihat? ramadhan macam mana?
kat sini terlalu banyak untuk di kongsi... tapi masa tak mengizin untuk menulis..ceh ceh ceh..

dan sekarang tepat jam 00.55 a.m
nak kongsi ape juadah semalam .. mudah dan senang untuk dibuat..

juadah ini diberi nama: CUCUR UDANG MONTEL RAMADAN.
sebab, ni juadah yang aku buat sendiri. sorang-sorang okeh. hehe
air tangan syafinaz lah katekan .. lalalalalal

okeh, inilah resipi nya...

Bahan-bahan :)

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh yis (mauripan)
1 biji bawang besar- potong dadu
daun saderi / daun bawang / daun kucai -ikut suka
taugeh -jika perlu
kunyit- nak bagi warna kuning
minyak
udang- ikut bilangan yang buat
garam secukup rasa :)

Cara-caranya:

1. Campur kesemua bahan kecuali minyak.
2. perap hingga adunan naik 1/2 jam
3. panaskan minyakdalam kuali. (minyak kena lebih ya)
4. Letakkan senduk bulat dalam minyak hingga minyak dan senduk panas
5. Ceduk sedikit adunan cucur ke dalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sikit. (udang mesti kering supaya tak meletup2)
6. Goyang2 sikit senduk supaya ia boleh lekang dari senduk..
....................
.............................

ni bukan aku buat, tapi lebih kurang lah :) heheh



SIAP !!!!!!
selamat mencuba :) Confirm korang punya cucur udang montel-montel. hehe

mesti nak cicah kuaH kan? so buat lah,, senang juga :)

Kuah Cucur udang 

Bahan-bahan...
3 sudu cili boh fresh(kisar sendiri)
4 sudu sos cili
1 biji tomato
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
air masak secukupnya..biasanya 1 cawan

cara-caranya...

1.masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga hancur
2.masukan dalam periuk dan masak hingga mendidih
*adjust rasa ikut kesukaan anda. kalau nak pedas tambah cili boh, nak pekat tambah sos dan sebagainya


#nantikan episod samosa dejavu pulak okeh :) special receipe from my bro. rase tergugat bila lelaki pandai buat, tapi perempuan pandai makan je. heheh.

#jangan lupa bangun sahur ye kawan2..... sunnah nabi, dapat pahala :) :) :)

Monday, July 23, 2012

Dua Pelaburan

Assalammualaikum. salam ramadhan. :)

setelah dua hari berpuasa, so ape perasaan? best kan dalam bulan ramadhan.. tenang..  kekalkan momentum anda untuk beridabah. huhu

"kak, lagi berapa rakaat?"

"ni rakaat last kan?"

"siapa jadi imam tuh?"

....................................................
*dialog yang paling popular bila kita pergi menunaikan solat terawikh...ape lagi, cepat tekan like kalau setuju* hehe

okeh okeh okeh... sekarang bulan ramadhan kan? kan?
refresh lagi, ape kebaikan bulan ramadhan ni ea?
jadi.. jum tinjau....



dan. apa yang perlu kita buat? jum buat checklist :)



haaaaaaa! ade berapa tick? banyak tak? kalau banyak, alhamdulillah, semoga istiqamah beribadah...
kalau tak cukup lagi, jum kita buat/ doublekan amalan.. > peringatan untuk diri sendiri..
belum tentu lagi kita akan merasai bulan ramadhan tahun depan, jadinya kita kenalah hargai ramadhan yang ade sekarang.. rebutlah ia, online dengan Allah.. banyak buat kebaikan...

sebab... ini adalah satu PELABURAN diakhirat.. supaya boleh masuk syurga. AMIN AMIN AMIN.

pelaburan yang kedua ape pulak? jeng jeng jeng.....pada asalnya, hanyalah sebuah gurauan antara mama dan aku....

Finaz: mama, bestnya kalau dapat buat resipi baru raya tahun ni..agak2 bila nak belikan oven baru, semangat nak buat kuih raya ni..hehe
Mama: ehh.. kan ade oven lame..
Finaz: Alaaaaa.. yang tu oven kek.. muat untuk kek je.. kalau nak buat cookies,, susah la.. berejam nak tggu habis bakau.. huhu
Mama: okeh, nanti kita pergi beli dekat courts mammoth~
Finaz: yeayyyy
(perbualan ini hanyalah gurauan semata, sebab dah takde topic nak bual)

tup tup tup....

hah! "pilih lah nak oven yang mane..." ohoooo, hatiku berbunga riang... mamaku sporting! i love u lah!
okeh, bajet macam nak beli oven biase2 je..ala, bukan nak buka gerai kuih pun... tapi, mama siap beli yang macam2 boleh buat,, nak bakar ayam golek pun boleh! yeayyyy!

so, ini adalah PELABURAN untuk kita belajar macam mana nak bagi masakan air tangan sendiri umphhhh!pastu kita bagi makan family kita kenyang2.sambil2 masak>selawat, niat supaya bagi tenaga kat keluarga untuk beribadah, penguat kasih sayang...... perut kenyang, hati riang ! lalallala

itu saja nak cerita. hehe

psssstt:
*part paling best > lagu raya dah kedengara di courts mammoth, baru puasa 2 hari je kot*
sesiapa nak bagi idea kuih raya ape yg best, boleh mesej okeh :) saya budak baru belajar.....
pastikan senang dibuat ye...



Thursday, July 19, 2012

Ronda-Ronda KL

seperti yang dijanjikan...
erm, kan post SIFE tak habis lagi kan, jadi nak sambung la ni. hehhe.

okeh, dihari pertama sibuk dengan flash mob...pastu mestilah penatkan..huhu

okeh sife usim di situ :)

ni lah team flash mob usim hahaha..
the next day focus on the presentation day! usim vs 3 others universities ...
unfortunately, sife usim is very kind... give another universities continue to semi-finals :).. by the way, u all are doing a great job but there is no rezeki..so, redha okeh! next year, try and succeess! hahaha


before balik tu sempat2 lah menyonteng2 kat papan yg telah disediakan ...


and the best part are.............. tadaaaa..
*jalan2 +bergambar mcm tak pernah pergi KL* HAHA

RONDA-RONDA KL :)

bas baru.. baru guna seminggu, bau kedai lagi. hehe

tempat melepak bila bosannnn

tu diaaaa,, menara kebanggaan malaysia


mesti kelab taha bangge kan? haha

a thorn among the roses

cik herbalife kita :P

sisters yang sporting !
okeh sekian sahaja, seminggu bersama SIFE.. haha.
ramadhan dah hampir, ape persiapan anda? huhu

.........................................................

Wednesday, July 18, 2012

SIFE, Bridge To A Better Life !

assalammulaikum, sanak saudara bloggers!
hye u! since i did not updated my blog for a week, how's your life getting on?
*berhabuk nak cakap bi sebab pergi program SIFE lah katekan,,* haha, bajet je!


Bridge to a better life



so, apa tugas saya? supporter team SIFE USIM je.. haha.
but ade la juga masuk flash mob SIFE, best wooo.. hehe. macam senamrobik la.. sihat tubuh badan :)
(tadelah keluar peluh sangat sebab berlatih dalam bilik air-cond) hahaha

macam biase, snap2 pic sekadar perkongsian :P
A little bit bored after flash mob, so, we are snapping picture again and again. hahaha. ade aku kisah?


ni aje supporter :)

gugurls sekalian


flash mob time!!

team usim, so sopan,,xde nak jerit2 sgt cheers ni.low profile :P


kami semangat USIM

mane yg laen ?:P

tetibe ade  jai ho!!
wat kenangan :) tag kehadiran. haha

ape sudah terjadi? apekah?


Yg tengah tu coreographer flsh mobe kami. haha

sife champion >; UMS

before presentation


sife usim


banyak sangat gambar., later saya upload!
*nak siapkan report yg tertangguh ni dulu. huhu*
kbye

Tuesday, July 10, 2012

Perfume

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Setuju?

so, nak share something...
bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, ALLAH akan balas dengan rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Buat baik dengan manusia, Tak perlulah mengharapkan balasan.. sedangkan ALLAH bagi kita kebaikan pun , Dia tak mengharapkan balasan. Cukuplah dengan mengingatiNYA. :)

kita dapat hadiah dari England.
thank you kak fila :)


selalunya kalau pergi rumah orang kahwin, for sure dapat "berkat" kan? erm,, kali ni, makcik aku buat lain dari yang lain sket.. orang bagi goodies bag, chocolate, etc

but, aku dapat yang ni ,


ok, dah nampak dah kegunaan senduk ini.> masak maggie :)

okbai. nak g jalan ..allala

Sunday, July 8, 2012

The Wedding of Mine?


seindah mawar berduri ^.^

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.


Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga..... majlis berjalan dengan lancar :) Terima kasih kepada sudi yang datang.
*hehehe..macam aku plak yang kahwin lah kan*
sebenarnya sepupu yang kahwin.. aku hanya menyibukkan diri sahaja, hahaha
almaklumlah dah takde kerja tetap, cuti-cuti ni, pi lah tolong mak saudara,,tak dapat upah kat dunia, InsyaALLAH dapat balasan diakhirat. AMIN :)
Yelah, kita kan selalu dengar,.sekiranya kita mempermudahkan urusan orang, ALLAH akan mempermudahkan urusan kita. Jadinya, ringan-ringan kan tulang untuk membantu okeh !

Hari ini, waktu ini, jam ini, saat ini.. aku nak cerita yang sebanyak mungkin..ceh ceh ceh..tentang majlis yang penuh istiadat, tak semua orang dapat rasainya.. biasenya, orang kahwin tentera/polis/askar diraikan sebegitu.. so, sepupu aku ni tentera..kapten firdaus dengan pasangannya khairatun aisyah :)

Dimulakan dengan perarakan berpedang..



erm,kalau nak tahu, istiadat berperang ni ikut pangkat,.
lagi tinggi pangkat, lagi banyak orang bawa pedang. disebabkan pengantin ni kapten, so ade 4 orang kiri dan kanan. *aku pun baru tahu* hehe

kemudian, ade persembahan ghazal, tarian zapin.. tema majlis hijau putih, go go green beb.. menu: masakan kampung :), persembahan: nyanyian gazhal dan tarian zapin. hehe

tabik hormat

teruja tengok abang2 pedang ni berdiri tegak je bila time bersanding

makan beradab
bila potong kek pun diiringi taw, potong gune pedang.. agak teruja juga.. sekian lama tak tengok perkahwinan macam ni secara live. hehe.

ok, candid time.. my family gila2 bergambar sket. take noted!.

me with pengantins. amek berkat :)

half of my family

hehe :)

with my syukrina :)

aliff berdansa di atas pentas, so cute :)

 dialog wajib bila pergi majlis kahwin..."lepas ni finaz pulak kahwin,mesti meriah kan.." AMIN...(mama yang tolong jawabkan)
waaaaa..tapi cover la sket.." eh, tak habis belajar, tak fikir kahwin lagi" kuikuikui
mak sedara siap lagi kenen kan aku dengan abang pedang2 kat situ.. haisshhhh! tak menahan!

dan the part paling best, suddenly, my mum tanya, dah ade calon ke? speechless, tak tahu nak jwb ape* mama tolong carikan okeh :)

waiting for my mr right ^.^
okeh, sekian sahaja cerita untuk aktiviti minggu ini, lenguh dah edit2 gambar, perah otak cari idea nak tulis dalam blog..hahha, mata pun dah kuyu sampai dah letak pencil nk kasi celik mata..*menipu aje lebih*

lastly, from me..


"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"

p/s: berusaha untuk menjadi lebih baik, supaya dapat jodoh yang lebih lebih lebih baik supaya dapat pimpin kita kejalan yang di REDHAI ALLAH :) amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here