Followers

Sharing is Caring.....

"Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan"
Hidup dan Matiku Hanya KeranaMU. Tunjukkanlah aku ke jalan syurgaMU

Sunday, December 30, 2012

Berakhirnya 2012, Datangnya 2013

Asslammualaikum.

2012 menutup tirai. Suka? Duka? Pasti ada. PASTI!
menangis kegembiraan, menangis mengenangkan dosa-dosa silam, menangis kesedihan.
jatuhlah wahai air mata....
biarkan ia pergi......

YA, aku perlu tabah! ini adalah sebuah kehidupan. Penuh dengan dugaan dan cabaran, hatta inginkan benda yang kecil pun di duga. Dugaan tanda ALLAH sayang kita.

Apa perubahan anda lakukan? saya? Hanya saya dengan ALLAH sahaja tahu.
Mungkin perubahan ini tidaklah besar, tapi moga istiqamah. sekurang-kurangnya saya ade usaha untuk kearah kebaikkan.

Bukan kah kembali kepada ALLAH itu lebih baik? Bergantung pada ALLAH itu lebih baik, lebih tenang. ALLAH MAHA BESAR.

Alhamdulillah, syukur dengan rezekiMU Ya ALLAH. saya masih lagi bernyawa sehingga hari ini.
Alhamdulillah, syukur dengan dugaan yang ALLAH bagi. itu semua akan mematangkan kita.
Alhamdulillah, syukur dikelilingi dengan sahabat, keluarga, saudara mara yang tak henti menyokong diri ini, membantu saya ketika susah,.. Jasa kalian moga ALLAH balaskan dengan syurga. AMIN.

2013...
Moga tahun itu lebih baik dari sebelumnya. Andai saya "pergi" pada ketika itu. Ampunkanlah saya YA ALLAH. Sungguh saya sangat banyak dosa padaMU. Ampunkanlah saya duhai sahabat. Maaf jika saya tidak menjadi sahabat yang baik kepada kalian.
Untuk mama dan babah, terima kasih berjuta2 yang tak terhingga.... terlalu banyak untuk dikatakan, tapi biarlah saya sampaikan melalui doa.

Sungguh, MATI itu paling hampir dengan kita. Cuma kita tak tahu bila. Persiapan perlu dibuat utk hadapi hari akhirat. Saya tak nak mati tanpa ada bekalan dari dunia.. Tengok orang kiri kanan penuh dengan cahaya,, tapi kita? Nauzubillah. *tears*

Akhir kata, Ingatlah ALLAH. Hatta ak buat jahat, tapi bila ingat ALLAH, kita akan buat baik. Kita dapat pahala.SubhaALLAH.



Turn on Mode exam!

Assalammualaikum.

Terlalu sibuk dengan hal dunia,.. mudah-mudahan hal akhirat tidak diabaikan.
Terlalu banyak untuk diceritakan tapi biarlah rahsia.

Sometimes silent can "kill" person. -said someone

14 minggu berlalu sudah..
ilmu yang diterima bakal diuji di medan peperiksaan.



Tiada kejayaan tanpa usaha.
Tak boleh tawakal tanpa usaha.

Jadi, usaha lah walaupun hingga saat2 melangah ke dewan peperiksaan.
Nothing is impossible BIIZNILLAH

Akhir kata,

untuk pejuang2 peperiksaan,
selamat berperang di medan peperiksaan.
Doa senjata kita. jawapan sebagai peluru kita. Pastikan tembak kena sasaran!
Yakin! ANDA BOLEH MENANG!





Tuesday, November 13, 2012

Kepulangan Yang Di Nanti

Assalammualaikum,.....

Tarikh Penting : 
25 September 2012 .....
Keberangkatan ayahanda dan bonda ke tanah suci menjadi tetamu ALLAH selama 49 hari

12 November 2012....
Kepulangan  Haji Abu Bakar & Haji Mohd Syukri dan Hajah Norlinda  .

Alhamdulillah, mereka selamat tiba kepangkuan keluarga.
Terlalu banyak yang nak dicerita, air mata tak henti2 mengalir sedang dia berbicara...- Mama

Anak beranak pun nangis juga... sedeh sangat..
dan part yang paling aku nangis, bila mama kata terpandang muka aku masa mama tawaf keliling kaabah. Macam aku tawaf juga....
ALLAHHU RABBI..
Mungkin itu petanda aku akan sampai ke sana juga suatu hari  nanti. InsyaALLAH.

Tapi serius nak pergi sana. 5rius..10rius... itu tempat yang paling aku nak sangat pergi...
Moga impian menjadi kenyataan..

Kenangan tidak boleh dilupa buat hajah dan haji.. 49 hari menjadi tetamu ALLAH
Pengalaman yang tak boleh lupa buat sang bakal hajah juga.
Pengalaman semasa "ketiadaan" mereka membuatkan aku lebih matang...

my happy family

bakal hajah suatu hari nanti :)
 Sekian, 
coretan hati dari insan yang "tinggi" orangnya dan "tinggi" harapannya untuk jejak ke tanah suci.

Friday, November 2, 2012

Janji dengan saya taw!

Kita buat perjanjian nak tak? hehe
macam lawak pulak,, macam kecik-kecik dulu.. janji guna jari kelingking.. haha...
.....ohooo rindu zaman kanak-kanak dulu...
main masak-masak dengan sepupu.. lepas itu, pergi kedai beli minyak tanah supaya boleh main api taw. yelah kan. main masak-masak kena lah ade api... real punya.. huhu...

.....................abaikan... nanti kita sambung ek..............



ok, ape yang cuba untuk sampaikan? PERJANJIAN antara saya dan awak
saya berjanji cinta pertama saya untuk suami saya..INSYAALLAH..
jadi, cinta pertama awak mesti untuk saya juga kan? baru adil...

Kalau saya berusaha untuk menjadi lebih baik dan berilmu dunia akhirat...
awak pun mestilah berusaha untuk menjadi lebih lebih lebih  baik dari saya supaya awak boleh bimbing saya.
so sweeett....

saya percaya, perempuan ynag baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
tak salah kan kita berjanji sebelum kita bertemu dengan cara yang halal :)
ewah ewah finaz.....

ok, semoga ia menjadi kenyataan.. okeh.. dah mula mimpi yang sampai melebihi ke bintang sudah...

cuti semester dah habis,...
lepas ni banyak perlu di beri perhatian...
assignment, quiz, presentation, LA, SRM,...
kutiplah sebanyak ilmu yang mungkin kerana tapak kaki hanya menuju kehadapan sahaja...
kita tidak undur kebelakang.. masa pun tak boleh diundur..

semoga kita tabah menghadapi hari akan datang..
kalau jodoh itu rahsia ALLAH, masa hadapan pun rahsia ALLAH.

Monday, October 29, 2012

Biar Angan Sampai Ke Bintang

Assalammualaikum
hye readers! how are you? khaifahaluki/a? Sihat tak?
hehehe..
rajin update blog nampak? ehemmmm. its semester break yawww~
so, i have a little bit of times to "melagho" huhu

tapi ini melagho ade hikmah taw u olss,
try guess...

mane boleh bagi tahu dulu,, ini dalam perancangan..
korang doakan berjaya taw!
ini angan-angan sampai ke bintang punya...

...................
............................

#semoga usaha ini menjadi saham kita di akhirat kelak. AMIN.
#semoga dapat mengembara di seluruh dunia. Menjejaki ke luar negara ialah impian saya! nak juga main salji u ollsss...
#semoga kita terus berbakti untuk orang yang memerlukan. Kalau kita rasa kita tak sempurna, tapi ade orang lagi lagi lagi yang tak sempurna hidupnya. So, BERSYUKUR dengan ape yang ade okeh...

theme: sharing our happiness~

Friday, October 26, 2012

Aidiladha

Lembu nangis xhenti2,
Kambing pulak sorok diri,
Unta boleh buat2 mati,
Ayam pura2 kene denggi,
Kambing duk sibuk gosik gigi
  Apahal binatang ni semua?????

Patut la jumaat ni dah Raya Haji
~Selamat Hari Raya Aidiladha~

# tahun ni tak masak pape kecuali ketupat segera nona. Hehe. Saudara mara datang melawat bawa lauk sendiri. Mereka sangat memahami kami yang ketandusan makanan rendang bagai ni...

#terlalu banyak aku lalui sepanjang mama dn babah takde kat sini. Ini semua akan mematangkan aku! Mungkin ini pengorbanan aku utk keluarga ku sendiri. MasyaAllah..seiring dengan hari raya aidiladha. Pengorbanan~

#seorang insan yang tidak mempunyai dosa..tapi diuji dengan kesakitan. Mukanya sangat tenang utk hadapi sakit itu. Tak menangis. Mungkin Allah nak uji ahli keluarganya. Mungkin selama ini takde orang hiraukan dia. Allah beri penyakit supaya dia sentiasa dijaga rapi dan diberi kasih sayang. Allahuakbar,sesuatu kejadian mempunyai hikmahnya.

Allah berikanlah kami kekuatan!

Special from me,

#baju jubah haji tahun lepas yg xpernah pakai.hehe. Tak sangka dah setahun dah. Huhu


Tuesday, October 16, 2012

Prank

Salam.
hye guys!
Long time no see, long time no news...
huhuhu.. as usual, its very busy being a student in university.
If last semester everyday have tutorial and lecture, so to finish our tutorial, we have a lot of time..
but now, the time has change. For my class,tutorial session compress into 2 days only which are Monday and Tuesday.

rushing...... alalalalalala sacrifice my weekend to do the assignment, homework.....
stress? of course! for me, after Tuesday's night, i'm free....
take a depth breath.. Wednesday is a holiday for my tmb2 class. hoorreeyyy~

so, whats the relationship between prank and stress?
hahhahhaha
Actually, my housemate birthday, so my friends and i want to make some surprise for her.
.......

to be continue......

Wednesday, October 3, 2012

Sekadar cakap dalam hati...

Assalammualaikum.

Rindu.
Rindu nak borak dengan babah dan mama.

semalam,
tengok tv alhijrah, kebetulan ada siaran langsung tengok masjidil haram dari mekah.
KAABAH~
Sayu je hati tengok kaabah..
terus teringat kat mama babah.....................

sekadar cakap dalam hati jee...
Apa khabar mereka di sana?
Agak2 tengah buat ape?

lepas tu teringat perbualan bila suh mama belikan jubah manik-manik kat sane.hehe
suka sangat kan nak kirim jubah, wewewew..

10 minit kemudian, dapat mesej dari babah dari madinah.
SubhanaALLAH, macam tahu2 je tengah cakap pasal mereka.
Mungkin ALLAH sampaikan luahan hati ni terus sampai ke mama dan babah.
lepas tu, mama siap tanya nak kirim ape? wuwuuww
sebebnarnya nak suh beli jubah, tapi tak sampai hati nak susahkan mereka... xpela, ade rezeki dapatlah.. wuwuwu.yang penting, FOKUS IBADAT ok :)

Dulu,
tengok tv alhijrah juga, ade video irfan makki lagu I'M WAITING FOR YOUR CALL...
sambil2 layan, teringat kat mereka juga,, tup tup dapat mesej dari mereka juga..
terharu.. instinct kan. huhuhu

3hb oktober mereka berangkat ke Mekah untul buat umrah
semoga dipermudahkan ibadah mereka disana.
awak awak seklaian, doakan mama babah kita sihat tubuh badan dan dapan haji yang mabrur ok.
terima kasih semua.



P/s: minggu ni kena balik nak tengok adik2, especially along.. wuwuuww. doakan urusan saya dipermudahkan :)

Tuesday, September 25, 2012

Tanggungjawab

"kita sebagai manusia ni tak lari dari tanggungjawab, setiap hari ade je tanggungjawab baru"- Bai



"mama tinggalkan korang semua dengan ALLAH ye, jaga diri masing-masing"

*tearsss...*

setiap kali mama pandang along, setiap tu mama nak nangis...

kita yang sempurna, kalau rindu boleh skpe, telefon....

kalau orang istimewa, dia tak boleh cakap, tapi hanya mampu menangis tanda dia rindukan mamanya...
hanya selimut sebagai peganti .. Ya ALLAH lindungilah along, sesungguhnya along lebih tabah dari kami semua. SAYANG ALONG.. :( :( :(

Dan sekarang, saya perlu lebih bertanggungjawab utk menjaga mereka sepanjang ketiadaan mama dan babah.

*air mata ni laju je nak jatuh, takde tapis2 dah.. sob sob.

finaz, be strong. u have ALLAH to help u. smile :)

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan mama dan babah sebagai tetamu ALLAH. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Lindungilah mereka. Terimalah mereka sbgi tetamu paling paling istimewa..





Monday, August 27, 2012

Aku seorang doktor

Ingat 5 perkara..sebelum 5 perkara..

Sihat sebelum sakit..
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

"Kita nih sebenarnya calon jenazah"-shery

Yup! Itu sudah pasti. Penghuni kubur suatu hari nanti.
Dan hari ini meluangkan masa untuk membawa nenek ke klinik. Almaklumlah dah tua. Banyak penyakit.. Banyak sgt ubat dapat. I'm speechless.. Xcukup beg tangan dok sumbat semua ubat nu haaa..
Terasa macam doktor plak..
Selalu mai klinik aww..


Hari ini hari dia.. Esok lusa hari kita pulak. Saling tolong menolong. Inilah saat untuk balas jasa nenek yang telah jaga aku dari kecil comel lote hingga jadi anak dara cun melecun. Phewww.*perasan* hek3

2minggu lagi cuti berbaki..
Masih sempat untuk berbakti untuk orang tua anda. Ibu bapa anda. Adik2 anda.
Adik2? Alahai adik aku nak upsr.. Gaya macam xpekse langsung..releks je memanjang.. Main masak2 lagi.. Aiyooo..
.......
Kbai.

Wednesday, August 22, 2012

Hari-hari asam pedas

Menu hari2 utk hari raya.. Asam pedas ikan pari, asam pedas ikan gelama, asam pedas ikan kembong.. Almaklumlah melaka piauuuu. Asam pedas tetap dihati. Peace!  Hehe

Jemput datang raya!

Amacam kUtipan duit raya kawan?


Saturday, August 18, 2012

Ramadan terakhir

Sebentar tadi, terawakih terakhir. Imam pun sebak membaca doa qunut masa solat witir,mungkin juga dia dapat merasakan ini ramadan terakhirnya. Waalluhalam.

"dah nak habis ramadan dah,InsyaAllah tahun depan panjang umur jumpa lagi berjemaah dimasjid"-makcik leha

Sebak, sedih..bulan yang paling barakah semakin meninggalkan kita.

Mungkin ini ramadan terakhir juga buat aku? YA ALLAH sekiranya aku tidak berpeluang untuk berjumpa ramadan pada tahun hadapan, Engkau ampunkanlah dosaku,jauhkanlah aku dari api neraka.

Ramadan mungkin ada lagi, tapi kita yang belum tentu ada lagi-sheri

Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk mensyukuri nikmatmu..

Esok, sahur terakhir, puasa terakhir,berbuka terakhir. Segalanya terakhir dan mungkin untuk berbuat baik berakhir juga. Buat baik mestilah sentiase!

Alhamdulillah saudara mara selamat sampai dirumah. Kami berkumpul merapatkan ukhwah bagi menghangatkan kasih sayang kami.

Yang jauh di rapat2kan,yang dekat erat2kan.
Akhir kata, buat anda sekalian salam lebaran.

Selamat hari raya..semoga mendapat berkat di Bulan syawal. Jangan lupa puasa 6! Ibarat puasa setahun. MasyaAllah!!  mohon seribu kemaafan.

Ikhlas dari finaz dan sekeluarga..(belum lagi finaz&suami) hehehe. Love you alls!


Friday, August 10, 2012

Nestum Along Cookies

Sambungan dari resipi DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES...

hehhe..
satu hari satu resipi.. phewwwww

dan akhirnya, ini yang dijumpa..buat dan makan...

kepada peminat nestum... boleh cuba..
MUDAH DAN SEDAP  :)

Crunchy Nestum Cookies...
sumber :http://anyambakul.blogspot.com/2012/04/resepi-biskut-nestum-rangup.html


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

okeh, kenapa namanya Nestum Along Cookies..
sebab saya cilokk along punya nestum. muehehehe,
thanks along.huhuhu


kenapa bulat-bulat?sebab saya suka bulat-bulat lah,, senang :)

Danisyafinaz Butter Cookies

Semangat buat kuih raya sebab empunya ni pun dah raya dulu..
so buatlah ape yang boleh buat untuk mengelakkan traffic jam di hujung ramadhan,,
hehhe

cari , cari dan cari...
maka terjumpalah resepi danish butter cookies.. *lately ni menggila cookies plak*
baca, baca dan baca.. hurmm macam senang je nih,, tak caya? cuba tengok ni..


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
okeh, semangat nak buat.. hehe... tadaaaa :)


DANISYAFINAZ BUTTER COOKIES.. :)

mudah dan sedap .. 

sepatutnya bentuk macam ni,..


tapi di sababkan terlalu kreatif, tu yg jadi bulat2 sahaja... 
tak pe yang penting sedappp. heheh

Tuesday, August 7, 2012

Disconnect

Yesterday~
Disconnect.. Please try later... Check your modem~

Disconnect lagi..... blalallala..

Kenapa tak boleh connect dengan wireless ni? hujan kot... line x clear.. ok fine :(

Today~
Eh kenapa tak boleh lagi connect? nyalaan DSL dan internet tak berkelip-kelip... hari tak hujan plak =.=
ok, telefon Tmnet 100...

operator: ok cik syafinaz, sambungkan wayar ke komputer anda ye. pastikan wireless on.
s: okeh, dah set up!
operator: tak dapat reply dari modem la... dah on semua tak?
s: dah...

*tetiba abang aku datang, wayar tak sambung mane nak dapat internet adik oi, ........ jangan lah buat malu...

Argrrrrrhhh, ni siapa punya kerja cabut semua wayar..ishh, ni bukan sebab cuaca, sebab ade orang dah cabutkan wayar modem ni ha.. malu malu malu.....

s: eh, dah boleh la... em kalau dah boleh buka google means dah boleh guna lah kan internet? (ayat cover)
operator: yup. nak teruskan buat aduan ke?
s: takpe, dah okeh, terima kasih.!

..............................rupanya tak pasang wayar je pon. gelabah kan aku? haha
malu.



ok,bye.
nak pi buat cookies lagi.muehehe

Resipi Kek Batik Senang jee

Atas permintaan sahabat2..
dan mungkin berguna untuk anda ketika terasa mengidam kek batik!
MUDAH DAN SEDAP..kalau masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.. ceh ceh ceh...

Bahan-bahan

1 packet milo yang kecil / 1 cawan milo
1 tin susu cair (biasa guna susu carnation evaporated)
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam- nak lembut letak, kalau suka yg ranggup xletak pun takpe.tapi aku letak lah. hehe
1 sudu besar serbuk koko- kalo nak rase milo je, tak letak pun xpe.
1 1/2 packet biskut marie original

Cara-cara:

1. masukkan smeua bahan2 tadi ke dlm periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan2 itu dengan api yg kecil
3. Kacau bahan2 itu sampai pekat lebih kurang 15 minit
4. Bila dah pekat, tutup api masukkan biskut marie yang telah dipatah 4 dan kacau hingga sebati,
5. masukkan dalam loyang dan mampatkan
6. Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. agak2 dah keras sikit , dah boleh makan

#tunggu sejuk dulu baru boleh masuk dalam peti sejuk untuk elak cepat lemau..



selamat mencuba...
#mardiah, cepat salin! hehe
#resipi kek batik ni ade macam2 , tapi aku buat macam ni je. simple, but nice, hehe
#sebelum letak biskut tu, rasa lah dulu acuannya, sedap atau tak..kalo tak cukup milo, tambah lagi. hehe

Famous Chocsmore Cookies

Permulaan yang baik. Mentega dipukul kembang...gula hancur dengan baik.. hehe..
*aderahsiadisebaliknya* jeng3..
ni percubaan buat kuih raya kali kedua.. yang pertama nanti post okeh :)

 FAMOUS CHOCSMORE COOKIES?
kenapa nama dia begitu? erm, asalnya nama famous Amours Cookies. hehe..disebabkan aku ubah suai, so jadi lah cookies versi Famous Chocsmore Cookies. kui3..
so, nak kongsilah resepinya suapay anada pun boleh buat...
tema macam biase.. my trademark > MUDAH DAN SEDAP :)

Bahan-bahan:

* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko (saya letak sikit je..)
* 150g gula kastor 
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) -tak guna pun sebab tak suka sgt kekacang..
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam- tak letak sebab majerin dah masin..

Cara-cara : 

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


tadaaaaa !!


ALHAMDULILLAH, cookies menjadi :D

Rumahku Keluargaku

Salam nuzul Al-quran.
17 ramadan. Alquran diturunkann untuk umat Islam sebagai panduan.

ok, soalan trivia, apakah peristiwa lagi yang berlaku di bulan ramadan?
...........................

hehe, alhamdulillah..ALLAH masih sayangkan hambaNYA..tak putus-putus DIA kurniakan kita pelbagai nikmat.
Hari minngu yang lepas , berkesempatan untuk berbuka puasa dengan sanak-saudara yang datang dari jauh. Jadi, tetamu perlu diutamakan. Segala aktiviti mengemas serta buat kuih diberhentikan sementara. Sibuk melayan mereka. Masak tu, masak ni,, kemas sana, kemas sini... Fuhhh, tak cukup tangan..tapi, ALLAH permudahkan urusan.

Murah rezeki berbuka puasa. Siap buat bbq dan bakar2 juga. hehe. Semangat babah belikan barang tu semua. Bak kate angah macam kenduri dah. Almaklumlah, keluarga sangat-sangat besar. hehe


em, kanak2 duduk dibawah. bentang tikau besau-besau, senang nak duduk, hehe. Orang dewasa duduk dimeja..
Yang tua dihormati , yang muda disayangi :P

 makan sampai Kenyang sangat2..sampai lupa nak makan nasi. hewhewhew

rezeki datang..lai lai lai........
tu diaaaa ole-ole dari sweden.. terima kasih kekna :) cantik... hehe


okeh, setakat tu aje celoteh minggu ramadan, hehe. saje, warming up nak tulis pasal resipi masak-masak kejap lagi. TUNGGU!

ok, bye :P

Friday, August 3, 2012

DIA dan mereka sebagai penguat semangat

Berakhir sudah penantian.
Yang dinanti-nanti telah tiba, yang telah tiba menbuatkan hati rasa sentap! Ya ALLAH !!
Apa yang aku buat sepanjang semester ni? tak fokus? fokus. Tak belajar? belajar.

banyak persoalan bermain di minda, air mata mengalir tanpa paksaan, terus menghadap Ilahi sambil bermunajat, mohon pertunjuk dimanakah salah silapnya..sujud syukur tak dilupakan.

Ya ALLAH, aku redha dengan ketentuanMU, tunjukkanlah aku ke jalan kejayaan yg diredhai, Janganlah Engkau biarkan hati ini terus rasa kecewa, sedih dan putus asa. Kuatkan hati ku untuk berjuang demi keluarga, sahabat, agama dan lain-lain...

Ye, jangan sedih. aku adaMU, Engkau sebaik2 perangcang. Setiap perkara mesti ade hikmahnya. redha redha redha. Jangan jadi hamba yang tak bersyukur. Anggaplah ini cabaran.

Bersusah-susah dahulu, bersedang2 kemudian. Hidup umpama roda, kadang2 berada diaatas, kadang2 berada dibawah.

Terima kasih buat sokongan sahabat2 yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar. Terima kasih mama dan babah kerana menerima hakikat,redha... munkin kali ini bukan rezekiku lagi, walau ku tahu, hati mereka kecewa.. INSYAALLAH anakanda berusaha lagi.. ada baki 2 tahun lagi untuk tebus segala-galanya. YUP! SEMANGAT!

pesan sahabat,

#Finaz, jangan putus asa, ALLAH nak suruh kita berusaha lagi, DIA nak suruh aku berdating lagi denganNYA selalu, lain-dari yang lain. Kuat semangat. banyakkan berdoa dibulan ramdan supaya lebih tenang. Lets open Alquran, surah an-nisa (4:32). ALLAH susun pelan yang terbaik buat diri ini.

"Dan janganlah kamu iri hati deangan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

#Dlm perjalanan menuntut ilmu tiada erti ecewa selagi pengharapan disandaran kepadaNYA, MencintaiNYA dengan sepenuh hati memberi kemanisan yang pasti. MentaatiNYA tanpa berbelah bagi beerti kejayaan gemilang yangmenanti, Jatuh bangun adat perjuangan kerana disitu terbitnya kematangan , jadilah pengurus terbaik pada diri sendiri. Yang pasti ALLAH TAALA penentu takdir. Jangan putus asaa, Teruskan perjuangan.

tangan ini laju membelek Alquran untuk memujuk hati.. Dengan Alquran hati menjadi tenang.

"sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk kami menguji siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya. ( alkahfi 18:32 )


"maka beringatlah kepadaKU, Aku pun akan beringat kepadaMU. bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)


"Wahai orang2 beriman,! mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH bersama orang2 yg sabar (2:153)


akhir kalam, semoga hati terus ikhlas untuk menuntut ilmu. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan.
semakin hari, tugas semakin berat, amanah perlu dipikul seikhlasnya. Ilmu perlu dituntut sebab dengan ilmulah kita kan menjadi harta yang bernilai. setiap perkara yg berlaku, muhasabah lah! supaya ia memberi pengajaran buat kita.

sayang anda semua sampai ke syurga , semoga ALLAH balas jasa kalian :) Tahniah buat yang berjaya .semoga kalian berjaya diakhirat juga ...WAALLAHUALAM.

Wednesday, August 1, 2012

Kueh Tiaw Kung Fu Spontan

ade lagi setengah jam nak berbuka puasa.. tapi tak masak pape lagi..biasenya memang ade satu hidangan air tangan anak dari en. abu bakar menjadi santapan keluarga. hehe.. so, KUEH TIAW KUNG FU jadi menu semalam. kira last minit buat! pertama kali cuba! try and succeess!!!!  hehe. sebab tu namekan kueh tiaw kungfu spontan :)
cara-caranya senang sahaja dan sedap .. > tema chef finaz :)



Bahan-bahan ( 5 org )

kueh tiaw - anggaran 5 org makan
Isi ayam....kalu ada udang,sotong dan daging pun boleh digunakan jugak
Sayur.seperti jagung muda,kobis bunga,lobak,tomato..
Bebola ikan dan fish cake
3 sudu tepung jagung- nak pekat tambah lagi
4 cawan air..kalu suka kuah banyak tambah la lagi
Sedikit garam dan kiub ayam knorr
Cili api ditumbuk kasar -dalam 5 biji (ikut kesukaan)
3 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji telur
Sedikit minyak

Cara-cara

1. Pecah kan telur dalam mangkuk dan masuk kan kueh tiaw-gaul sebati
2. Panaskan kuali,masuk kan kueh tiaw td dan goreng mcm telur. Angkat kueh tiaw td dan letak dlm mangkuk atau piring melengkung
3. Untuk kuah... Panaskan kuali dengan sedikit minyak.masukan bawang merah dan putih yg telah ditumbuk.masak sampai naik bau
4. Masukan ayam,udang,bebola ikan dan fish cake..masak hingga empuk
5. Masukkan air,garam dan cili api...biar mendidih seketika.kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air
6.Apabila kuah nyer agak pekat,masukkan sayur...kacau2 dan angkat dan tuang kuahnya atas kueh tiaw .

Da siap...kalu tak cukup pedas, boleh mkn dgn cili api potong



kueh tiaw ditutup oleh bebola ikan dan sayur :)
selamat mencuba :)

Tuesday, July 31, 2012

Cantik Bila Bertudung

Salam ramadan, salam 1 ummah!
Alhamdulillah berkat di bulan ramadan ini, ramai yang telah berhijrah untuk lebih baik. Back to basic, Islam itu indah. Setiap hukum di laksanakan, mesti ade sebab yang tertentu.
Antaranya ialah memakai tudung, iaitu menutup rambut kita untuk bukan ajnabi.
 Kalau kita menutup rambut kita, rambut kita terhindar dari habuk2 bertebangan, dilindungi dari sinaran matahari yang sangat terik, tak payah nak sikat rambut sangat. (haha). dan banyak lagi...

Bukan susah pun nak pakai tudung, zaman sekarang dah macam2 fesyen tudung, pilih, beli, dan pakai,,, senang kan?

tudung yang ade awning > sarung aje kot..
tudung syria > pilih anak tudung dan ibu tudung, nak selamat pilih hitam boleh digayakan dengan semua baju.. haha
selendang > belit2 aje ikut suka..
tudung bawal > dulu, kini, dan selamanya..sentiasa cantik

Bila kita pakai tudung, orang akan lebih hormatkan kita, takde lah dia nak sesuka hati nak pegang kita, betul tak kaum muslimah? hehe..
Trust me, bila kita menutup aurat kerana ALLAH, ALLAH akan pelihara kita, lindungi kita. bestnyaa...

Kalau kita buat kebaikan, semua orang juga akan mendoakan kebaikan..sama2 dapat pahala. Bila orang tak pakai tudung memang cantik, kalau pakai tudung, lagi lagi lagi lagi cantik, manis, sopan... hehhe

tak percaya, tengok nih.. hehe

my sis :)

me :)

selendang's lover
bawal's lover
syria's lover
#sorry curik gambo korg. hehe


dan bila kita bertudung, siapa kata tak boleh bersukan, atau menyertai sukan lasak!. itu AUTA! tak percaya? tengok ni...


ni ekspedisi yang paling osemmm, nak tahu ape kami buat time nii, klik sini.



aktiviti paling jauh yang aku pergi. hehe. DEJAVU DI KINABALU. klik sini.




tak kisah la buat aktiviti ape, yang penting jaga batas kita sebagai muslimah. hehe.
Bila kita jage hak kita dengan ALLAH, InsyaALLAH ALLAH jage kita. AMIN AMIN.
semoga ALLAH redha.
berubahlah untuk kebaikan sebelum ajal bertemu kita :)

Aurat exclusive untuk yang halal sahaja, begitu juga cinta high class. ceh ceh ceh. hahaha

#alhamdulillah, artis pun dah ramai berhijrah.. back to basic. kembali kepada jalanNYA... kan lagi manis bertudung dan menjadi idola kepada masyarakat

Cantik kan bila bertudung. :) Islam itu Indah

Monday, July 30, 2012

Nasi AyaMadu Degree

assalammualaikum..
alhamdulillah,,hari ke 10 ramadan baru ade kesempatan nak tulis kat blog..
seperti biasa 'sharing is caring'...

kali ni nak kongsi menu: NASI AYAMADU DEGREE..
tajuk nampak pelik kan?
hahaha. yelah, selalunya kita dengar ayam pencen aje kan.. kali ni, org yang masak sedang amek ijazah..
jadi, timbullah ilham NASI AYAMADU DEGREE..hahaha.

resipi ni dah banyak kali buat, alhamdulillah keluarga suka..
ape kate korang cuba, mesti bangga dah pandai masak nasi ayam punyeeee...
tema masakan masih sama,,.. SENANG DAN SEDAP :) >tema chef finaz ..muahaha

bahan-bahan:

(untuk rebusan)
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih
2cm halia yg diketuk/tumbuk

(untuk perap ayam)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
madu sedikit. -nak manis letak banyak

(untuk nasi)
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
air rebusan ayam tadi-sukatan ikut cara anda ntok 5 cawan nasi tuh
sedikit garam

(bahan sos)
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

(sup)
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup / sos stok nasi ayam
garam
daun bawang yg dihiris

CARA-CARA:
1. Ayam dipotong iut suka (xpotong pun boleh) bersihkan dan lumur dengan 2 ulas bwg putih yg ditumbuk, 2cm halia yg diketuk dan rebus hingga empuk, letak garam sedikit.

2. toskan ayam dan perap dengan bahan2 utuk perap 15-20 min. Goreng biasa, xgaring pun takpe sebab ayam dah masak time rebus tadi.

3. basuh beras dan toskan. panaskan butter, tumis halia, dan bawang putih hingga garing. masukkan beras , terbit bau. masukkan nasi tadi dalam rice cooker dengan air rebusan ayam secukupnya dan garam. nak lagi best letak sos stok ayam

4. untuk sos, blendkan semua bahan. boleh tambah sos/tomato jika suka. boleh masak kalau suka

5. untuk sup -air rebusan ayam diidhkan bersama bawang besar , rempah sup, garam dan daun sup.

siappppp!
#nak lagi best, hidang nasi ayam dengan tomato, salad.. sedap dan sihat :)
selamat mencuba....

sekadar hiasan.. chef finaz punya xsempat ambil gambo.. dengar azan terus makan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here